Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hu] | تاهو

Definisi : 1 mengerti sesudah mempelajari (menyaksikan atau mengalami) sesuatu; maklum akan keadaan sebenarnya: ~lah dia bahawa kalau dia datang lambat, dia akan dimarahi gurunya. 2 cekap lagi pandai melakukan sesuatu; bijak: Dia seorang saja yg ~ membuatnya. 3 kenal akan; mengenali: ~kah kamu siapa orang itu? tahu-tahu 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. tahu-menahu; tidak ~ tidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali. mengetahui 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. ke­tahuan sudah diketahui; menjadi jelas; nyata: Akhirnya tujuannya yg jahat itu ~ juga. pengetahuan 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. setahu 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ta.hu] | تاهو

Definisi : 1. maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti: entah kapal perang atau perompak tiadalah saya ~; kita sudah ~ dahulu bahawa kacang soya yg bertunas atau bercambah itu banyak mengandungi vitamin C; 2. kenal (akan, pd), mengenal: dia tidak ~ saudara-maranya; 3. cekap lagi pandai melakukan sesuatu), bijak: maka sekalian orang pun hairan melihat ~ Seri Dewa Raja naik gajah itu; 4. mengambil peduli, mempedulikan, mengendahkan: itu urusan engkau, aku tidak mahu ~; 5. sedar akan keadaan sebenarnya, insaf: anak yg tidak ~ diuntung; 6. pernah (melakukan sesuatu), biasa, selalu: dlm seratus orang tiada sepuluh yg ~ memakan daging; 7. menganggap sudah semestinya: gurunya ~ siap sahaja segala kerja yg dibekalkannya; ~ adab beradab; ~ adat mengerti sopan santun; ~ bahasa berbudi bahasa; ~ balas mahu membalas budi; ~ diri = ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya; ~ senang mahukan segala-galanya senang; ~ timun sl pandai menawar minuman yg beracun (mabuk dll); (tidak) ~ malu (tidak) ada perasaan malu; ~ sama ~ a) saling mengerti; b) saling tidak mengganggu; ambil (mengambil) ~ a) menge­tahui (mendapati); b) mempedulikan; banyak ~nya banyak pengalamannya; bawa (mem-bawa) ~nya sendiri menurut fikirannya sahaja; cari (mencari) ~ hendak mengetahui; terlalu ~ sangat pandai; ~ makan ~ simpan prb merahsiakan sesuatu hendaklah dgn sempurnanya; setahu 1. sepanjang (sebanyak) yg dimak­lumi: maka kujawablah dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah; tahu-tahu 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~; bertahu; unjuk ~ = bertahukan Jk mem­beritahukan kpd; bertahu-tahu 1. berpura-pura (berlagak) tahu; 2. Mn (dgn) setahu; bertahuan sl berkenalan (dgn); tahu-menahu; tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persila­kan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; mempertahukan ark mempermaklumkan, memberitahukan; tertahu sl terkenal, termasyhur: maka dua puluh hulubalang yg tertahu-tahu mati; mengetahui 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau bukti­nya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui se­penuh­nya oleh masyarakat bahasa Indonesia; ketahuan 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya; tak ~ Kd tidak siuman; berketahuan tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak keruan (menentu), kacau sekali; pengetahuan 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepan­dai­an, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) dike­tahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; ~ umum pengetahuan mengenai berbagai-bagai hal; berpengetahuan (banyak) mempunyai pe­ngetahuan, berilmu, terpelajar: ~ luas dan peka terhadap alam sekeliling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hu] | تاهو

Definisi : sj burung, burung tuwu, Eudynamys scolopacea malayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
noddingn anggukan: his ~ shows his approval, anggukannya menandakan dia berkenan; a ~ acquaintance, a. (with person), /kenal-kenal cina, kenal-kenal begitu/ saja: he’s a trader with whom I’ve had a ~ acquaintance, dia pedagang yg saya kenal-kenal begitu saja; b. (with subject) tahu-tahu begitu, tahu sedikit: the newcomers have only a ~ acquaintance with local history, pendatang-pendatang baru hanya tahu-tahu begitu akan sejarah tempatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goodness~ knows, (colloq) Tuhan sahaja yg tahu, hanya Tuhan yg tahu: ~ knows how long it will take to finish this job, Tuhan sahaja yg tahu berapa lamakah kerja ini akan selesai; for ~ sake, demi Tuhan; /hope, wish, etc/ to ~ (that), berharap /benar, betul/: I wish to ~ that he’d stop it, saya berharap benar dia menghentikannya; My ~, G~ me, masya-Allah, ya Tuhan; thank ~, syukurlah: thank ~ she was not hurt, syukurlah dia tdk apa-apa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
find ~ st out, a. discover st, mendapat tahu (ttg) sst, mendapat tahu + clause; (through effort) mendapatkan + approp n, mendapatkan maklumat (ttg) + clause: how did you ~ out my name?, bagaimanakah encik mendapat tahu nama saya?; Mother got very angry when she found out that Father had been having an affair, ibu menjadi berang apabila mendapat tahu bahawa bapa telah mengadakan hubungan sulit; b. acquire information about, mendapatkan [n], mendapatkan maklumat ttg [clause]: we should ~ out the views of the villagers before we build the new airport, kita seharusnya mendapatkan pandangan orang-orang kampung sebelum membina lapangan terbang baru itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knowvi tahu: he ~s about it, dia tahu ttg perkara itu; I’m not guessing, I ~, saya bukan meneka, saya tahu; you ~ best, kamu lebih tahu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curiosityn 1. eagerness to learn, sifat ingin tahu; (derog), (sikap) suka ambil tahu: children have a natural ~ about the human body, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yg semula jadi ttg tubuh badan manusia; your ~ may lead you into trouble, sikap suka ambil tahu kamu itu nanti akan menyusahkan kamu; be burning with ~, ingin tahu sangat: we were burning with ~ as to what was being said in the next room, kami ingin tahu sangat ttg apa yg diperkatakan di bilik sebelah; 2. so. or st strange, keanehan, keganjilan: a veiled woman would be a ~ in that country, wanita yg memakai purdah merupakan suatu keanehan di negara itu; that old wing chair is quite a ~, kerusi lama yg bersayap itu merupakan suatu keanehan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appreciation4. enjoyment, tahu menikmati; (work of art, music, etc) penikmatan, penghayatan, tahu /menikmati, menghayati/: known for his ~ of good food, dia dikenali sbg orang yg tahu menikmati makanan yg sedap-sedap; to have no ~ of modern art, tdk tahu menikmati seni lukis moden; 5. increase (in value) kenaikan (nilai): an ~ in the value of gold, kenaikan nilai emas; 6. review of book, play etc, ulasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
know~ about, tahu ttg, mengetahui: he didn’t ~ about it, dia tdk tahu ttg perkara itu; I don’t ~ about + adj, approp adj + atau tdk, saya tdk tahu: "Normah’s very rich, isn’t she?" "I don’t know about rich, but she certainly speKamus Inggeris-Melayu Dewan
interested3. having curiosity aroused, ingin tahu (apa yg sedang berlaku): they were surrounded by ~ spectators while they argued, mereka dikelilingi beberapa pemerhati yg ingin tahu apa yg sedang berlaku semasa mereka bertengkar; 4. concerned, ingin tahu: I’m ~ to know how much you’ve spent, saya ingin tahu berapa banyak yg telah kamu belanjakan; we shall be ~ to hear the results, kami ingin tahu keputusannya; 5. be personally concerned so as to be partial, berkepentingan: ~ parties, pihak-pihak yg berkepentingan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ignorantadj 1. uneducated, unenlightened, jahil, tdk tahu: he is only an ~ peasant, dia hanya orang kampung yg jahil; 2. unaware, not nowing, tdk tahu: he was ~ of the customs of the country, dia tdk tahu adat resam negeri itu; to be ~ of the true facts, tdk tahu akan fakta sebenar; she was ~ of her husband’s whereabouts, perempuan itu tdk tahu di mana suaminya berada; 3. showing ignorance, jahil: an ~ question, soalan yg jahil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wise/any the, none the, no/ ~r, tdk tahu juga: the explanation left me none the ~r, penerangan itu membuat saya tdk tahu juga; I was told about it, but I’m no ~r, saya telah diberitahu ttg itu, tetapi saya tdk tahu juga; be ~ after the event, (memang mudah berkata sst) selepas perkara itu terjadi: it’s all very well for you to say I should have refused, but you’re just being ~ after the event, memang mudah bagi kamu mengatakan bahawa saya patut menolak selepas perkara itu terjadi; get ~ to, (US), (colloq), /sedar, tahu/ ttg, dapat mengesan: he soon got ~ to their tricks, and learned how to combat them, dia sedar ttg muslihat mereka, lalu mencari jalan utk mengatasinya; put so. ~ (to st), /menasihati, memberitahu/ sso (ttg sst): his father put him ~ to the dangers of gambling, bapanya memberitahu dia ttg bahaya berjudi; the police had to put him ~ to what was happening in his own household, polis telah memberitahu dia ttg apa yg berlaku pd isi rumahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas