Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.te.ram] | تنترم

Definisi : 1. tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa: negeri yg begitu aman dan ~; 2. tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan hati, fikiran, dll), tenang: beliau meninggalkan rumah itu dgn hati yg tidak ~; menenteramkan 1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya; ketenteraman 1. perihal tenteram, ke­aman­an, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamat­an dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), kere­daan; penenteraman perihal menenteramkan;penenteram orang (atau bahan) yg menen­teramkan sesuatu: ubat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tenteram
Rujuk :tenang

Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peaceful conductkelakuan tenteramUndang-undangTiadaTiada
insecured childkanak-kanak tak tenteramPendidikanTiadaTiada
Mare Tranquillitatis (Sea of Tranquility)Mare Tranquillitatis (Laut Tenteram)MatematikTiadaMare purba tak sekata yang terletak di bahagian timur bulan yang menghadap bumi tempat Ranger 8, Surveyor 5 dan Apollo II mendarat.
restlessgelisahPerubatanTiadaRasa resah dan tidak tenteram yang dialami oleh seseorang.
political agitationacuman politikSejarahTiadaKeadaan yang tidak tenteram atau bergolak disebabkan oleh suasana politik yang tidak sihat.
ruhigruhigMuzikTiada

Gaya persembahan yang aman dan tenteram, dan biasanya dalam tempo yang agak perlahan.

fidgetgelisahPentadbiran PerniagaanTiadaTidak tenang hati atau perasaan yang tidak tenteram.
fidgety habittabiat gelisahPentadbiran PerniagaanTiadaPerangai seseorang yang selalu tidak tenteram perasaannya atau tidak tenang hati.
inquietoinquietoMuzikTiada

 Gaya bergelora serta perasaan yang tidak tenteram.

arcadiaarkadiaKesusasteraanTiadaSastera yang menggambarkan kehidupan di pedesaan yang masih murni, tenteram, dekat pada alam.
12

Kembali ke atas