Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kar] | سوکر

Definisi : 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.kar] | سوکر

Definisi : 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Puisi
 

Anak buaya naik mencuri,
     Singgah mari di Pasir Panjang;
Hutang budi sukar dicari,
     Kalau dapat kasih berpanjangan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(59)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
refractory woodkayu refraktoriPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu yang sukar diproses dengan kaedah biasa, iaitu sukar dikerjakan, sukar dikeringkan atau sukar ditembusi pengawet. Misalnya, kayu mersawa.
obfuscate (advertisement)kabur (iklan)KomunikasiKorporatKesalahan umum dalam penulisan iklan kerana menggunakan perkataan yang tidak memberikan maksud khusus, sukar difahami atau sukar ditafsirkan. Kesalahan ini biasanya terjadi apabila penulis iklan tidak memikirkan keperluan khalayak dan jenis media yang digunakan. Contohnya, kesalahan penulisan iklan pada papan tanda yang menggunakan tajuk “Kedai Gunting Wanita”. Penulisan ini mengelirukan khalayak kerana sepatutnya ditulis “Kedai Gunting Rambut Wanita”. Kesilapan seperti ini boleh berlaku disebabkan gaya penulisan yang disengajakan untuk mengaburkan makna ayat dalam iklan bagi mendapatkan perhatian khalayak, atau penulis iklan tersebut kurang menguasai aspek kebahasaan.
temak batutemak batuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea siamensis daripada famili Dipterocarpaceae. Gubal kayu temak batu berwarna lebih muda dan agak sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 975 hingga 1090 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan lambat mengering tetapi mudah dikemas siap. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang tinggi dan sukar diawet. Kayu temak batu biasanya mempunyai batang yang kecil dan bengkok, dan sukar didapati dalam saiz yang besar. Kayu ini boleh digunakan untuk kerja binaan berat, jambatan, cerucuk, dan alas landasan kereta api.
insomniainsomniaPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain.
diffusionpembauranKimiaTiadaPercampuran sesuatu bahan dengan bahan lain melalui pergerakan molekul, sama ada kedua-dua bahan tersebut bersentuhan atau dipisahkan oleh membran separuh telap. Pembauran berkadaran langsung dengan kepekatan bahan dan suhu. Pembauran mudah berlaku bagi gas, sukar sedikit bagi cecair dan sangat sukar bagi pepejal. Sin. peresapan.
harsh mixcampuran kasarKejuruteraanKejuruteraan BangunanCampuran konkrit yang agak sukar dikerjakan apabila dituangkan ke tempat peletakan. Ini berpunca daripada ciri-ciri penggredannya dan juga tekstur permukaan agregat yang digunakan.
chromophobekromofobiBiologiHistologi dan SitologiPerihal sesuatu yang tidak boleh atau sukar diwarnai, contohnya sel pituitari.kromafobi.
tak zahirincorporealUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBerkaitan sesuatu perkara yang sukar dinyatakan, dimengerti atau diukur dan tidak mempunyai bentuk fizikal. Contohnya, hak ke atas sesuatu atau hak untuk berbuat sesuatu. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, hal-hal yang berkaitan dengan kedaulatan sesebuah negara, kekebalan sesebuah negara daripada disaman dalam mahkamah negara lain, atau keupayaan sesebuah negara untuk menandatangani perjanjian antarabangsa adalah contoh perkara tak zahir.
earth metallogam bumiKimiaTiadaSiri logam yang mempunyai perkaitan kimia yang sukar diasingkan daripada oksidanya atau bentuk gabungan lain, yang terdiri daripada logam nadir bumi dan logam bumi beralkali.
evergreen firebreakpenghalang api malar hijauPerhutananPengurusan HutanPokok atau tumbuhan yang sukar terbakar yang ditanam untuk menghalang kebakaran daripada merebak.
12345678910...

Kembali ke atas