Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bit] | تربيت

Definisi : 1 keluar dr permukaan air dll; keluar dr tempat terlindung (ttg bulan, matahari dll); timbul; muncul: Matahari ~ di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat. 2 keluar memancar (ttg mata air); keluar menitis atau memercik (ttg air mata, peluh dll): Dr bawah batu itu, ~ mata air yg jernih. 3 timbul perasaan atau timbul kemahuan utk berbuat sesuatu: Dlm hatinya, ~ keinginan hendak mengambil gadis itu utk dijadikan teman hidupnya. 4 sudah siap dicetak dan diedarkan kpd orang ramai (ttg buku dll); sudah siap dibuat rakaman dan diedarkan (ttg piring hitam dsb); tersiar dlm surat khabar dll (ttg berita dsb): Buku itu akan ~ pd bulan hadapan. Surat khabar Utusan Zaman ~ pd tiap-tiap hari Ahad. menerbitkan 1 membangkitkan atau menimbulkan perasaan (marah, benci dll): Kelakuannya yg biadab itu telah ~ kemarahan gurunya. 2 mengeluarkan dan mengedarkan buku, majalah dll; menyiarkan berita dlm surat khabar dll: Dewan Bahasa dan Pustaka telah banyak ~ buku utk sekolah rendah. 3 mendatangkan bahaya (kerugian, penya­kit dll): Kejatuhan harga getah telah ~ kerugian yg besar kpd syarikat itu. 4 menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu; menyebabkan terbit. terbitan sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. kata ~ kata yg terjadi setelah ditambahi imbuhan. penerbitan 1 cara atau hal menerbitkan. 2 pekerjaan atau urusan menerbitkan buku, majalah dll. ~ meja ist penerbitan dokumen bercetak bermutu tinggi dgn menggunakan komputer peribadi dan pencetak. penerbit orang atau syarikat yg menerbitkan buku, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ter.bit] | تربيت

Definisi : 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah mata­hari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedar­kan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, maka­lah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini me­rupa­­kan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasa­nya jernih; 5. keluar (dr rumah, persem­bunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluar­an (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penye­naraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbit­an saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) mener­bitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan mener­bitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cranial nervessaraf kraniumVeterinarPraklinikalSaraf yang terdiri daripada 12 pasang saraf; iaitu olfaktori; optik; okulomotor; troklea; trigeminal; abdusen; muka; vestibulokoklea; glosofarinks; vagus; aksesori dan hipoglosum. Kesemua saraf ini terbit dari tangkai otak kecuali saraf olfaktori yang terbit dari serebrum. Saraf kranium terbahagi kepada dua; iaitu saraf motor dan saraf deria.
plasmacyteplasmasitBioteknologiTiadaSel yang terbit daripada mesenkima dan dibentuk daripada limfosit atau sel-sel lain dalam nodus limfa, limpa, dan kelenjar mama. sel plasma.
ellipsoidelipsoidMatematikTiadaPepejal yang terbit daripada putaran elips pada paksinya.
myelomamielomaBioteknologiTiadaSel tumor yang terbit daripada limfosit dan biasanya menghasilkan sejenis imunoglobulin tunggal.
esteresterKimiaTiadaKumpulan sebatian organik yanmg terbit daripada tindak balas asid karboksilik dengan alkohol (iaitu proses pengesteran0 dan mempunyai formula am RCOOR’(R dan/atau R’ sebagai kumpulan alkil atau aril). Misalnya, etil asetat, CH3COOC2H5 ialah ester bagi asid asetik, CH3COOH. Kebanyakan ester merupakan cecair yang berbau harum, mudah meruap dan tidak larut di dalam air, tetapi larut di dalam etanol dan eter. Ester dapat dihidrolisiskan menjadi asid dan alkohol asalnya. Sebatian ester juga wujud semula jadi di dalam gliserol dan asid lemak sebagai gliserida. Ester digunakan dalam pembuatan gentian, plastik, racun serangga, bahan perisa dan minyak wangi.
vitamin Kvitamin KPerubatanTiadaVitamin larut lemak yang terbit daripada naftokuinon dan terdiri daripada dua bentuk utama, iaitu vitamin K dan vitamin K2. Vitamin K1 banyak terdapat di dalam rumput alfalfa, kubis dan bayam, manakala vitamin K2 pula banyak terdapat di dalam ikan. Vitamin K diperlukan untuk sintesis trombin, dan kekurangannya menghindar sintesis protrombin oleh hati, dan dengan itu menjejaskan daya penggumpalan darah; kekurangan daya penggumpalan darah ini mengakibatkan perdarahan, terutamanya pada bayi pramatang, dan pada pesakit yang mengalami penyakit hati.
bending momentmomen lenturMekanikGunaanMomen atau ganding yang terbit di dalam anggota struktur untuk mengimbangi kesan putaran yang dikenakan oleh sistem daya luar yang bertindak pada anggota itu. Nilai momen lentur pada sesuatu keratan anggota sama magnitudnya dan berlawanan halanya dengan momen di sekitar keratan itu yang disebabkan oleh sistem daya luar yang bertindak pada salah satu bahagian anggota yang terpotong. Unit ukuran bagi momen lentur ialah newton-meter, N.m. Kelaziman tanda menentukan bahawa, untuk bahagian yang di sebelah kira satah keratan, momen lentur lawan jam adalah positif; bagi bahagian yang berada di sebelah kanan keratan itu pula, momen lentur arah ikut jam adalah positif [Rajah M4].
quadrilateralsegi empatMatematikTiadaRajah satah yang tertutup yang terbit daripada empat garis lurus, iaitu poligon yang mempunyai empat sisi. Sinonim sisi empat.
trianglesegi tigaMatematikTiadaRajah satah yang tertutup yang terbit daripada tiga garis lurus, iaitu poligon yang mempunyai tiga sisi.
forewingsayap hadapanBiologiHistologi dan SitologiSepasang sayap serangga yang terbit daripada mesotoraks. Pada kumbang sayap ini tidak digunakan untuk terbang tetapi berfungsi sebagai pelindung keras sayap belakang yang berbentuk membran.
123

Kembali ke atas