Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.rikh] | تاريخ

Definisi : ahli sejarah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rikh] | تاريخ

Definisi : 1. perhitungan tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi; 2. bilangan (angka) utk menyatakan tahun: ~ 1350 Hijrah; 3. hari bulan dan tahun, tanggal: tiap-tiap surat mesti dibubuh ~; ~ bagi perundangan selanjutnya akan ditetap-kan; 4. kitab sejarah, riwayat, tambo, tawarikh: kitab ~ kerajaan Johor; ahli ~ ahli sejarah;bertarikh bertanggal, ada tarikhnya: surat itu ~ 20 Mei 1960;mentarikhkan 1. membubuh (menuliskan) tarikh; 2. mencatat tarikhnya; 3. menuliskan dlm buku peringatan (riwayat);pentarikhan perihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa: ciri penulisannya me-mentingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yg dinilai; ~ karbon (Kim) kaedah menentukan usia objek organik yg sangat tua, mis tulang, kayu dsb melalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rikh] | تاريخ

Definisi : 1 hari bulan dan tahun: Tiap-tiap surat hendaklah dibubuhi ~. 2 cara menghitung tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi. 3 kitab sejarah; tawarikh: kitab ~ Johor. bertarikh ada tarikh; tercatat tarikh pdnya: Surat tuan yg ~ 20 Mei 1985 telah diterima. mentarikhkan membubuh atau menulis tarikh pd. pentarikhan perihal atau perbuatan mencatat tarikh bagi sesuatu peristiwa: ~ adalah penting kerana kita boleh menjadikannya sumber sejarah. ~ karbon kaedah me­nentukan usia objek organik, mis tulang, kayu me­­­lalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarikh (kata nama)
Bersinonim dengan hari bulan, tanggal, titimangsa;,
Kata Terbitan : bertarikh, mentarikhkan, pentarikhan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tarikh tutup festival teater 1 Julai ini.TiadaUtusan Malaysia (WS)29.05.2009
Tarikh pertandingan esei ilmiah dilanjutkanTiadaMingguan Malaysia16.12.1990
Tarikh pertandingan esei ilmiah dilanjutkan-Mingguan Malaysia16.12.1990
Tarikh tutup peraduan menulis skrip dilanjutTiadaBerita Harian15.08.1991
Tarikh tutup budaya indah dilanjutkanTiadaBerita Harian11.08.1994
Tarikh tutup sertai hari sastera Pulau Pinang 27 NovemberTiadaUtusan Malaysia21.11.1985
Tarikh penciptaan Sejarah Melayu satu pertimbangan semulaIbraginsky, VladimiriUtusan Borneo17.10.1995
Tarikh penciptaan Sejarah MelayuBraginsky, VladimirUtusan Borneo18.10.1995
Tarikh tutup peraduan menulis esei dilanjutJohary IndanBerita Harian06.05.1998
Tarikh tutup sayembara penulisan kreatif unit kebudayaan Yayasan Sabahakhir FebruariTiadaSabah Times08.01.1985
1234567

Kembali ke atas