Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.guh] | تݢوه

Definisi : 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,

Puisi
 

Mastuli benang mastuli,
     Anak patu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bulang sali kacak sama,
     tinggal lagi mujur malang.

Bermaksud :

Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.

 

Lihat selanjutnya...(10)

615

There is strength in numbers

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Yang teguh disokong, yang rebah (= rendah) ditindih.Orang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malang.Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memegang erat, menggenggam teguh.Pendirian yang tetap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditolak tak tumbang.Pendirian yang teguh; orang yang banyak harta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara.Tidak teguh janji.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lemah (= lunak) tersudu, keras tak tertakik.Orang yang teguh pendiriannya. takik = toreh pada kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.Bersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Digantungkan tinggi, digalikan dalam.Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus.Sangat kuat dan teguh. embat = pukul; manau = rotan besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas