Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.war] | تاور

Definisi : 1. tidak berasa apa-apa (makanan, minuman, dll), hambar, campah, tidak cukup rasa masinnya atau rasa manisnya: beliau menuang air teh ~ dr teko; 2. tidak masin (bkn air di tasik dll): air sungainya itu ~ sampai ke laut; air ~ a) air yg tidak masin; b) air biasa yg tidak dimasak; 3. tidak manjur (ubat, guna-guna, mantera, dll), tidak mujarab, tidak mustajab, hilang kekuatannya (tentang bisa, racun, dll): semua mantera dan jampi-nya ~ belaka; 4. ki hilang minat, tidak girang (gembira), tidak berkemahuan, tidak bernafsu, dingin, hilang keberanian: hatiku ~ benar utk berbual-bual lagi; 5. hilang kemarahan, tidak marah lagi, sudah sejuk hati; 6. tidak sedap (pd pendengaran dll), tidak bersemangat (cerita, pidato, dll): pidatonya ~ dan tidak bersemangat; ~-hambar (-mawar) tawar sekali; ~ hati tidak bersemangat (berkemahuan) lagi; ~ hebiak Kd terlalu tawar (makanan) sehingga tidak terasa masin atau manisnya; ~ ipuh jampi utk menghilangkan bisa ipuh; jika secawan air ~ dibuangkan ke laut, bolehkah air laut itu menjadi ~? prb bolehkah nasihat atau pertolongan yg sedikit itu menghilangkan kejahatan yg banyak (mengayakan orang miskin); tawar-tawar setawar, sitawar; menawar menghilangkan bisa racun dll (dgn jampi dll): digunakan segala jampi mantera dan ilmu hikmat yg dipelajari dahulu itu bagi ~ bisa racun itu; menawari 1. mengubat (dgn jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dll), menjampi, memanterai, menambari: ditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh; 2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan): dia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengan­nya; 3. meng-hilangkan (menyejukkan) kemarahan dll, meredakan (kemarahan dll): ibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi; menawarkan 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati; ketawaran perihal tawar; penawaran perbuatan menawar (menawari, menawarkan); penawar 1. ubat dll utk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dll): carikan ~ utk meng­ubati penyakitnya itu; 2. mantera, jampi utk menawarkan (penyakit dll); 3. (sesuatu) yg menyenangkan hati (yg duka), (sesuatu) yg menghilangkan atau mengu­rangkan perasaan sedih (dukacita dll): ~ rindu; ~ hati ki orang (suami, isteri, anak, dsb) yg menyenangkan hati; ~ jampi ubat serabut drpd tumbuh-tumbuhan (paku pakis) utk menahan darah keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.war] | تاور

Definisi : bp = menawar; bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih dahulu, lwn bidan terjun; adat dagang, tahan ~ barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; bertawar-tawaran tawar-menawar; menawar 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia menge­luarkan duit dr dlm dompetnya dan mem­bayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; menawari ark mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dll): seorang pemuda yg sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya; menawarkan mengunjukkan (menge­mukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): se-orang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;tawaran 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi men­yewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;penawaran perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin ber­kurangan; penawar orang yg menawar, pemohon, pelamar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tawar (adjektif)
1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang,
Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit

2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,

3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap,
Berantonim dengan ghairah

4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati,
Berantonim dengan marah

5. Dalam konteks pidato
bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,

Kata Terbitan : menawari, penawar,

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Sungguh Jawa tawar-menawar;
Kalau datang si jantung hati,
     Racun diminum jadi penawar.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Yang tajam tumpul,
     yang bisa tawar.

Bermaksud :

Dengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
المماكسةtawar-menawarAgama IslamFiqhTawar-menawar dalam urusan jual beli bagi menentukan harga sesuatu barang.
concession bargainingtawar-menawar konsepPentadbiranTiadaBentuk tawar-menawar kolektif, iaitu gaji boleh dibekukan atau dikurangkan untuk mencegah pemberhentian kerja sementara.
good faith bargainingtawar-menawar cara baikPentadbiranTiadaTawar-menawar berkaitan gaji, masa dan lain-lain syarat pekerja dengan cara baik.
Fresh-water lensKanta air tawarSains dan TeknologiHidrogeologiBadan air tawar yang terapung di atas tanah masin dalam akuifer yang sama, seperti di pulau-pulau atau gumuk pasir. Sin.: kanta Ghyben-Herzberg
permissive bargaining issueisu tawar-menawar berizinPentadbiranTiadaIsu yang boleh dibangkitkan dalam tawar-menawar tetapi tidak semestinya dibincangkan.
Fresh-water barrierSawar air tawarSains dan TeknologiHidrogeologiRabung air tanah tawar dengan hulu yang cukup untuk menahan kemasukan air masin.
mandatory bargaining issuesisu tawar-menawar wajibPentadbiranTiadaIsu yang menjadi agenda wajib dalam proses tawar-menawar iaitu bayaran upah, masa bekerja, syarat dan keadaan kerja.
bargaining structurestruktur tawar-menawarPentadbiranTiadaPeraturan asas yang digariskan oleh sesebuah syarikat atau organisasi untuk memudahkan proses tawar-menawar antara majikan dengan kesatuan sekerja
freshwater allowancebasi air tawarKejuruteraanTiadaPenambahan drauf garis beban yang dibenarkan ketika kapal beroperasi di air tawar.
fresh waterair tawarKejuruteraanPetroleumAir yang sedikit sekali atau tiada langsung mengandungi garam terlarut di dalamnya. Air jenis ini selalu digunakan dalam industri petroleum, umpamanya sebagai cecair dasar bagi lumpur air tawar, untuk membuat sistem simen dan sebagainya. Umumnya, air jenis ini mempunyai garam terlarut kurang daripada 2,000 bahagian setiap juta. Kadang kala air jenis ini digunakan juga untuk menerangkan air laut normal, iaitu air laut yang mengandungi garam terlarut sebanyak 35,000 bahagian setiap juta. Biasanya air tawar mempunyai kecerunan tekanan hidrostatik sebesar 0.433 paun per inci persegi setiap kaki.
12345678910...

Kembali ke atas