Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mat] | تمت

Definisi : 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,

Puisi
 

Tuan menjaja Qurªan Istanbul,
     Lambat tamat dipelajari;
Kalau tuan berjanji betul,
     Dilucut akan cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOU

Sou ialah duit syiling kecil dalam sistem

kewangan Perancis. Nilainya lima centime (satu per

seratus daripada satu franc). Duit ini tidak

digunakan lagi sejak tamat Perang Dunia II pada

tahun 1945.

UMUM 
SLAMET KIRNANTO

SLAMET KIRNANTO (1941-           ), penulis dan penyair Indonesia.  Dia lahir pada 3 Mac 1941 di Solo, Jawa Tengah, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Muhammadiyah I (tamat 1959), Sekolah Menengah Pertama Negeri III (tamat 1960) dan Sekolah Menengah Atas Negeri III (tamat 1963) di Solo.  Pada tahun 1963, dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, Jakarta dalam jurusan Sejarah Asia Tenggara.

SASTERATokoh
SAMSURI

SAMSURI (1925 -     ), ahli bahasa Indonesia.  Dia lahir pada 31 Julai 1925 di Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan awal di Schakelschool di Mojokerto dan Hollandse Kweekschool di Yogyakarta.  Dia kemudian memasuki Sekolah Guru Laki-laki di Yogyakarta dan tamat pada tahun 1943.  Selepas itu dia memasuki Sekolah Guru Atas di Surabaya dan tamat pada tahun 1953.  Samsuri melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Yogyakarta, dan tamat pada tahun 1956.  Dia memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang linguistik dari Indiana University pada tahun 1958.  Dari tahun 1963 hingga 1965, dia melanjutkan pelajarannya di universiti yang sama, dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah, juga dalam bidang linguistik.

BAHASATokoh
DASIMAH DASIR

DASIMAH DASIR (1918-1980), ahli politik. Dia lahir pada 21 Ogos 1918 di Butterworth, Pulau Pinang. Dasimah mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Chowrasta, Pulau Pinang hingga tamat Darjah Tiga dan meneruskan pelajarannya di sekolah Inggeris pada sebelah malam hingga tamat Darjah Empat.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ROSIHAN ANWAR

ROSIHAN ANWAR (1922-    ), wartawan Indonesia. Dia lahir pada 10 Mei 1922 di Kubang Nan Dua, Sumatera Barat, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Hollandsch Inlandsche School (HIS), Padang. Pada tahun 1935, dia meneruskan pelajarannya di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) dan tamat pada tahun 1939. Rosihan kemudian melanjutkan pelajaran ke Algemeene Middlebare School (AMS), Jurusan A (bahagian Kesusasteraan Klasik Barat) di Yogyakarta, Jawa Tengah dan tamat pada tahun 1942. Dia pernah mengikuti kursus drama di Yale University, New Haven pada tahun 1950 dan kursus kewartawanan di School of Journalism di Columbia, New York pada tahun 1954.

SASTERATokoh
MOHD. EUNOS ABDULLAH
 
MOHD. EUNOS ABDULLAH (1876-1933), pengarang akhbar dan aktivis masyarakat Singapura. Dua lahir di Singapura . Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Raffles Institution hingga berjaya dalam bidang perdagangan (1893-1894). Selepas tamat persekolahannya, dia bertugas di pejabat Master Attendant di Singapura dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Syahbandar di Muar, Johor.
SASTERATokoh
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI

Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli

akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24

Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun

1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi

guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada

tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga

1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu.

Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan

pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang

sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung

pelajarannya ke Stanford University, California dan

memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang

pendidikan dan sosiologi.

UMUM 
ZAINAL ABIDIN SAFARWANZAINAL ABIDIN SAFARWAN (1932-     ), ahli perkamusan.  Dia lahir pada 27 Jun 1932 di Singapura. Dia bersekolah Melayu dan memasuki Special Malay Class di Victoria School Singapura hingga tamat Sijil Persekolahan pada tahun 1952.  Zainal Abdidin mula bekerja dengan majalah Bulanan Malaya Di Singapura sebaik sahaja tamat persekolahan.  Apabila majalah itu ditutup pada tahun 1965 dia berpindah ke majalah Radio Weekly.  Pada tahun 1968, dia berpindah pula ke Berita Harian di Kuala Lumpur, sehinggalah dia bersara pada tahun 1987.BAHASATokoh
KASMANI HAJI ARIF

KASMANI HAJI ARIF,  (1919-1941), penulis cerpen dan sajak. Dia lahir di Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Mampan, Batu Pahat hingga tamat Darjah Empat, pada tahun 1929. Pada tahun 1930, dia diterima menjadi guru dan pada tahun 1931, dia lulus peperiksaan untuk memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (1932). Setelah tamat pengajian di MPSI (1934), dia ditugaskan mengajar di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Johor.

SASTERATokoh
MITTERRAND, FRANÇOIS-MAURICE

Mitterrand, François-Maurice (1916–1996)

ialah Presiden Perancis pada tahun 1981 hingga

tahun 1995. Sebagai ahli Parti Sosialis, Mitterrand

adalah ahli berhaluan kiri yang pertama menjadi

Presiden Perancis sejak tahun 1958. Dia bersara

pada tahun 1995 setelah tamat penggal kedua

pemerintahannya. Jacques Chirac, seorang

konservatif menggantikannya.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas