Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[ta.mat] | تمت

Definisi : 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,

Puisi
 
Tuan menjaja Qurªan Istanbul,
     Lambat tamat dipelajari;
Kalau tuan berjanji betul,
     Dilucut akan cincin di jari.

Lihat selanjutnya...(2)

Majalah

Dewan Budaya » 2012 » February
pula “berombak” di pawagam sehingga mencecah kutipan RM14 juta. Banyak air mata yang tumpah menyaksikan karya adaptasi daripada penulis novel terkenal, Fauziah Ashari. Namun belum pun tempoh penayangan filem tersebut tamat, Fauziah meluahkan ketidakpuasan hatinya berhubung terma perjanjian penerbitan novelnya. Soal royalti dan hak cipta pengkarya bukanlah isu yang baharu. Banyak penulis novel yang “makan hati” apabila karya yang dihasilkan daripada
Dewan Budaya » Manusia Peking Tapak Warisan Zhoukoudian
Julai 1937 apabila Jepun membuat serangan terhadap Beijing. Sebagai langkah keselamatan, fosil Manusia Peking telah diletakkan di dalam peti besi di Makmal Cenozoic dan dihantar ke Amerika Syarikat sehingga perang tamat. Walau bagaimanapun, artifak tersebut hilang ketika dalam perjalanan ke pelabuhan Qinghuangdao dan berkemungkinan besar artifak tersebut diletakkan di bawah pengawasan tentera laut Amerika Syarikat ketika perang melanda. Antara artifak yang
Dewan Budaya » Galeri

Dewan Budaya » 2017 » March
rumah. Yang pasti, tetamu lebih menghayati hidangan daripada menghayati persembahan gendang Pahang! Tiba-tiba sahaja tidak lagi kedengaran muzik yang dimainkan oleh kumpulan gendang Pahang itu. Rupa-rupanya mereka telah tamat memainkan dua buah lagu itu, seperti yang diumumkan oleh pemimpin kumpulan. Dua buah lagu? Tidak dengar seperti persembahan dua buah lagu pun. Yang dapat didengar hanyalah paluan gendang dan gong
Dewan Masyarakat | Tragedi Westgate: Konflik Berdarah di Afrika
semua anggota keselamatan yang berani dan bertindak bijak dalam menangani tragedi yang menggemparkan seluruh dunia itu. Kenyataan Uhurru Kenyatta sebagaimana disiarkan oleh rangkaian televisyen Al-Jazerra menyebut, “Segala-galanya sudah tamat. Kenya berjaya menundukkan kejahatan dan beroleh kemenangan. Kita telah mengalahkan musuh dan menunjukkan kepada dunia apa yang telah kita capai.” Tidak sampai 24 jam tragedi serangan di Nairobi itu, kumpulan
Dewan Budaya » Nota Editor
rumah. Yang pasti, tetamu lebih menghayati hidangan daripada menghayati persembahan gendang Pahang! Tiba-tiba sahaja tidak lagi kedengaran muzik yang dimainkan oleh kumpulan gendang Pahang itu. Rupa-rupanya mereka telah tamat memainkan dua buah lagu itu, seperti yang diumumkan oleh pemimpin kumpulan. Dua buah lagu? Tidak dengar seperti persembahan dua buah lagu pun. Yang dapat didengar hanyalah paluan gendang dan gong
Dewan Budaya » 2016 » January
kita dapat menontonnya di rumah atau dengan menggunakan telefon pintar. Jika dahulu kita membaca berita tentang sesuatu peristiwa pada esoknya atau mengetahuinya melalui berita radio atau televisyen selepas peristiwa itu tamat, kini kita tidak perlu lagi melakukan begitu. Teknologi terkini mengubah cara kehidupan manusia sekarang. Teknologi terkini dikatakan mewujudkan budaya baharu dalam kehidupan masyarakat masa ini. Budaya baharu itu tidak mengenal
Dewan Budaya » 2018 » July
Julai 1937 apabila Jepun membuat serangan terhadap Beijing. Sebagai langkah keselamatan, fosil Manusia Peking telah diletakkan di dalam peti besi di Makmal Cenozoic dan dihantar ke Amerika Syarikat sehingga perang tamat. Walau bagaimanapun, artifak tersebut hilang ketika dalam perjalanan ke pelabuhan Qinghuangdao dan berkemungkinan besar artifak tersebut diletakkan di bawah pengawasan tentera laut Amerika Syarikat ketika perang melanda. Antara artifak yang

Kembali ke atas