Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.li.nga] | تليڠا

Definisi : 1. pancaindera utk mendengar (di kiri kanan kepala manusia atau binatang), kuping: aku membisikkan sesuatu ke ~ nya; 2. = daun ~ bahagian telinga sebelah luar utk menangkap suara, kuping: dipulasnya ~ budak yg degil itu; pangkal (pohon) ~ tempat daun telinga bercantum dgn kepala; 3. sesuatu yg menyerupai telinga (mis pemegang pd barang-barang yg tertentu dll); ~ beruk telinga yg rapat pd kepala; ~ biola alat utk menegangkan (mengendurkan) tali biola; ~ gajah (jabing, jobing) telinga yg lebar; ~ jebang telinga yg menganjur keluar; ~ kuali a) tangkai tempat mengangkat kuali; b) ki orang yg tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain; ~ kucing (kam­bing, rusa) telinga yg tirus ke atas; ~ nipis (tipis) orang yg lekas marah; ~ telepok layu telinga yg cantik bentuknya; ~ tempayan ki orang yg tidak mahu mendengar; ~ tikus telinga yg kecil dan tirus; ~ bagai ~ rawah prb Mn a) tidak meng­endahkan nasihat dan tunjuk ajar orang; b) tidak berasa malu mendengar perkataan yg tajam; ~ rabit, pasang subang di kaki = ~ rabit dipasang subang kaki, untut dipakai-kan gelang, jari kontong dimasukkan cincin prb membuat sesuatu yg tidak layak akhirnya menjadi keaiban; ~ yg lembut itu kerap dipulas, yg bodoh juga yg ditipu orang prb a) orang yg pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; b) orang yg penurut selalu diperkuda orang; masuk ke ~ kanan, keluar ke ~ kiri prb tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yg diberikan; pilin ~ saring-saring prb Mn hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu; rasa pedih cuping ~ prb marah kerana mendengar sesuatu yg tidak patut; menelinga memasang telinga, mendengar dgn hati-hati (percakapan dll): aku ~ kalau-kalau bunyi itu datang ke bilikku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.nga] | تليڠا

Definisi : ~ gajah sj ikan laut, Platax teira (orbicularis). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.nga] | تليڠا

Definisi : ~ badak sj tumbuhan (pokok), Crypteronia griffithii; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), banik, kubang, (se)kubin, meng­kubung, selaru, sepedas, Macaranga gigantea; ~ kelawar sj tumbuhan (pokok), bunga semubut, geroboh, kerubut, se(m)burut, sepe­ruit, Thottea gradiflora; ~ kera sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ara batu, akar api-api, dalu-dalu, mendalu (api), pokok sampu, ulat, setebal, Henslowia umbellata; ~ kerbau sj tumbuhan (pokok), capa, capor, sembang, sembing, sembuh, sembung, Blumea balsa­mifera; ~ rusa sj tumbuhan (pokok renek), jangka; daun ~ beruang sj tumbuhan (pokok renek), Thottea dependens; rumput ~ tikus sj tumbuhan (herba), kekara, ombak-ombak, peparu bindang, rumput sisik betuk (naga), Desmodium heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.nga] | تليڠا

Definisi : 1 alat pancaindera utk mendengar (terletak di kiri kanan kepala manusia atau kepala binatang). 2 tempat memegang atau tangkai pd sesuatu yg rupanya spt telinga 1. ~ gajah telinga yg besar atau lebar. ~ kuali a. tangkai tempat memegang kuali. b. = ~ tempayan ki orang yg tidak mahu mendengar kata, nasihat dsb. ~ lintah orang yg lekas mendengar. ~ tipis orang yg lekas marah. ~ telepok layu telinga yg cantik bentuknya. mene­linga mendengar betul-betul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.li.nga] | تليڠا

Definisi : ; ~ kera nama sj pokok; mendalu, Henslowia umbellata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telinga (kata nama)
Bersinonim dengan alat pendengaran, pancaindera;,
Kata Terbitan : menelinga,

Puisi
 

Anak Cina telinga bertindik,
     Badan kurus panjang lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
     Hendak mencapai tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(20)