Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ja] | تاجا

Definisi : menaja 1. mulai membuat sesuatu anyaman (tenunan): lain ditaja, lain dianyam; 2. berbuat sesuatu dr mula, mempelopori sesuatu (gerakan, rancangan, dll): syarikat per­usahaan yg baru ditaja; utk ~ sebuah kampung baru yg seindah pusaka nenek moyang yg ada ini adalah satu perkara yg tidak mudah; ia telah ~ suatu cabang ilmu kaji bumi yg tersendiri yg dinamakan pa­leon­tologi; 3. merancang, mengatur: aku telah ~ hidupku; 4. membiayai rancangan radio atau televisyen sbg ganjaran masa tayangan iklan (bkn syarikat dsb): siaran langsung itu ditaja oleh syarikat Rothmans; tajaan sesuatu yg ditaja, apa yg ditaja; penajaan perihal (usaha, tindakan) menaja: beliau telah berhubungan rapat dgn ASAS ’50 sejak ~nya; penaja 1. orang yg menaja, orang yg mem­pelopori sesuatu: beliau ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ja] | تاجا

Definisi : ; menaja 1 memulakan sesuatu anyaman atau tenunan. 2 berbuat sesuatu dr mula; memulakan sesuatu pergerakan dll; mempelopori: Syarikat tsb telah ditaja oleh beberapa orang intelek Melayu. 3 membiayai sesuatu rancangan, majlis, aktiviti dsb: Syarikat gergasi itu akan ~ majlis tsb sempena perayaan itu. tajaan sesuatu yg ditaja. penajaan perbuatan atau hal menaja. penaja orang yg menaja (mempelo­pori atau membiayai) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taja
Kata Terbitan : menaja, tajaan, penajaan, penaja,