Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hu] | تاهو

Definisi : 1 mengerti sesudah mempelajari (menyaksikan atau mengalami) sesuatu; maklum akan keadaan sebenarnya: ~lah dia bahawa kalau dia datang lambat, dia akan dimarahi gurunya. 2 cekap lagi pandai melakukan sesuatu; bijak: Dia seorang saja yg ~ membuatnya. 3 kenal akan; mengenali: ~kah kamu siapa orang itu? tahu-tahu 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. tahu-menahu; tidak ~ tidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali. mengetahui 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. ke­tahuan sudah diketahui; menjadi jelas; nyata: Akhirnya tujuannya yg jahat itu ~ juga. pengetahuan 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. setahu 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ta.hu] | تاهو

Definisi : 1. maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti: entah kapal perang atau perompak tiadalah saya ~; kita sudah ~ dahulu bahawa kacang soya yg bertunas atau bercambah itu banyak mengandungi vitamin C; 2. kenal (akan, pd), mengenal: dia tidak ~ saudara-maranya; 3. cekap lagi pandai melakukan sesuatu), bijak: maka sekalian orang pun hairan melihat ~ Seri Dewa Raja naik gajah itu; 4. mengambil peduli, mempedulikan, mengendahkan: itu urusan engkau, aku tidak mahu ~; 5. sedar akan keadaan sebenarnya, insaf: anak yg tidak ~ diuntung; 6. pernah (melakukan sesuatu), biasa, selalu: dlm seratus orang tiada sepuluh yg ~ memakan daging; 7. menganggap sudah semestinya: gurunya ~ siap sahaja segala kerja yg dibekalkannya; ~ adab beradab; ~ adat mengerti sopan santun; ~ bahasa berbudi bahasa; ~ balas mahu membalas budi; ~ diri = ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya; ~ senang mahukan segala-galanya senang; ~ timun sl pandai menawar minuman yg beracun (mabuk dll); (tidak) ~ malu (tidak) ada perasaan malu; ~ sama ~ a) saling mengerti; b) saling tidak mengganggu; ambil (mengambil) ~ a) menge­tahui (mendapati); b) mempedulikan; banyak ~nya banyak pengalamannya; bawa (mem-bawa) ~nya sendiri menurut fikirannya sahaja; cari (mencari) ~ hendak mengetahui; terlalu ~ sangat pandai; ~ makan ~ simpan prb merahsiakan sesuatu hendaklah dgn sempurnanya; setahu 1. sepanjang (sebanyak) yg dimak­lumi: maka kujawablah dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah; tahu-tahu 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~; bertahu; unjuk ~ = bertahukan Jk mem­beritahukan kpd; bertahu-tahu 1. berpura-pura (berlagak) tahu; 2. Mn (dgn) setahu; bertahuan sl berkenalan (dgn); tahu-menahu; tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persila­kan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; mempertahukan ark mempermaklumkan, memberitahukan; tertahu sl terkenal, termasyhur: maka dua puluh hulubalang yg tertahu-tahu mati; mengetahui 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau bukti­nya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui se­penuh­nya oleh masyarakat bahasa Indonesia; ketahuan 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya; tak ~ Kd tidak siuman; berketahuan tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak keruan (menentu), kacau sekali; pengetahuan 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepan­dai­an, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) dike­tahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; ~ umum pengetahuan mengenai berbagai-bagai hal; berpengetahuan (banyak) mempunyai pe­ngetahuan, berilmu, terpelajar: ~ luas dan peka terhadap alam sekeliling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hu] | تاهو

Definisi : sj burung, burung tuwu, Eudynamys scolopacea malayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Air pasang dayung sampan,
     Angin turun baik layarkan;
Tahu makan tahu simpan,
     Rahsia jangan tuan khabarkan.


Lihat selanjutnya...(173)
Peribahasa

Tahu makan,
     tahu simpan.

Bermaksud :

Pandai menyimpan rahsia. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(102)

291

Nothing venture, nothing win

Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya.

Belum cuba belum tahu

At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win .

Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(72)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIPAS

Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat

tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan

dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di

udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria

dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas

tangan yang diperbuat daripada daun palma.

Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas

mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas

digunakan juga untuk mengibas lalat daripada

bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira

pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M.

UMUM 
ANNUNCIATION

Annunciation, mengikut Luke (1:26–38) ialah

pengumuman yang dibuat oleh malaikat Gabriel

kepada Mary. Gabriel memberi tahu bahawa Mary

adalah ibu yang akan melahirkan Jesus, yang akan

dikenali sebagai “the Christ”.

UMUM 
SITRIN

Sitrin ialah bahan kimia yang tergolong dalam

kumpulan bahan kimia yang dikenali sebagai

flavonoid. Ahli sains tidak tahu dengan tepat

apakah sitrin atau sama ada ia perlu atau tidak

kepada kesihatan manusia. Walau bagaimanapun,

mereka mendapati bahawa bahan flavonoid

membantu mengawal perdarahan daripada kapilari

(pembuluh darah yang halus kecil) dalam badan.

Sitrin, juga dikenali sebagai vitamin P, menjejaskan

dinding kapilari, menjadikannya kurang mungkin

mengalami hemoraj. Sitrin yang digunakan dalam

perubatan biasanya disediakan dengan

mengekstraknya daripada paprika dan kulit lemon.

UMUM 
PETIR

Petir. Manusia prasejarah menganggap petir

sebagai suara dewa yang bergemuruh apabila

marah kepada manusia di bumi. Kini, ahli sains

tahu bahawa petir berpunca daripada

pengembangan udara secara mendadak kerana

dipanaskan oleh kilat.

UMUM 
SENI DAN KESENIAN/p>

Seni dan kesenian. Dalam pengertian yang

luas, seni ialah kemahiran membuat atau

melakukan sesuatu. Kita boleh mengatakan

bahawa seseorang itu tahu dan mengamalkan

seni menganyam bakul, menala piano, malah

menjaringkan gol. Dalam pengertian ini, terdapat

banyak seni – sebanyak adanya jenis aktiviti yang

khusus dan sengaja dilakukan untuk diceburi

manusia.

UMUM 
TELESKOP

Teleskop ialah alat yang menampakkan objek

yang jauh kelihatan besar. Ahli astronomi

menggunakan teleskop untuk mengkaji planet,

bintang, dan lain-lain jasad cakerawala. Tanpa

teleskop, kita hanya tahu sedikit tentang alam

semesta di luar planet kita.

UMUM 
PUSAT SAINS NEGARA

Pusat Sains Negara ialah pusat pembelajaran

informal tentang sains dan teknologi. Ia ditubuhkan

berasaskan falsafah pembelajaran menerusi

penerokaan dan penemuan demi meningkatkan

kefahaman serta menimbulkan rasa ingin tahu

tentang sains dan teknologi.

UMUM 
PERAMALAN

Peramalan ialah amalan mencuba mengenal

pasti peristiwa yang tidak diketahui melalui cara

magik atau ghaib. Seorang peramal dianggap

dapat mempelajari tentang masa lampau, masa

kini, atau masa depan. Sesetengah peramal

percaya mereka boleh tahu sebab-musabab

berlakunya kejadian masa lalu, seperti penyakit

atau kematian seseorang. Peramal lain, dikenali

sebagai dowser, mendakwa mereka boleh

menentukan tempat air berada di bawah tanah.

Malah ada yang percaya mereka boleh

meramalkan peristiwa, seperti bila seseorang akan

meninggal dunia atau orang yang akan dikahwini

oleh seseorang itu.

UMUM 
MOTHER GOOSE

Mother Goose ialah suatu nama yang dikaitkan

dengan kesusasteraan kanak-kanak beratus-ratus

tahun lamanya. Mother Goose muncul sebagai

pengarang yang mempunyai banyak koleksi cerita

dan rima dalam pelbagai bahasa. Namun, tiada

sesiapa pun yang tahu sama ada Mother Goose

yang sebenar itu pernah wujud.

UMUM 
ALAT TULIS MELAYU TRADISIONAL

ALAT TULIS MELAYU TRADISIONAL, alat tulis yang dibuat oleh masyarakat Melayu yang telah mengenal tulisan serta tahu membaca dan menulis sejak zaman dahulu kala lagi.

BAHASAKonsep
123

Kembali ke atas