Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surakarta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
M. RAMLAN

M. RAMLAN (1928-    ), ahli bahasa Indonesia. Dia lahir pada 10 Mac 1928 di Kampung Nusukan, Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Muhammed Ramlan. Dia menerima pendidikan awal di Hollandsche Inlandsche School (HIS) Muhammadiyah di Surakarta. Semasa dalam Kelas Dua, dia terpaksa berpindah ke Christalijke Vervolg School kerana masalah pengangkutan. Pada tahun 1939, dia melanjutkan pelajarannya ke sekolah guru Muallimin Muhammadiyah, Surakarta hingga tamat pengajiannya pada tahun 1944. Disebabkan masalah kewangan, dia tidak dapat meneruskan pelajarannya ke sekolah yang lebih tinggi dan terpaksa bekerja sebagai guru di Madrasah Ibtidaiyah di daerah Wanagiri, Surakarta, Jawa Tengah.

BAHASATokoh
NYAI RORO KIDUL

NYAI RORO KIDUL, tokoh legenda masyarakat Jawa di Indonesia sekitar tahun 1580-an. Dia dianggap sebagai ratu atau dewi yang dipercayai boleh menguasai jin dan roh ghaib di Laut Selatan, Pulau Jawa. Keturunannya dipercayai masih menjadi penguasa Kesusuhunan dan Mangkunegaraan di Surakarta serta kesultanan dan kepakualaman di Yogyakarta dongeng yang dikisahkan dalam Babad Tanah Jawi, sejarah utama dan rasmi daripada raja-raja Mataram, Raja Mataram yang pertama daripada dinasti itu telah menikahi Nyai Roro Kidul. Semenjak itu penguasa Laut Selatan ini telah menikahi para raja Jawa. Kini, yang dianggap keturunan raja adalah daripada Susuhunan Surakarta dan Sultan Yogyakarta di puri Mangkunegaraan atau Pakualaman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
M. DIMYATI

M. DIMYATI (1912-1958), penulis Indonesia. Dia lahir pada 14 Jun 1912 di Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Muhammad Dimyati. Dia pernah menggunakan nama samaran Zubaidah, Lamdahur, Abu Ubaidah, Kamaruzzaman dan Djoko Lelono. M. Damyati mendapat pendidikan hingga Kelas Empat sekolah rendah.

SASTERATokoh
RADEN NGABEHI RANGGAWARSITARADEN NGABEHI RANGGAWARSITA (1802–1873), pujangga Jawa Lama, Indonesia. Dia lahir pada 4 Mac 1802 di Kampung Kedhung Kol, Surakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagus Burham tetapi nama ini terus tenggelam kerana dia lebih cenderung menggunakan gelaran Raden Ngabehi Ranggawarsita yang diperolehnya sewaktu menyandang jawatan Panewu Carik Kadipaten (Pujangga Istana) pada tahun 1831. Gelaran Kiai Sarataka yang diperolehnya pada tahun 1820-an juga tidak digunakanSASTERATokoh
PAJANG

PAJANG, kerajaan tua di pedalaman Jawa Tengah, Indonesia. Pajang terletak di antara Solo dan Kartosuro, lebih kurang 5 km dari pusat kota Surakarta sekarang. Di Pajang ditemui ribuan serpihan artifak tembikar buatan China dan Asia Tenggara. Artifak ini adalah peninggalan abad ke-13 hingga abad ke-17. Pada taun 1940, ketika dilakukan panggalian pada tempat tersebut, ditemui sebuah fondamen yang diperbuat daripada batu-bata yang besar ukurannya, dan batu-bata yang disusun tanpa perekat kapur ataupun simen. Selain itu ditemui sebuah batu berbentuk kubus (kiub) tanpa hiasan, yang disebut ‘yoni’. Penduduk tempatan menganggap batu tersebut sebagai alas sebuah tiang pendapa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA

SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia.  Pertemuan ini menghasilkan sejumlah keputusan garis panduan yang penting, dipelopori oleh tokoh wartawan dan Pujangga Baru yang turut mewujudkan Kongres Bahasa yang pertama di Surakarta pada tahun 1938.  Kongres Bahasa yang kedua dianjurkan oleh pihak kerajaan di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang ketiga hingga yang keenam dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa di Jakarta pada tahun 1978, 1983, 1988 dan 1993.

BAHASAKegiatan
KERATONKERATON, istana raja di jawa, Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindu. Makna keraton yang lebih luas ialah kawasan kediaman keluarga diraja. Keraton biasanya didiami oleh raja sendiri dan keluarganya yang ada hubungan darah raja dan juga hamba raja. Dalam bahasa Jawa daerah, 'dalem benteng' bermaksud keraton yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi seolah-olah `kota kecil' dalam kota seperti yang terdapat di keraton Yogyakarta dan Surakarta. Dalam kota kecil ini terdapat rumah kediaman, jalan, pintu gerbang dan se­bagainya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
GRESIK

GRESIK, kota pelabuhan di Jawa Timur sejak abad ke-14. Gresik menghadap Selat Madura dan membelakangi daerah subur di sepanjang sungai Bengawan Solo. Sungai besar itu pernah menjadi jalan penghubung yang penting di antara daerah pedalaman Jawa Tengah dengan Jawa Timur, iaitu Pajang, kemudian Kartasura dan Surakarta, dengan daerah-daerah pesisir di pantai timur laut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUBAGIO SASTROWARDOJO

SUBAGIO SASTROWARDOJO (1924-    ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 1 Februari 1924 di Madiun, Jawa Timur, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan di Holandsch Inlandsche School (HIS) Arjuna, Bandung (1938), Hoogere Burgerschool (HSB), Sekolah Menengah Pertama (SM) di Surakarta (1945), dan Sekolah Menengah Atas (SMA) di Yogyakarta (1947).  Pada tahun 1958, dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastra, Universitas Gadjah Mada.  Kemudian dia meneruskan pengajian sarjana di Department of Comparative Literature, Yale University, Amerika Syarikat (1963).  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1965 dari universiti yang sama.

SASTERATokoh

Kembali ke atas