Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lan] | تلن

Definisi : ~ batu prb menyembunyikan rahsia; menelan 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah di­telannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapang­an sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menye­nangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapus­kan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama di­pe­li­hara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman; hendak ditelan termengkelan, hendak dilu­dah tiada keluar prb berhadapan dgn sesuatu masalah yg sangat sulit, berada dlm keadaan yg serba salah; tertelan 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit; penelanan perbuatan (proses dsb) menelan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lan] | تلن

Definisi : ; menelan 1 memasukkan sesuatu ke dlm perut melalui kerongkongan: Sebelum ~, kita hendaklah mengunyah makanan lumat-lumat. 2 memakan mangsanya dgn tidak dikunyah (ttg ular dll): Bagai cacing hendak ~ naga. 3 menggunakan banyak-banyak (ttg belanja dll): Pembinaan jambatan itu telah ~ belanja dua juta ringgit. tertelan sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telan
Kata Terbitan : menelan, tertelan,

Peribahasa

Ular telan babi,
     cacing yang bengkak perut.

Bermaksud :

Iri hati melihat keberuntungan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(4)