Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta/] | تق

Definisi : kep tidak: ~ ada tidak ada. ~kan a. tidak akan. b. masakan; mustahil. ~ apa a. tidak mengapa. b. tidak ada apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ta/] | تق

Definisi : bunyi spt bunyi orang mengetuk kayu dll dgn batu, bunyi detak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta/] | تق

Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mung­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak

Puisi
 

Pucuk paku makanan kalui,
     Dahan dedap bertaruk muda;
Tak berbalas tak berbalui,
     Tak ada adab sesama muda.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai,
     tak ada keruh yang tak jernih.

Bermaksud :

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

 

Lihat selanjutnya...(570)

463

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada gading yang tak retak

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada gading yang tak retak. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(104)

Pantun

PantunSumberTema
Nasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tak tumbuh tak melata, Padi pulut buat niaga; Tak sungguh orang tak kata, Budi pekerti harus dijaga.Pantun Melayu SARAWAKNasihat
Kami tak tahu padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Kami tak tahu orang tak sudi, Balas juga dengan tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pinggan tak retak nasi tak dingin, Rama-rama di punca kain; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Bunga Cina lah Cina, jambangan Cina, Layu dibungkus kertas, dalam kertas; Sajak rupa tak bena, saya tak bena, Dalam hati tak lepas, haram tak lepas.Pantun Melayu SARAWAKBergendang
Kalau kulurut padi di Daik, Pancang pulau jatuh terhempas; Kalau kuturut perangai tak baik, Pasang tak penuh surut tak timpas.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Selasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Itik-itik apa tak mandi, Kalau mandi kepak tak basah; Cik abang apa tak mari, Kalau mari saya tak marah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12345678910...

Kembali ke atas