Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta/] | تق

Definisi : kep tidak: ~ ada tidak ada. ~kan a. tidak akan. b. masakan; mustahil. ~ apa a. tidak mengapa. b. tidak ada apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ta/] | تق

Definisi : bunyi spt bunyi orang mengetuk kayu dll dgn batu, bunyi detak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta/] | تق

Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mung­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak

Puisi
 

Pucuk paku makanan kalui,
     Dahan dedap bertaruk muda;
Tak berbalas tak berbalui,
     Tak ada adab sesama muda.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai,
     tak ada keruh yang tak jernih.

Bermaksud :

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

 

Lihat selanjutnya...(570)

463

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada gading yang tak retak

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada gading yang tak retak. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(104)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, manakah penggunaan peribahasa yang betul? 1. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ATAU 2. Tak lapuk di hujan, tak lekang di panasSalam sejahtera,

Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua (Abdullah Hussain), ungkapan yang betul ialah:

1. tak lapuk di hujan, tak lekang di panas

2. tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan

Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.04.2019
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun

Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,

     Lokan dikutip di tepi laut;

Cantik bukan kaya pun bukan,

     Mengapa pula hati terpaut.

Contoh pantun enam kerat:

Tempayan pecah jangan diterap,

Boleh buat pengisi dedak,

Dedak basah penjemur padi;

Orang miskin apa diharap,

Budi tiada bahasa pun tidak,

Emas perak jauh sekali.

 

 

Lain-lain15.07.2010
Yang mana yang betul: a) Tak kenal maka tak cinta b) Tidak kenal maka tidak cintaYang betul ialah a.  tak kenal maka tak cintaTatabahasa01.02.2012
kadang-kadang saya keliru bagi menentukan frasa kerja untuk kata kerja tak transitif. boleh tak beri saya tips unutk mengenalpasti FK tak transitif?

Kata kerja tak tarnsitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya, seperti dalam ayat Ayah tersenyum. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, seperti dalam contoh ayat: Mereka tidak berbuat jahat - unsur pelengkap ini bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan; sementara yang lain pula tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Saudara perlu merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88 dan 387.

Tatabahasa24.03.2011
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya. 1) Adakah 'bersukan' dan 'bersenam' merupakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap? 2) Adakah 'melibatkan diri' dan 'memainkan peranan' dimasukkan dalam golongan kata kerja tak transitif berpelengkap atau kata kerja transitif? 3) Adakah 'atau', 'dan', 'yang', 'untuk', 'daripada', 'kepada' & 'akan' merupakan kata tugas? 4) Adakah perkataan 'profesional' merupakan kata adjektif? Terima kasih.Sila rujuk pada lampiran yang disertakan. Terima kasih.Tatabahasa04.03.2019
Bahasa tidak patut menjadi tembok penghalang yang membolehkan mereka berkomunikasi dan "berinteraksi". berinteraksi merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap ??Betul, perkataan berinteraksi ialah kata kerja tak transitif.Tatabahasa24.03.2012
Hi, Saya nak tanya sama ada banner ini boleh di lulus tak? Kalau tak boleh tolong stated out kenapa x boleh? Thanks.Pembetulan: Tertakluk pada terma dan syarat. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa29.06.2015
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata nama am tak hidup institusi dan kata nama am tak hidup bukan institusi. Dalam buku teks DBP tahun 5, kata nama am tak hidup bukan institusi seperti rumah, padang, sungai. Boleh tak terangkan bagaimana nak mengajar murid tahun 5 untuk membezakan contoh antara bukan institusi dengan institusi? Sangat mengelirukan. Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisis Sekolah Rendah, kata nama tak hidup binstitusi merujuk perbadanan, organisasi dan pertubuhan seperti sekolah, kementerian dan yayasan; manakala kata nama am tak hidup bukan institusi diberikan contoh, iaitu computer, teori, bantuan dan rumah.Tatabahasa24.01.2015
Adakah perkataan yang bermula dengan imbuhan 'ber' ialah Kata Kerja Tak Transitif dan i dengan kata sendi nama mesti diikuti kata sendi nama selepasnya??Kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- bersifat tak transitif, iaitu tak transitif tanpa pelengkap seperti berjalan dan tak transitif berpelengkap seperti berbuat jahat. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 163. Kata kerja yang dibentuk dengan akhiran -i (tanpa awalan) wujud dalam dua bentuk, iaitu dalam ayat pasif diri pertama seperti Perangai yang baik itu akan kami contohi dan dalam ayat suruhan Tolong baiki basikal ini. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 187.Tatabahasa20.05.2011
tak ada apa apaBaik.Lain-lain11.07.2019
12345678910...

Kembali ke atas