Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.guh] | تݢوه

Definisi : 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,

Puisi
 

Mastuli benang mastuli,
     Anak patu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bulang sali kacak sama,
     tinggal lagi mujur malang.

Bermaksud :

Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.

 

Lihat selanjutnya...(10)

615

There is strength in numbers

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mechanically soundteguh mekanikalTeknikElektrikBerkenaan sambungan yang tidak mudah longgar dan tidak mudah tercabut (regang). Keadaan ini penting bagi setiap sambungan dawai elektrik.
copperkuprumTeknikElektrikLogam yang teguh, liat, mudah dibentuk, tetapi lembut dan boleh dikeraskan dengan disimpuh lindap. Kuprum ialah pengalir elektrik dan haba yang baik dan merupakan pengalir elektrik yang paling banyak digunakan sebagai pengalir berupa dawai kabel, reben, jalur atau batang.
fish paperkertas ikanTeknikElektrikKertas teguh yang biasanya digunakan untuk penebtan belitan angker.
dura materdura materBiologiHistologi dan SitologiTisu penghujung teguh dan bersaluran darah yang melapisi otak dan saraf tunjang haiwan dan landak.
cartilagerawanBiologiHistologi dan SitologiTisu penghubung rangka yang kenyal dan teguh, yang sel-sel kondrositnya, biasanya kelihatan berwarna putih kebiru-biruan, lut cahaya dan terbenam di dalam matriks kondrin. Tisu ini terdapat pada haiwan mamalia dewasa dan menjadi penyambung salur pernafasan dan salur telinga. Terdapat tiga jenis rawan, iaitu rawan hialin, rawan kenyal dan rawan gentian. Rawan sentiasa diselaputi oleh lapisan perikondrium.
peeler logbalak kupasanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBalak yang berbentuk bulat dan lurus, mempunyai teras yang teguh dan mudah dikupas, dan yang sesuai diubah menjadi venir melalui proses kupasan. Spesies kayu yang utama yang boleh dijadikan balak kupasan ialah mersawa, damar minyak, meranti putih, dan meranti merah muda.
cobaltkobaltTeknikElektrikLogam berwarna putih kelabu, dan ketika bermagnet berwarna kebiruan. Logam ini termasuk dalam kumpulan bahan sukar lebur dan teguh, dan mempunyai ciri kemagnetan yang baik.
tight knotbuku ketatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBuku kayu yang terjadi bersama pertumbuhan kayu di sekelilingnya. Buku jenis ini terlekat teguh pada kedudukannya, tidak mudah tertanggal atau terkopak semasa penggergajian dan pengetaman. buku ketat tidak mengurangi mutu dan sifat kekuatan kayu.
loose knotbuku longgarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBuku kayu yang kejadiannya bebas daripada pertumbuhan kayu di sekelilingnya. Buku ini tidak teguh kedudukannya, dan boleh tertanggal atau terkopak semasa penggergajian atau pengetaman, dan meningalkan lubang. Buku longgar mengurangi mutu dan kekuatan kayu. Sin: buku gegai
laminar coriumkorium laminaVeterinarPraklinikalLapisan antara permukaan tulang keranda dengan dinding telapuk. Korium lamina terbahagi kepada lamina peka dan lamina tidak peka. Struktur ini teguh dan berupaya menampung berat badan. Korium lamina juga berfungsi untuk membekalkan nutrien kepada telapuk.
12

Kembali ke atas