Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bi.Öat] | طبيعة

Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mem­pengaruhi fikiran atau perbuat­annya; perangai; budi pekerti; watak: Tidak mungkin dia dpt mengubah ~nya yg buruk itu. 2 perbuatan yg selalu dilakukan; tingkah laku: Memang ~nya bangkit pagi-pagi setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ta.bi.Öat] | طبيعة

Definisi : 1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak: baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu; 2. perbuatan yg selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku: memang ~ku membaca dlm hati sahaja;bertabiat 1. berperangai, berkelakuan: me­nga­pa­kah dia ~ spt itu? 2. bersifat, beres­mi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tabiat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kelakuan, perangai, tingkah laku, perilaku, sifat, resmi, resam, watak, lagak, telatah, gelagat, perbuatan, gaya, cara, gerak-geri, tindak-tanduk;,
Kata Terbitan : bertabiat,

Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(14)

299

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
habittabiatPsikologiPsikologi UmumPola tingkah laku yang dipelajari yang kemudiannya berakar umbi dalam diri individu. Dalam konteks pembelajaran, tabiat ini dikaitkan dengan rangsangan yang banyak. Apabila lebih banyak rangsangan dikaitkan dengan sesuatu respons menyebabkan semakin kukuh tabiat yang dibentuk. Contohnya, tabiat merokok merupakan tabiat yang sukar dihentikan kerana tingkah laku ini berlaku dalam banyak situasi. Dalam kehidupan harian, terdapat beberapa tabiat yang dianggap buruk dan perlu dihapuskan. Antara yang dikenal pasti ialah mencarut, menyumpah, mengutuk, mengkritik, menonton televisyen secara berlebihan dan meminum minuman keras.
lip habittabiat bibirPergigianTiadaTabiat mengetam bibir yang boleh menyebabkan gigi hadapan maksila atau mandibel masuk ke dalam. Tabiat ini sukar dihindari kerana sumber rangsangan iaitu bibir dikawal oleh pesakit. Sekiranya tabiat ini tidak dibendung, susunan gigi akan terjejas dan memerlukan rawatan ortodontik untuk memperbaikinya semula.
tongue thrustlidah menonjolPergigianTiadaTabiat mengeluarkan lidah sewaktu proses menelan. Tabiat ini menyebabkan gigitan terbuka anterior akibat daya yang dikenakan oleh lidah ke permukaan palatal gigi anterior maksila. Tabiat ini boleh diatasi dengan memakai aplians arkus lingual berkrib mandibel atau aplians pemegang palatal berpagar. Aplians ini menghalang pesakit menonjolkan lidahnya, di samping melatih lidah berfungsi dengan betul semasa menelan.
simple pendulumbandul mudahKimiaTiadaBandul yang terdiri daripada ladung seutas tali dan mempunyai tabiat yang menghampiri tabiat bandul unggul. Jika sesaran sudut yang dialami oleh bandul itu kecil, iaitu kurang daripada 4o, jasad berkenaan akan bergerak dengan harmonik mudah. Kala T bagi bandul mudah boleh diambil sebagai, dengan I sebagai panjang tali dan g sebagai pecutan graviti. Lihat juga bandul unggul, gerakan harmonik mudah.
simple pendulumbandul mudahMekanikGunaanBandul yang terdiri daripada ladung seutas tali dan mempunyai tabiat yang menghampiri tabiat bandul unggul. Jika sesaran sudut yang dialami oleh bandul itu kecil, iaitu kurang daripada 4o, jasad berkenaan akan bergerak dengan harmonik mudah. K
aversion therapyterapi aversiPerubatanTiadaKaedah menindaskan sesuatu tabiat yang tidak baik, seperti tabiat merokok, dengan mengaitkan sesuatu kesan yang tidak enak seperti kejutan elektrik dengan tabiat itu.
habittabiat; kebiasaanGeografiTiada3. Tabiat: Perangai semula jadi.
habittabiat; kebiasaanPerubatanTiada3. Tabiat: Perangai semula jadi.
industri psychologypsikologi industriPentadbiranTiadaCabang psikologi yang mempelajari tabiat manusia dalam lingkungan organisasi, dengan khusus terhadap tabiat dalam perusahaan.
non-nutritive suckinghisapan tak berzatPergigianTiadaTabiat menghisap jari atau objek lain seperti puting untuk menenangkan bayi tanpa sebarang faedah nutrisi. Tabiat ini perlu dihentikan apabila gigi tumbuh kerana boleh menyebabkan gangguan terhadap jajaran gigi.
12345678910...

Kembali ke atas