Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tah.ni./ah] | تهنيئه

Definisi : ucapan yg ditujukan kpd sese­orang utk menyatakan rasa gembira kerana kejayaannya dll; ucapan selamat: Baginda telah memberi ~ kpd mereka yg berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tah.ni./ah] | تهنيئه

Definisi : ucapan selamat (utk orang yg ber­kahwin, mendapat anak, naik pangkat, dll): aku ucapkan ~ atas kejayaanmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahniah (kata nama)
Bersinonim dengan syabas.


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana satu betul : tahniah dari kami atau tahniah daripada kami terima kasih

Menurut data kami, ayat yang betul ialah tahniah daripada kami.  
Lain-lain22.02.2017
Tahniah terlebih dahulu untuk laman web carian v2. Tapi, saya menghadapi masalah dalam portal carian kamus online. Apabila saya cuba memasukkan sesuatu perkataan, ia memberikan saya ‘carian kata tiada dalam kamus terkini’. Hal ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Pautan untuk kamus dewan bahasa/edisi 2,3 & 4 tiada. Mohon perbaiki masalah ini secepat mungkin kerana saya amat memerlukan perkhidmatan kamus bahasa melayu.Terima kasih atas keprihatinan  terhadap sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP kami. Kami akan sentiasa memantau dan memperbaik sistem yang sedia ada ini bagi kemudahan masyarakat sebagai rujukan bahasa Melayu. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian terima kasih. Lain-lain25.01.2019
1. berjuta kali atau berjuta-juta kali ? 2. beribu orang atau beribu-ribu orang ? 3. setinggi tahniah atau setinggi-tinggi tahniah ?

1. Berjuta dan berjuta-juta sama maknanya, iaitu beberapa juta. Begitu juga dengan  beribu dan beribu-ribu.

3. Yang betul ialah setinggi-tinggi tahniah (setinggi bermaksud sama tinggi).

Tatabahasa16.09.2010
PERKATAAN YANG SAMA ERTI ATAU MEMBAWA MAKSUD YANG SAMA DENGAN UCAPAN SALAM TAHNIAHUcapan tahniah untuk mengucapkan selamat atas kejayaan seseorang dan lain-lain. Ucapan syabas boleh juga digunakan yang membawa makna yang hampir sama, contoh untuk menyatakan bagus, baik dan seumpamanya.Makna05.07.2006
assalamualaikum tuan, Tahniah kepada DBP kerana berjaya menganjurkan Bulan Bahasa Melayu di Ipoh Perak pada 5 OKTOBER yang lalu. Walaupun saya tidak dapat turut serta tetapi saya saya mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana masih menjemput saya hadir dalam majlis berkenaanTuan, terima kasih atas maklum balas tersebut. Terus bersama-sama DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita.Lain-lain06.10.2010
Di manakah yang patut di gunakan bagi perkataan "sekalung tahniah" Contoh nya bolehkan digunakan pada kecemerlangan keputusan peperiksaanUntuk makluman, dalam simpanan data DBP, tidak ada maklumat khusus tentang perkataan sekalung. Akan tetapi, berdasarkan konteks, sekalung tahniah lazimnya digunakan untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang atas kejayaan/kemenangan dalam pertandingan atau anugerah yang diterima.Lain-lain20.11.2015
Mohon penjelasan bagi ayat yang berikut 1. Tahniah kerana anda hadir ke / di sekolah 2. Laluan sekolah selamat ATAU laluan selamat sekolah 3. Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula1. Tahniah kerana anda hadir di sekolah, penggunaan sendi nama "di" merujuk pelajar telah sampai di sekolah.
2. Laluan selamat sekolah kerana yang diutamakan ialah laluan selamat di ikuti lokasinya, iaitu sekolah.
3. Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu kerana bermaksud mengulangi perbuatan "membangunkan".
Tatabahasa26.04.2012
Apakah perkataan yang sesuai digunakan? 'kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penamatan @ penyempurnaan pengajian tuan?' penamatan atau penyempurnaan? TQ

Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut betul. Walau bagaimapun, ayat yang gramatis ialah "Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penyempurnaan pengajian tuan".
Lain-lain10.10.2016
adakah ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa & penggunaanya? DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG .................... SEMBAH TAKZIM DARIPADA AAA saya dahului dengan ucapan terima kasihSelamat ptg:

Mohon tuan/puan menulis mengikut format seperti yang berikut:

DAULAT TUANKU,

MERAFAK SEMBAH,

UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG,

SEMBAH TAKZIM,

DARIPADA

Lain-lain08.11.2016
5. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada ahli JLAKS yang menerima pingat dan darjah kebesaran seperti berikut: 6. Pengerusi turut mengimbas kembali aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tempoh enam bulan kedua tahun 2013 seperti berikut: 7. Pengerusi seterusnya memaklumkan terdapat beberapa lagi aktiviti bagi tahun 2013 yang dirancang dan bakal dilaksanakan seperti berikut: a. 15 Nov - Perbarisan Persaraan TPTL, Serah Tugas TPTL dan Majlis Jasamu Dikenang di KDSG. b. 30 Nov - Hari Keluarga Markas Tentera Laut di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Lain-lain13.01.2014
1234

Kembali ke atas