Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.te.ram] | تنترم

Definisi : 1. tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa: negeri yg begitu aman dan ~; 2. tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan hati, fikiran, dll), tenang: beliau meninggalkan rumah itu dgn hati yg tidak ~; menenteramkan 1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya; ketenteraman 1. perihal tenteram, ke­aman­an, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamat­an dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), kere­daan; penenteraman perihal menenteramkan;penenteram orang (atau bahan) yg menen­teramkan sesuatu: ubat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tenteram
Rujuk :tenang

Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar. Adakah klausa " anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar" dalam ayat di atas boleh dikelaskan sebagai klausa keterangan ?Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa utama, manakala kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa tak bebas. Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga mengklasifikasikan klausa kepada klausa bebas dan klausa tak bebas. Sila rujuk halaman 434 untuk maklumat lanjut.Tatabahasa23.02.2018
mohon penjelasan tentang perkataan yang betul bagi kata tenteram apabila diberi apitan meN - kan. adakah mententaramkan atau menenteramkan? sekian, terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah menenteramkan.Tatabahasa26.01.2011
sama erti dengan amaan

Cadangan kami ialah tenteram.

Lain-lain14.03.2010
MAKNA PERKATAAN "SENTOSA" DAN "VILLA" SECARA TERPERINCI.Sentosa bermaksud aman dan tenteram,bebas daripada segala bencana,sejahtera, selamat. Vila bermaksud rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat peranginan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman  1456 dan 1790. Makna06.03.2008
perkataan sama erti bagi perkatan2 berikut: i)bimbsng, takut ii)sedih, sayu iii)kacau, tidak tenteramrisau,gelisah,khuatir.Tatabahasa22.08.2007
Maksud 'Sejahtera'Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat kata 'sejahtera' bermaksud aman dan makmur,senang dan tenteram, terpelihara daripada bencana(kesusahan, gangguan,dll.)Makna17.01.2008
1." Saya berasal daripada keluarga yang aman" dan " Ali sekeluarga berasal daripada keluarga yang aman" Minta Tuan beri pendapat sekiranya terdapat kesilapan pada ayat di atas. 2."mi laksa" adakah perkataan ini boleh digunakan bersama?

1. Kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat daripada aspek pemilihan katanya. Kata 'aman' bermaksud tenteram dan sentosa lazimnya digunakan dalam konteks negara, seperti dalam ayat 'Malaysia merupakan negara kecil tetapi aman dan makmur; dan tidak digunakan dalam konteks keluarga. Begitu juga dengan penggunaan kata 'berasal' dalam ayat tersebut, lazimnya merujuk asal usul keluarga daripada golongan miskin, kaya, atau keturunan mulia, hina dan sebagainya.

2. Mi dan laksa adalah sejenis makanan yang berbeza antara kedua-duanya. Penggunaannya berdasarkan jenis masakan yang disediakan sama ada mi atau laksa.

Tatabahasa09.03.2011
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak?Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan.Tatabahasa25.02.2012
Takrif dan definisi BUDAYA PENYAYANGBudaya penyayang bermaksud tamadun atau peradaban yang bersifat budaya dari segi akal budi berkenaan dengan rasa kasih akan orang lain; pengasih atau pencinta. Dalam konteks yang lebih luas, budaya penyayang ini boleh juga dikaitkan dengan objek selain manusia, seperti haiwan belaan, persekitaran dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk mewujudkan keadaan yang aman, tenteram dan selamat dalam kalangan masyarakat dan bernegara. Budaya ini wajar diterapkan dalam semua peringkat masyarakat dan dalam kalangan masyarakat majmuk.Makna08.01.2008
apakah maksud bertunjangkan keharmonian?

Salam sejahtera,

Bertunjangkan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berasaskan, berdasarkan, bersandarkan manakala keharmonian berasal dari kata dasar harmoni bersinonim dengan
bahagia, rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram">tenteram, aman, sepakat. Keharmonian menurut Kamus Dewan pula bermaksud, keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian, kemesraan.

Oleh itu, bertunjangkan keharmonian boleh disamaertikan dengan berasaskan kemesraan, berdasarkan kesejahteraan dan berasandarkan kebahagiaan.

Makna01.11.2012
12

Kembali ke atas