Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ge.lam] | تڠݢلم

Definisi : 1 masuk ke dlm air dan karam (ttg kapal dll): Sampai di kuala sungai, perahu itu dibedil oleh kapal Belanda lalu ~. 2 masuk dan terbenam ke dlm air dll; lw timbul. 3 masuk atau terbenam (ttg matahari). 4 ki hilang atau lenyap oleh sesuatu: Beberapa buah syarikat kerjasama telah ~ kerana pengurusannya lemah. 5 ki terlalu asyik (melakukan sesuatu); leka: Dia ~ dlm lamunannya. ~ punca menjadi bingung. ~ tim­bul sekejap tenggelam se­kejap timbul. menenggelami mem­banjiri atau menggenangi (ttg air): Banjir yg berlaku baru-baru ini telah ~ beberapa buah kawasan di situ. menenggelamkan 1 menyebab­kan tenggelam; mengaram­kan: Kapal selam itu telah ~ sebuah kapal musuh. 2 memasukkan atau membenamkan ke dlm air dll: Budak itu ~ sampan mainannya ke dlm air. 3 ki menjadikan tidak kedengaran atau tidak kelihatan; menghilangkan; melenyapkan: Suaranya yg nyaring itu ~ suara orang lain. penenggelaman per­i­­hal (perbuatan dsb) teng­ge­lam, menenggelami atau me­nenggelamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[teng.ge.lam] | تڠݢلم

Definisi : 1. masuk terbenam ke dlm air dll, kelelap, lwn timbul: perahu itu ~ dipukul ribut; 2. masuk air dan karam (perahu, kapal, dll): telah datang ke laut Selan, hujan tiada, ribut tiada, tiba-tiba kapal itu dgn segala isinya ~; 3. masuk atau terbenam (matahari): setelah matahari ~ maka mereka pun mene­rus­kan perjalanan; 4. ki menusuk masuk (senjata tajam spt pisau, keris, dll), menoblos, membenam: separuh mata parang itu ~ ke dlm lehernya; 5. ki terjerumus atau termasuk ke dlm (keadaan yg buruk, kesengsaraan, dll): ~ dlm hutang; kenyataan itu membuat aku ~ dlm keraguan; 6. ki sangat asyik (hingga terlupa akan yg lain), mabuk: mereka ~ di dlm angan-angan dan rungutan hati masing-masing; 7. ki hilang atau lenyap (oleh sesuatu): suara pemuda tadi ~ di dlm suasana yg bising di situ; ~ punca menjadi bingung; ~ timbul a) sekejap tenggelam sekejap timbul; b) ki sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dsb) sekejap hilang (tiada, perlahan dsb): suaranya ~ timbul; mati ~ mati lemas (dlm air);untung sabut timbul, untung batu ~ prb untung-untungan mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa); yg disuruh ~, yg menyuruh pun ~ prb orang yg lebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas (sia-sia belaka akhirnya); menenggelami 1. membanjiri atau meng­genangi (tentang air dsb): kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut; menenggelamkan 1. membenamkan ke dlm air dll: rakyat Belanda dr abad ke abad ber­juang melawan ancaman air laut yg hendak ~ buminya; 2. menjadikan karam (kapal dll), mengaramkan, mengelebukan: di Selat Sunda, di Selat Bali, kapal-kapal selam Jepun ~ mangsanya; 3. ki menjadikan tidak kedengaran (kelihatan dll), menghilangkan, menghapus-kan, melenyapkan: suara Kak Putih lantang ~ suara yg lain; penenggelaman perihal (perbuatan, tindak­an) menenggelamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tenggelam (kata kerja)
1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap,
Berantonim dengan timbul

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem,
Berantonim dengan timbul

4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,

5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus,
Berantonim dengan muncul

Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman,

Puisi
 

Lancang tenggelam kita berenang,
     Sampai ke tepi terkena duri;
Boleh abang masuk meminang,
     Takut ayah tidak memberi.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Untung sabut timbul,
     untung batu tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
floatpelampungKejuruteraanPetroleumUnsur pasangan kawalan paras cecair yang direka sedemikian rupa supaya akan berfungsi apbila pasangan ini tenggelam seluruhnya tau tenggelam sebahagian saja di dalam cecair yang parasnya dikawal oleh pasangan yang berkenaan. Biasanya berbentuk separuh berekor bulat dengan dasar yang pipih. Dalam penggunaannya, umumnya pasangan ini akan dihubungkan dengan injap kawalan yang akan mengatur kadar aliran masuk atau aliran keluar cecair ke atau dari bejana yang bersangkutan. Dengan demikian, paras cecair di dalam bejana tersebut boleh dipertahankan pada takat yang dikehendaki.
sinkage platformpelantar tenggelamKejuruteraanTiadaPelantar atau kapal yang boleh timbul atau tenggelam untuk mengangkut struktur luar pantai atau kapal.
Submerged springMata air tenggelamSains dan TeknologiHidrogeologiMata air yang meluahkan airnya di bawah permukaan air bebas, sebagai mata air bawah laut atau mata air bawah tasik. Sin.: mata air bawah air, mata air tenggelam
driestenggelam timbulGeografiTiadaTiada
submergencetenggelamPertanianTiadaTiada
partial submergencetenggelam separaKejuruteraanTiadaTiada
founderingkaram; tenggelamKejuruteraanTiadaTiada
bobbingtimbul tenggelam (Sukan Air)SukanTiadaTiada
sink; submergetenggelamKejuruteraanTiadaTiada
submersibleboleh tenggelamKejuruteraanTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas