Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta/] | تق

Definisi : kep tidak: ~ ada tidak ada. ~kan a. tidak akan. b. masakan; mustahil. ~ apa a. tidak mengapa. b. tidak ada apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ta/] | تق

Definisi : bunyi spt bunyi orang mengetuk kayu dll dgn batu, bunyi detak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta/] | تق

Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mung­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak

Puisi
 

Pucuk paku makanan kalui,
     Dahan dedap bertaruk muda;
Tak berbalas tak berbalui,
     Tak ada adab sesama muda.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai,
     tak ada keruh yang tak jernih.

Bermaksud :

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

 

Lihat selanjutnya...(570)

463

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada gading yang tak retak

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada gading yang tak retak. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(104)

Majalah

Dewan Budaya » 2015 » November
Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2015 » November 0 Comments SELERA PENONTON WAYANG KITA admin on November 1st, 2015 “ Saya baca bunyi syair; Sudin baca bunyi Arab; Ramli baca tak bunyi langsung.” Begitulah lebih kurang dialog dalam satu adegan filem Pendekar Bujang Lapok . Penonton lazimnya ketawa mendengar dialog tersebut, ditambah lagi dengan kelucuan lakonan bersahaja Aziz Satar, S. Shamsuddin dan membaca al-Quran, tetapi tidak faham akan maksudnya kerana kitab suci itu ditulis dalam bahasa Arab. Kalangan yang tidak tahu langsung membaca al-Quran pula disindir melalui dialog “Ramli baca tak bunyi langsung”. Namun demikian, berapa banyakkah penonton yang dapat mengesan mesej tersirat itu? Biasanya penonton hanya ketawa melihat telatah lucu ketiga-tiga orang bintang filem itu. Mungkin ada penonton yang
Dewan Budaya » 2015 » April
irama muzik Barat dan perubahan “iklim” dunia menyebabkan muzik ini turut senasib dengan barangan antik lain yang lokasi terbaiknya di dalam kotak dan dibungkus rapi untuk dimuatkan ke dalam stor? Tak kenal maka tak cinta, itu perumpamaan yang mudah untuk menterjemahkan perihal muzik klasik pada hari ini. Cinta lahir melalui jiwa yang benar-benar suci. Melalui jiwa yang ikhlas itu, tanpa paksaan atau gesaan
Dewan Budaya » 2012 » January
ada dalam bentuk novel ataupun cerpen. Antara karya kreatif hasil tulisan Keris Mas termasuklah Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, Rimba Harapan dan Anak Titiwangsa . Mochtar Lubis menghasilkan novel seperti Jalan Tak Ada Ujung, Tak Ada Esok, Harimau! Harimau!, Maut dan Cinta , dan Senja di Jakarta . Untuk membandingkan ketegangan hubungan yang timbul daripada pergeseran dan pertembungan nilai antara anak watan dengan penjajah atau bekas penjajahnya
Dewan Budaya » 2013 » March
orang rakan sepejabat, Kak Gee dan Rafiq menuju Kubang Kerian untuk melihat perusahaan madu kelulut. “Maka ‘gelaplah’ kita hendak ke Kubang Kerian,” ujarnya. “Mengapa, pak cik?” tanya saya. “Sebab kita tak tahu tempatnya,” jawab pak cik. “Sekarang ini sudah masuk waktu asar, dan kita akan sampai di sana selepas jemaah habis solat. Nanti kita boleh tanya jemaah di sana,” tambahnya lagi Cucu pula ada dua orang.Semua tinggal dengan pak cik.Rumah pak cik pun dah nak roboh. Nanti ya…” “Kenapa pak cik. Nak pergi rumah pak cik, ke?” tanya Rafiq. “Tak. Nak tunjuk contoh rumah pak cik,” jelasnya. Sekali lagi kami tergelak bersama-sama mendengar kelucuan pak cik yang bersahaja. “Nanti pak cik berhenti dekat depan 7-Eleven ‘tu, ya,” minta
Dewan Budaya » 2015 » May
Bahasa mudah juga digunakan untuk menerangkan nilai keagamaan. Wak Khalid membawa kita berfikir tentang rezeki dan ibadah melalui percakapan antara Daud dengan Pie. “Mana datangnya ibadah pula? Ini main muzik, tak boleh disamakan dengan ibadah.” Kata-kata Daud itu dijawab oleh Pie, “Kau ada kerja lain selain dari main muzik untuk menyara hidup kau?” Daud mengakui bahawa itulah punca rezekinya dan
Dewan Budaya » 2017 » June
duduk di sebelah pemuda itu apabila melihat pinggan itu. “Ini sahaja rezeki saya pada hari ini. Ini sahaja yang tinggal,” jawab pemuda itu. “Ambil nasi saya sedikit,” balas lelaki itu. “Tak apalah. Ini pun dah cukup,” jawab pemuda itu lagi. Setelah mendengar jawapan itu, lelaki tersebut terus memindahkan segenggam nasi ke pinggan pemuda itu. “Kita makan bersama-sama,” katanya. Peristiwa yang
Dewan Budaya » Nota Editor
duduk di sebelah pemuda itu apabila melihat pinggan itu. “Ini sahaja rezeki saya pada hari ini. Ini sahaja yang tinggal,” jawab pemuda itu. “Ambil nasi saya sedikit,” balas lelaki itu. “Tak apalah. Ini pun dah cukup,” jawab pemuda itu lagi. Setelah mendengar jawapan itu, lelaki tersebut terus memindahkan segenggam nasi ke pinggan pemuda itu. “Kita makan bersama-sama,” katanya. Peristiwa yang

Kembali ke atas