Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.guh] | تݢوه

Definisi : 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,

Puisi
 

Mastuli benang mastuli,
     Anak patu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bulang sali kacak sama,
     tinggal lagi mujur malang.

Bermaksud :

Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.

 

Lihat selanjutnya...(10)

615

There is strength in numbers

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
621Union is strengthMaksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
615There is strength in numbersMaksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
624United we stand, devided we fallMaksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai.Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party.''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
268A house devided against itself cannot standSesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) robohWe failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
639Where there's a will there's a wayJika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.My determination did not waver. I know it's not easy task but where there's a will there's a way. Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
638He who wills the end, wills the meanJika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya.My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
637He who wills the end, wills the meanJika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
636He who wills the end, wills the meanJika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.Hati hendak semua jadiMy determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hati hendak semua jadi . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
635He who wills the end, wills the meanJika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.Tidakkah gajah dapat ke tangan manusia.My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun tidakkah gajah dapat ke tangan manusia . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
634He who wills the end, wills the meanJika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas