Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bit] | تربيت

Definisi : 1 keluar dr permukaan air dll; keluar dr tempat terlindung (ttg bulan, matahari dll); timbul; muncul: Matahari ~ di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat. 2 keluar memancar (ttg mata air); keluar menitis atau memercik (ttg air mata, peluh dll): Dr bawah batu itu, ~ mata air yg jernih. 3 timbul perasaan atau timbul kemahuan utk berbuat sesuatu: Dlm hatinya, ~ keinginan hendak mengambil gadis itu utk dijadikan teman hidupnya. 4 sudah siap dicetak dan diedarkan kpd orang ramai (ttg buku dll); sudah siap dibuat rakaman dan diedarkan (ttg piring hitam dsb); tersiar dlm surat khabar dll (ttg berita dsb): Buku itu akan ~ pd bulan hadapan. Surat khabar Utusan Zaman ~ pd tiap-tiap hari Ahad. menerbitkan 1 membangkitkan atau menimbulkan perasaan (marah, benci dll): Kelakuannya yg biadab itu telah ~ kemarahan gurunya. 2 mengeluarkan dan mengedarkan buku, majalah dll; menyiarkan berita dlm surat khabar dll: Dewan Bahasa dan Pustaka telah banyak ~ buku utk sekolah rendah. 3 mendatangkan bahaya (kerugian, penya­kit dll): Kejatuhan harga getah telah ~ kerugian yg besar kpd syarikat itu. 4 menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu; menyebabkan terbit. terbitan sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. kata ~ kata yg terjadi setelah ditambahi imbuhan. penerbitan 1 cara atau hal menerbitkan. 2 pekerjaan atau urusan menerbitkan buku, majalah dll. ~ meja ist penerbitan dokumen bercetak bermutu tinggi dgn menggunakan komputer peribadi dan pencetak. penerbit orang atau syarikat yg menerbitkan buku, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ter.bit] | تربيت

Definisi : 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah mata­hari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedar­kan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, maka­lah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini me­rupa­­kan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasa­nya jernih; 5. keluar (dr rumah, persem­bunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluar­an (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penye­naraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbit­an saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) mener­bitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan mener­bitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bak pinang dianduh,
     putus tali dia berdiri.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Majalah

Dewan Budaya » Hubungi Kami
Perdana • Kamar Seni • Kembara Seorang Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Hubungi Kami 0 Comments Home » Hubungi Kami admin on July 1st, 2018 TENTANG DEWAN BUDAYA Majalah Dewan Budaya terbit pertama kali pada Januari 1979. Gagasan mengenainya timbul dalam Kongres Bahasa dan Persuratan. Tujuan utama majalah ini diterbitkan sebagai forum tentang kebudayaan kebangsaan. Editor ketika itu ialah Dato’ Baharuddin Zainal
Dewan Budaya » 2013 » October
Pada waktu malam, beliau mengerahkan batu di Lu Liang di kawasan selatan ke Nanpanjiang, Yi Liang di kawasan utara. Walau bagaimanapun, apabila melalui wilayah Shilin, iaitu Hutan Batu, matahari mula terbit dan kokokan ayam jantan yang mempunyai kesaktian telah menjejaskan tindakan wira tersebut. Oleh sebab itu, semua batu yang dikerahkannya bertimbun di kawasan Hutan Batu lalu terbentuklah Hutan Batu yang menjadi
Dewan Budaya » 2012 » January
dalam Karya admin on January 20th, 2012 Oleh: Rosnani A. Hamid Kesusasteraan pascakolonial mer upakan bidang kesusasteraan yang masih baharu kerana istilah pascakolonial hanya tercatat dalam Oxford English Dictionary yang terbit pada tahun 1959, iaitu selepas kebanyakan negara Barat mencapai kemerdekaannya. Pembicaraan tentang pascakolonial termasuk bidang kesusasteraan ini baharu menjadi rancak sekitar tahun 1980 apabila orang mula memperkatakan di Afrika, India
Dewan Masyarakat | DM di Mata Johan Jaaffar
selama dua tahun sebelum berkhidmat di Bahagian Majalah. Beliau bermula sebagai Editor Dewan Siswa , juga sebelum itu membantu Editor Dewan Budaya . Beliau bermula di majalah sebagai Penolong Editor Dewan Budaya (terbit tahun 1979), kemudian menjadi Editor Dewan Siswa . Pada tahun 1988, beliau menjadi Ketua Pengarang majalah DBP. Pada tahun 1990 hingga 1991, beliau menjadi Ketua Bahagian Penerbitan Umum. Ketika itu edaran
Dewan Masyarakat | Nota Editor
dikongsikan oleh sesiapa sahaja. Dalam hal ini, mereka meluahkannya secara terbuka tanpa memikirkan sebab dan akibat. Banyak laporan polis di buat atas tindakan tidak bertanggungjawab itu, namun nampaknya masih belum “terbit” pengajaran daripada kesilapan yang dilakukan. Share Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP • • • • • • • Selamatkan Nyawa Kanak-kanak • Tragedi Westgate: Konflik Berdarah di Afrika • “Pemerkasaan” dan “Pemartabatan
Dewan Masyarakat | Dari Meja Editor
dikongsikan oleh sesiapa sahaja. Dalam hal ini, mereka meluahkannya secara terbuka tanpa memikirkan sebab dan akibat. Banyak laporan polis di buat atas tindakan tidak bertanggungjawab itu, namun nampaknya masih belum “terbit” pengajaran daripada kesilapan yang dilakukan. Share Mencari Pendakwah Sebenar Dari Meja Editor Pada 21 Julai 2005, di bilik bicara Mahkamah Rendah Syariah Besut, Terengganu. Kes Kamariah Ali mendapat liputan meluas
Dewan Masyarakat | Catatan
dikongsikan oleh sesiapa sahaja. Dalam hal ini, mereka meluahkannya secara terbuka tanpa memikirkan sebab dan akibat. Banyak laporan polis di buat atas tindakan tidak bertanggungjawab itu, namun nampaknya masih belum “terbit” pengajaran daripada kesilapan yang dilakukan. Share Mencari Pendakwah Sebenar Dari Meja Editor Pada 21 Julai 2005, di bilik bicara Mahkamah Rendah Syariah Besut, Terengganu. Kes Kamariah Ali mendapat liputan meluas
Dewan Masyarakat | Hubungi Kami
Global” – Shobana Nair dalam Rencana Utama Malaysia Hab Pendidikan Strategik dalam Pendidikan Siapakah Pembunuh S. Krishnasamy? dalam Fail Jenayah 2011: Dunia dalam Revolusi dalam Antarabangsa Sinar suram di Negara Matahari Terbit dalam Sosial Penjawat Awam Perlu Neutral dalam Sosial Recent Posts • Komen admin daripada Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik Editor ketika artikel ini ditu • Komen syafriyana daripada Bahasa Kebangsaan Tidak
Dewan Budaya » 2011 » December
0 Comments Merungkai Teori Kedatangan Islam di Tanah Melayu admin on December 23rd, 2011 OLEH SHAMSIAH ABD. KADIR Sejarah telah melakarkan pelbagai persoalan. Kenyataan dan tindak balas daripada persoalan yang terbit melahirkan pelbagai teori. Antara teori yang terhasil termasuklah kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Terdapat tiga teori yang berbeza tentang kedatangan Islam di Tanah Melayu, iaitu kedatangan Islam dari India, China
Dewan Budaya » 2013 » June
eksperimen” atau “budaya cuba-cuba” yang merupakan satu lagi kreativiti anak muda zaman ini. Di pentas teater, dunia muzik, atau layar perak, sememangnya nilai eksperimental membekas apabila sesuatu persembahan yang terbit daripada rasa “cuba-cuba” berjaya dilakukan. Maka sebab itulah dalam pentas teater, menjelang peralihan generasi sering kali wujud “bentakan peperangan idea” anak muda yang ingin lari daripada idea yang bersifat
Dewan Budaya » 2014 » June
Oleh itu, tidak hairanlah jika jangka masa 1000 tahun tersebut digelar oleh mereka sebagai “Zaman Gelita” untuk membayangkan kegelapan tamadun pada masa itu, yakni tidak terdapat tamadun lain (khususnya yang terbit daripada sumber bukan Barat) yang wajar diberi perhatian. Dengan kata lain, pada masa “Zaman Gelita” antara abad kelima hingga ke-14, tamadun Asia kurang berperanan memupuk tamadun dunia yang didominasi

Kembali ke atas