Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.duh] | تدوه

Definisi : 1 sudah beransur kurang; reda (bkn hujan, ombak, ribut dsb): Mereka pun berbual-bual sambil menanti hujan ~. 2 terlindung drpd panas matahari; tidak kena panas matahari: Mereka berdiri di tempat ~ di bawah pokok yg rendang. 3 ki aman; tenang. berteduh 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. meneduhkan 1 menjadikan teduh; menghentikan atau meredakan hujan, ribut dsb. 2 memberikan perlindungan drpd matahari, hujan dsb; membawa ke tempat teduh. keteduhan 1 keadaan teduh; keredaan; ketenangan. 2 tidak kena hujan, panas dsb; di tempat teduh. perteduhan tempat berteduh; (tempat) perlindungan. peneduhan perbuatan atau perihal meneduhkan. peneduh alat atau sesuatu yg me­neduhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.duh] | تدوه

Definisi : 1. sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut, ombak, dll): maka ribut itu pun ~lah; 2. sudah beransur kurang, sudah berhenti, sidang (hujan): teman-temannya sedang berbual-bual sambil menunggu hujan ~; 3. terlindung drpd panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg ~ kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; 4. tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram: matahari sudah mulai ~; 5. ki aman, tenang; Lautan T~ Lautan Pasifik; lagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh prb memilih yg sebaik-baiknya (memilih menantu dll); berteduh 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; hujan tempat ~, panas tempat berlindung prb orang yg selalu mem-berikan pertolongan kpd orang banyak dlm segala hal; meneduh Jk berteduh; meneduhi melindungi, menaungi: anjung yg terbuka diteduhi oleh bidai putih hijau; meneduhkan 1. meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan, ribut, dll); 2. menjadikan terlindung drpd panas matahari: dia ~ basikalnya di bawah pokok yg rendang itu; 3. membawa ke tempat yg teduh;keteduhan 1. perihal teduh, keredaan, ke-tenangan, kelindungan; 2. terlindung drpd hujan atau panas matahari: sudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula; peneduh sesuatu yg boleh menyebabkan terlindung drpd panas matahari, hujan dsb: sekitar masjid dihiasi dgn pokok ~ dan bunga-bungaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teduh (adjektif)
1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup,
Berantonim dengan lebat

2. Bersinonim dengan redup: muram, suram,
Berantonim dengan cerah

3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,

Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan,

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Hilang kabus,
     teduh hujan.

Bermaksud :

Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Terang kabut, teduh hujan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POKOK HUJAN-HUJAN

Pokok hujan-hujan juga dikenali sebagai

cenizero, ialah pokok teduh yang tumbuh dalam

iklim tropika. Pokok hujan-hujan mempunyai

batang yang pendek, tegap dan dahan yang

panjang merendang. Sesetengah pokok lebih

daripada 30 meter lebarnya. Pokok ini dinamakan

pokok hujan-hujan kerana lembapan yang

kelihatan seperti air hujan sering menitik darinya.

Cecair ini sebenarnya adalah lelehan daripada

serangga yang makan di atas pokok ini.

UMUM 
AHLI SUFFAH

Ahli Suffah ialah golongan fakir miskin mukmin

dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW yang tidak

mempunyai rumah untuk didiami. Oleh itu, mereka

mendiami suatu sudut yang teduh di Masjid Nabawi

di Madinah. Mereka dikenali dengan nama Ahli

Suffah dan kadang-kadang disebut juga sebagai

Ashab al-Zillah (orang yang berteduh) dan Duyuf al-

Islam (tetamu Islam). Perkataan Suffah ialah

perkataan Arab dan apabila dikaitkan dengan

bangunan, ia bererti sesuatu bahagian yang teduh

di dalam bangunan itu, yang menyerupai ruang

legar yang luas dan tinggi. Ibn Taymiyyah

berkata, Al-Suffah yang dikaitkan dengan nama

Ahli Suffah kalangan sahabat Nabi SAW, terletak di

bahagian hujung sebelah utara masjid Nabi SAW

di Madinah al-Munawwarah.” Ia ialah tempat

fakir miskin dari kalangan orang mukmin berteduh,

iaitu mereka yang tidak mempunyai keluarga dan

tidak ada tempat berteduh.

UMUM 
KATALPA

Katalpa, juga dikenali sebagai Indian bean, ialah

nama sekumpulan pokok yang berasal dari timur

Asia, Amerika Utara dan Hindia Barat. Terdapat

kira-kira 10 spesies katalpa. Katalpa biasanya

mempunyai bunga yang besar, berwarna putih. Ia

juga biasanya ditanam sebagai pokok teduh dan

juga untuk kayunya.

UMUM 
NEKTARIN

Nektarin ialah sejenis pic yang berkulit licin.

Nektarin biasanya berwarna kuning kemerahan

yang lebih pekat daripada pic, dan rasanya lebih

manis sedikit. Pic dan nektarin kedua-duanya

tergolong dalam spesies yang sama dan berasal

dari China kira-kira 2500 tahun yang lalu. Seperti

pic, nektarin, terutamanya ditanam di tempat yang

beriklim Mediterranean. Ia juga boleh ditanam

jauh ke utara di kawasan yang teduh. Di tanah yang

kurang subur, tanaman ini mungkin dicantumkan

dengan stok akar yang lebih tahan lasak seperti

kacukan pic/badam baka kacukan.

Pengelasan saintifik. Nektarin tergolong dalam

spesies pic Prunus persica . Ia adalah P. persica var .

nectarina .

Lihat juga Pic.

UMUM 
SAINT-JOHN'S-WORT

Saint-John’s-wort, juga dikenali sebagai

hypericum dan Rose of Sharon , ialah pokok

renek yang berbunga besar, berwarna kuning.

Kebanyakan Saint-John’s-wort tumbuh di kawasan

sederhana dan panas di Hemisfera Utara. Ia

biasanya adalah pokok renek yang rendah.

Sesetengahnya malar hijau. Bunganya kembang

bergugus pada musim panas. Bunga berwarna

samar dan keunguan jarang ditemui. Pokok renek

ini tumbuh subur di tanah gembur atau tanah

berpasir lembap. Kebanyakannya mempunyai daun

yang rimbun dan teduh. Saint-John’s-wort yang

lebih besar membentuk rimbunan bulat apabila ia

tumbuh satu-satu. Yang lebih kecil dijadikan

tumbuhan tepi batas yang rendah atau tanaman

tutup bumi. Goldflower adalah kacukannya.

Terdapat lebih daripada 300 spesies Saint-John’swort

yang diketahui.

Pengelasan saintifik. Saint-John’s-wort tergolong

dalam famili Saint-John’s-wort, Hypericaceae. Bunga emas

ialah Hupericum X moserianum .

UMUM 

Kembali ke atas