Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sul.ta.nah]/[sul.ta.nah] | سلطانة

Definisi : gelar utk permaisuri (sultan); tengku ampuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sul.ta.nah]/[sul.ta.nah] | سلطانة

Definisi : Ar raja perempuan, tengku ampuan, permaisuri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sultanah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROSMINI SHAARI

ROSMINI SHAARI (1944-   ), penulis. Dia lahir pada 3 April 1944 di Kulim, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultanah Asma dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya (1963-1966).

SASTERATokoh
ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, DATO'ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, Dato’ (1937-     ), Ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama.  Dia lahir pada 15 September 1937 di Alor Setar, Kedah.  Dia mendapat pendidikan di Kampung Baru Girl’s School, Alor Setar, Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar (1947-1955) dan Methodist Boy’s School, Pulau Pinang (1956-1957).  Zakiah Hanum berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya Singapura dan Kuala Lumpur.  Dia juga merupakan salah seorang daripada beberapa anak Melayu yang berjaya ke universiti pada waktu itu.BUDAYATokoh
PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN

PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN, pertubuhan orang Melayu Kelantan yang memperjuangkan hak orang Melayu.  Pertubuhan ini telah dikenal sebagai Persetiaan Melayu dan ditubuhkan pada 9 Februari 1940.  Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Opis Panjang, Jalan Sultanah Zainab, Kota Baharu.  Keahliannya dibuka kepada anak Melayu jati Kelantan sahaja.  Presidennya yang pertama ialah Tengku Mahmud bin Muhammad.  Pertubuhan ini diasaskan bersama-sama 34 orang ahli yang diberi taraf sebagai jawatankuasa kehormat (walaupun tidak memegang sebarang jawatan) dan keahlian mereka adalah seumur hidup.  Persetiaan Melayu mempunyai cawangan di setiap jajahan di Kelantan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
SITI HAWA HAJI SALLEH

SITI HAWA HAJI SALLEH (1940-       ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik.  Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah.  Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963).  Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian Teks.  Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994.  Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM.  Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak.

SASTERATokoh
ZURINAH HASSANZURINAH HASSAN (1949-      ), penyair.  Dia lahir pada 13 Jun 1949 di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah. Dia pernah menggunakan nama pena Haniruz. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tikam Batu, Sungai Petani.  Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris hingga lulus Malaysia Certificate of Education (MCE).  Sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (1971-1974), dia mendapat pendidikan menengah atas di Sekolah menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah hingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1970. Dia pernah bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia.  Pada bulan Jun 1996, dia bersara daripada jawatannya untuk menumpukan perhatian kepada bidang penulisan.SASTERATokoh
SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAILKapsyen          :           Sultan Iskandar al-Haj ibni Sultan Ismail

 

SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAIL (1932-   ), Sultan Johor (1981-    ). Baginda diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Persemayaman Johor Bahru. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Sultanah Aminah. Nama sebenar baginda ialah Tunku Mahmood Iskandar. Baginda memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Inggeris Ngee Heng, Johor Bahru dan English College Johor Bahru. Pada tahun 1948, baginda menyambung pelajaran di Trinity Grammar School, Australia dan seterusnya melanjutkan pelajaran tinggi di United Kingdom.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas