Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.rikh] | تاريخ

Definisi : 1 hari bulan dan tahun: Tiap-tiap surat hendaklah dibubuhi ~. 2 cara menghitung tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi. 3 kitab sejarah; tawarikh: kitab ~ Johor. bertarikh ada tarikh; tercatat tarikh pdnya: Surat tuan yg ~ 20 Mei 1985 telah diterima. mentarikhkan membubuh atau menulis tarikh pd. pentarikhan perihal atau perbuatan mencatat tarikh bagi sesuatu peristiwa: ~ adalah penting kerana kita boleh menjadikannya sumber sejarah. ~ karbon kaedah me­nentukan usia objek organik, mis tulang, kayu me­­­lalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ta.rikh] | تاريخ

Definisi : ahli sejarah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rikh] | تاريخ

Definisi : 1. perhitungan tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi; 2. bilangan (angka) utk menyatakan tahun: ~ 1350 Hijrah; 3. hari bulan dan tahun, tanggal: tiap-tiap surat mesti dibubuh ~; ~ bagi perundangan selanjutnya akan ditetap-kan; 4. kitab sejarah, riwayat, tambo, tawarikh: kitab ~ kerajaan Johor; ahli ~ ahli sejarah;bertarikh bertanggal, ada tarikhnya: surat itu ~ 20 Mei 1960;mentarikhkan 1. membubuh (menuliskan) tarikh; 2. mencatat tarikhnya; 3. menuliskan dlm buku peringatan (riwayat);pentarikhan perihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa: ciri penulisannya me-mentingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yg dinilai; ~ karbon (Kim) kaedah menentukan usia objek organik yg sangat tua, mis tulang, kayu dsb melalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tarikh (kata nama)
Bersinonim dengan hari bulan, tanggal, titimangsa;,
Kata Terbitan : bertarikh, mentarikhkan, pentarikhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tempat kerja saya mengisytiharkan hari sabtu minggu pertama adalah cuti. Adakah tarikh-tarikh seperti 4/10/2008 atau 1/11/2008 jatuh pada hari tersebut?Mengikut kalendar 2008, 4/10/2008 dan 1/11/2008 ialah hari Sabtu pertama.Lain-lain09.11.2008
(i)penyata tuntutan dicop tarikh terima (ii)mengecop tarikh terima pada penyata tuntutan ayat mana yang betul atau terdapat pembetulan..
mengecap tarikh terima pada penyata tuntutan (betul)



Tatabahasa28.08.2012
Adakah tajuk surat ini betul "Jadual Tarikh Mesyuarat Lembaga Tender Pusat Negeri & Tarikh Dan Masa Tutup Tender Tahun 2014" ?Tajuk yang betul ialah - Jadual Tarikh Mesyuarat Lembaga Tender Pusat Negeri, Tarikh dan Masa Tutup Tender Tahun 2014.Tatabahasa13.02.2014
1.Majlis itu ditunda ke tarikh yang baru. 2.Majlis itu ditunda kepada tarikh yang baru. 3.Majlis itu ditunda pada tarikh yang baru. Ayat manakah yang betul.Ayat yang betul: Majlis itu ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian atau Majlis itu ditunda pada 25 November 2016.Lain-lain26.10.2016
Tarikh diperlukan minggu ini.Untuk urusan hak cipta karya DBP, kami mencadangkan puan menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek DBP,  Puan Hajah Kamariah binti Yusof, di talian 03-21479494 dan e-mel kamari2@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat tentang proses penerbitan, hubungi Jabatan Penerbitan DBP melalui talian 03-21479000/9534/9536;  manakala maklumat tentang dana penulis pula boleh diperoleh melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479129.Lain-lain10.05.2015
tarikh bila diperlukan: 16/04/2014 MEMOHON TERJEMAHAN BAGI PERKATAAN BERIKUT: MUSEUM COLLECTIONS MAKE CONNECTIONSUntuk makluman, DBP tidak memberikan khidmat terjemahan. DBP hanya memberikan khidmat penyemakan perkataan dalam bahasa Melayu. Sila terjemah dahulu dan hantar kepada kami untuk pengesahan sama ada bahasa Melayu yang digunakan adalah betul atau tidak.Penyemakan dan penterjemahan15.04.2014
tarikh sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan 2010 terutama bagi daerah lahad datuSoalan saudara diluar skop Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain01.08.2010
tarikh berkhawinTarikh berkahwin? Soalan tidak jelas.Tatabahasa29.12.2016
Tarikh berkhawin?Tarikh berkahwin? Soalan tidak jelas.Lain-lain29.12.2016
Bina ayat tanya bagi jawapan di bawah. Tarikh sambutan Hari Guru ialah pada 16 Mei. Bilakah tarikh sambutan Hari Guru? Atau Apakah tarikh sambutan Hari Guru? Mana satukah yang tepat? Terima kasih atas jawapanAyat yang betul ialah Bilakah tarikh sambutan Hari Guru? Lain-lain13.08.2017
12345678910...

Kembali ke atas