Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[te.guh] | تݢوه

Definisi : 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,

Puisi
 
Mastuli benang mastuli,
     Anak patu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.

Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bulang sali kacak sama,
     tinggal lagi mujur malang.

Bermaksud :

Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.

Lihat selanjutnya...(10)

615

There is strength in numbers

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Lihat selanjutnya...(11)

Majalah

Dewan Budaya » Penghayatan Rukun Negara dalam Kalangan Masyarakat Malaysia
pada tahun 1970, Rukun Negara telah dibentuk. Pembentukan ideologi kebangsaan tersebut bertujuan memandu kehidupan rakyat Malaysia. Selain itu, pembentukan Rukun Negara timbul apabila kesedaran terhadap perpaduan yang disangka kukuh dan teguh hasil muafakat (social contract) antara tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India semasa pemaktuban perlembagaan negara terbukti sementara dan tipis (superficial) apabila rusuhan kaum yang dahsyat tercetus. *** Artikel ini
Dewan Budaya » 2014 » October
awam semakin terbuka luas, sekali gus memberikan cabaran kepada usaha untuk mewujudkan hubungan etnik yang harmoni, aman dan damai. Sekali-sekala seolah-olah kesepaduan dan perpaduan tercabar dan bergolak. Bersatu teguh bercerai roboh. Perpaduan semakin penting ketika kita berhadapan dengan ancaman dari luar, termasuk pencerobohan anasir jahat, seperti yang berlaku di Sabah. Perpaduan juga amat penting ketika kita menghadapi saat-saat ini bercakap baik tentang apa-apa sahaja kepada sesiapa sahaja pada sepanjang masa, bukan hanya selama 17 hari setahun. Kita mahu rakyat Malaysia pelbagai kaum dan etnik bersatu padu berdiri teguh di bawah satu bendera – Jalur Gemilang – membentuk dan membina sebuah negara bangsa yang kukuh, yang disegani dan dihormati seantero dunia. Salam Aidiladha 1435. Armin Azhari Saleh Artikel ini dipetik dari
Dewan Budaya » 2018 » September
pada tahun 1970, Rukun Negara telah dibentuk. Pembentukan ideologi kebangsaan tersebut bertujuan memandu kehidupan rakyat Malaysia. Selain itu, pembentukan Rukun Negara timbul apabila kesedaran terhadap perpaduan yang disangka kukuh dan teguh hasil muafakat (social contract) antara tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India semasa pemaktuban perlembagaan negara terbukti sementara dan tipis (superficial) apabila rusuhan kaum yang dahsyat tercetus. *** Artikel ini
Dewan Budaya » Gatra Perdana

Dewan Budaya » 2012 » March
ini dipetik daripada Dewan Budaya Mac 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments Upacara Perkahwinan Orang Melayu admin on March 9th, 2012 Oleh Mohd. Syukri Anwar O rang Melayu sangat berpegang teguh pada adat dan tradisi. Daripada majlis pertunangan kepada perkahwinan, orang Melayu sangat mementingkan setiap tatacara adat kerana mereka percaya kepatuhan tersebut mempengaruhi masa hadapan pasangan yang bakal berkahwin. Malah, upacara
Dewan Budaya » 2013 » February
ketinggalan.Legasi penjajahan pelbagai kuasa dunia yang mengotakkan negara walaupun serumpun bangsa memberikan impak kepada penyatuan ini.Namun, hal tersebutlah tidaklah menjadi masalah besar sementelah sejarah mencatatkan kita pernah bersatu teguh dan tersohor pada suatu masa dahulu sebelum kedatangan penjajah. Penyatuan komuniti ASEAN memberikan impak yang besar kepada warga Asia Tenggara yang mempunyai kebersamaan leluhur budi walaupun berbeza agama dan fahaman
Dewan Budaya » 2014 » August
undang-undang yang kukuh yang mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya. Namun demikian, walaupun kita melihat dengan mata kasar bahawa Malaysia sudah memiliki asas ekonomi yang teguh dan perpaduan yang kukuh, hal ini belum pasti dapat berdiri dengan sempurnanya kerana keteguhan ini dikongsi bersama oleh berbagai-bagai etnik dan kaum yang memiliki perbezaan agama, budaya bahasa dan
Dewan Budaya » 2017 » January
yang kuat daripada beberapa banyak pihak untuk menjayakan perencanaannya. Semua pihak itu mempunyai iltizam dan tekad yang sama dan kuat untuk menjayakan apa-apa juga perencanaan demi kebaikan bersama. Bersatu teguh bercerai roboh. Selamat menyambut tahun baharu Masihi 2017. Armin Azhari Saleh Posted in: Nota Editor • Carian • Video Promosi Pelancaran Majalah Dewan Tamadun Islam pada 14 Januari 2013 • Pautan • Hubungi Kami
?feed=atom
pada tahun 1970, Rukun Negara telah dibentuk. Pembentukan ideologi kebangsaan tersebut bertujuan memandu kehidupan rakyat Malaysia. Selain itu, pembentukan Rukun Negara timbul apabila kesedaran terhadap perpaduan yang disangka kukuh dan teguh hasil muafakat (social contract) antara tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India semasa pemaktuban perlembagaan negara terbukti sementara dan tipis (superficial) apabila rusuhan kaum yang dahsyat tercetus.</p> <p
?feed=rss2

Kembali ke atas