Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mat] | تمت

Definisi : 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,

Puisi
 

Tuan menjaja Qurªan Istanbul,
     Lambat tamat dipelajari;
Kalau tuan berjanji betul,
     Dilucut akan cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
post-construction evaluationpenilaian pascabinaLandskapTiadaPenilaian yang dibuat se lepas tamat tempoh binaan untuk melihat keberkesanan reka bentuk.
commencementmajlis penyampaianUmumTiadaAcara rasmi, iaitu majlis penyampaian yang diberikan kepada seseorang setelah tamat latihan atau kursus.
rho factorfaktor rhoBioteknologiTiadaProtein yang mempunyai kesan khusus terhadap penamatan transkripsi. Faktor rho mengenal isyarat tamat dan menghalang pempolimeran RNA daripada terus menyalin templat.
New World OrderOrde Baru DuniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerihal keadaan politik dunia yang berubah akibat kejatuhan komunisme selepas tamat Perang Dingin pada akhir tahun 1990. Sebelum tahun 1990, imbangan kuasa adalah berasaskan persaingan antara dua pihak atau pusat, iaitu Kesatuan Soviet dan sekutunya dengan Amerika Syarikat dan sekutunya. Kini, terdapat beberapa pusat kuasa di dunia serta pelbagai isu baru. Antara isu yang timbul dalam Orde Dunia Baru adalah berkenaan senjata nuklear, kimia dan biologi, masalah alam sekitar seperti pemanasan global, keganasan di Timur Tengah dan ancaman pengganas.
gencatan senjataarmisticeUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan pihak berperang menamatkan pertempuran dalam sesuatu peperangan. Gencatan senjata boleh berlaku secara sementara tetapi tidak semestinya bermaksud menamatkan peperangan. Pihak berperang mungkin akan bersengketa semula sebaik sahaja gencatan senjata tamat. Walau bagaimanapun, sekiranya gencatan senjata kekal dapat dicapai, hal tersebut boleh membawa kepada tamatnya peperangan.
initiator transfer RNARNA pemindah pemulaBioteknologiTiadaRNA khusus yang membawa residu metionina bebas atau terformil yang bersaling tindak dengan kodon pemula untuk memulakan sintesis molekul protein. Metionina yang diperlukan dikeluarkan daripada kebanyakan protein sebelum atau sebaik sahaja sintesis tamat.
paid circulationedaran berbayarKomunikasiKorporatKaedah pengedaran bahan penerbitan kepada pengguna yang telah melakukan pembayaran lebih awal. Pengguna ini dikenali juga sebagai pelanggan. Tempoh masa langganan ditentukan oleh pelanggan berdasarkan sejumlah bayaran yang telah ditetapkan. Pengedaran bahan penerbitan ini akan dihentikan apabila tempoh langganan itu tamat. Jumlah bayaran yang dikeluarkan oleh pelanggan biasanya lebih rendah daripada bayaran biasa yang terdapat di gerai media cetak.
ekspatriasiexpatriationUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKehilangan taraf kerakyatan menerusi pelepasan kesetiaan dan perolehan suatu kerakyatan asing. Di Malaysia, manamana rakyat yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih, dan berfikiran waras boleh melepaskan kerakyatan persekutuannya dengan membuat perisytiharan yang didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Selepas itu, seseorang itu dikira sebagai tamat dan berhenti daripada menjadi seorang warganegara. Hal ini terkandung dalam Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, seseorang yang telah berhenti daripada menjadi warganegara Malaysia, sekiranya dicederakan oleh negara lain, tidak layak mendapat perlindungan politik dari Malaysia.
vectorvektorMatematikTiadaKuantiti yang mempunyai magnitud dan arah, seperti daya, halaju, dan pecutan. Bagi dua titik A dan B pada satah atau ruang bermatra 3, digunakan untuk mewakili vektor dengan magnitud yang sama dengan panjang tembereng AB dan dengan arah dari A ke B (A merupakan titik asal dan B titik tamat). Vektor merupakan vektor yang sama magnitudnya dengan vektor , tetapi dengan arah yang bertentangan. sesuatu vektor mungkin diwakili dengan rangkap-n.
Alabama IncidentPeristiwa AlabamaSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik antara Amerika Syarikat dengan Britain sewaktu perang saudara di Amerika Syarikat pada tahun 1860 hingga 1865. Konflik ini terjadi ekoran daripada penglibatan Britain yang membantu pihak konfederasi selatan Amerika Syarikat yang berperang dengan pihak utara Amerika Syarikat. Pihak Selatan mendapat bantuan kelengkapan kapal Britain terutamanya kapal Alabama. Ekoran peristiwa ini, konflik Amerika Syarikat dengan Britain berlanjutan sehingga kes ini dibawa ke mahkamah arbitrasi Geneva pada tahun 1872. Persengketaan ini tamat apabila pihak mahkamah memutuskan pihak Britain perlu membayar ganti rugi kepada Amerika Syarikat.

Kembali ke atas