Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ bibir nama sj ikan laut, Plectorhyncidae. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ~ bibir sj ikan laut, Plectorhyncidae; ~ pipi sj ikan laut, Pamadasys spp.; ~ sisik sj ikan darat, Puntius binotatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak tipis (barang yg berkeping-keping atau berhelai-helai, spt kertas, papan, kain, buku, dll): kertas ~; selimut ~; tilam ~; 2. kasar dan jelas kelihatan (garisan, tulisan, dll): garis ~; huruf ~; 3. padat (awan, kabus, dll), tumpat: asap ~; awan ~; 4. lebat lagi banyak tumbuhnya (rambut, janggut, tanam-tanaman, dll): hutan yg ~; rambut ~; rumput di situ amat ~; 5. teguh dan kukuh (iman, kepercayaan, keyakinan, kasih sayang, dll), banyak mengandungi atau berisi dgn (sesuatu), mendalam: ia tahu betapa ~nya cinta suami-nya terhadap dirinya;~ bibir tidak suka bercakap banyak; ~ hati keras hati; ~ jangat = ~ kulit tidak tahu malu, tidak berperasaan; ~ kantung banyak wang (kaya); ~ lidah susah hendak menyebut kata-kata asing, keras lidah; ~ muka = muka ~ tidak tahu malu; ~ telinga a) tidak meng­hiraukan (ejekan, makian, dll orang); b) tidak tahu malu; menebal menjadi tebal: hujan sudah ber-henti betul, hanya asap sabut yg mula ~ semula; menebalkan 1. menjadikan tebal; 2. mem-perkukuh (iman, hati, kepercayaan, dll), mem-perkuat, memperteguh: lawatan itu diadakan utk ~ persaudaraan antara kedua-dua belah pihak; ~ muka menghilangkan perasaan malu, sanggup menanggung malu; ~ telinga menekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dll);mempertebal menjadikan lebih tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Adakah anda bermaksud : tebal

Tesaurus
 
tebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak,
Berantonim dengan nipis

2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan,
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan,

Puisi
 

Hilang tin gunung ditumpal,
     Nampak dari Gunung Jematu;
Pinggang ramping badannya tebal,
     Pandai juga membuat laku.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
optical thicknesstebal optikFizikOptikHasil darab tebal bahan optik dengan indeks biasannya.
skin depthtebal kulitFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanKedalaman di bawah permukaan suatu pengkonduksian dan pada kedalaman tersebut ketumpatan arus berkurang ke nilai kali dengan nilai pada permukaan pengkonduksian tersebut dan tebal kulit  EMBED Equation.3  = kedalam (meter), = frekuensi (kitar saat -1), = ketelapan (henry meter -1) dan = kekonduksian (mhos meter -1).
asphalt � saturated feltlangkan asfalt tepuKejuruteraanKejuruteraan BangunanLangkan daripada campuran asfalt dan kertas tebal yang boleh diperolehi dalam berbagai-bagai ukuran tebal.
swage settingpengesetan picitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses membentuk gigi gergaji dengan melebarkan hujung gigi supaya lebih besar daripada tebal badannya. Tujuannya ialah untuk melebarkan tebal potongan kayu, dan dengan itu mengelakkan gergaji daripada tersepit.
idioblastidioblasBiologiHistologi dan SitologiSel tanpa klorofil dan berdinding tebal yang terdapat di antara sel yang mengandungi klorofil dan berfungsi sebagai penyokong. Biasanya sel ini panjang dan berbeza daripada sel-sel jirannya kerana bentuk dan kandungannya berlainan dan dindingnya tebal.
gamma raysinar gamaKimiaTiadaSinar elektromagnet yang bertenaga tinggi dan mempunyai jarak gelombang yang pendek. Sinar ini boleh menembusi kepingan logam yang tebal dan hanya dapat dihentikan oleh kepingan konkrit dan plumbum yang tebal, iaitu sekurang-kurangnya 15 cm. Sinar gama menghasilkan pengionan dalam gas yang dilaluinya. Sinar gama yang terkawal digunakan dalam perubatan kanser.
cavity walldinding ronggaKejuruteraanKejuruteraan BangunanDinding pemisah yang dibina daripada dua lapisan bata dan dipisahkan oleh ruang atau rongga untuk mewujudkan penebatan akustik. Setiap tebal dinding berukuran 110 mm manakala rongganya berukuran 50 mm yang menjadikan tebal keseluruhan 275 mm. Dinding rongga digunakan sebagai dinding luar kerana dinding ini mudah menyalirkan air yang meresap ke dalam keluar dari dinding tersebut. Dinding ini juga mempunyai rintangan terma yang rendah terhadap kehilangan haba. (Rajah 25)
skin depthtebal kulitFizikModenKedalaman di bawah permukaan konduktor apabila ketumpatan arus berkurang kepada 1/e = 0.3679 nilainya di permukaan, dan dinyatakan sebagai = dengan ialah kedalaman (meter), f ialah frekuensi (kitar saat-1), K ialah ketelapan (henry meter –1), dan ialah kekonduksian (mhos meter –1).
half thicknesssetengah tebalFizikModenKetebalan kepingan bahan yang mengurangi keamatan alur sinaran yang melaluinya kepada setengah nilai awalnya.
spring setpengesetan kepakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses membentuk gigi gergaji secara membengkokkan gigi-gigi yang bersebelahan ke arah yang berlawanan dan menghasilkan bentuk kepak. Tujuannya ialah untuk melebarkan tebal potongan pada kayu supaya lebih lebar sedikit daripada tebal badannya, dan dengan itu mengelakkan gergaji daripada tersepit.
12345678910...

Kembali ke atas