Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Hendak panjang terlalu,
     patah.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(67)

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(30)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Terlalu Sendukah AkuMahad Abu BakarUtusan Melayu12.05.2008
TerlaluShapiai Mohd RamlyBerita Minggu06.05.2007
Terlalu ParahMohd. Azmie IsmailUtusan Malaysia05.11.1993
Terlalu banyak pertembungan tarikhBayan BudimanWatan25.08.1996
Terlalu Kecil Aku Di HadapanKoto, Zainuddin TamirAnika27.12.1981
Terlalu AsingAzizy AchmadyDaily Express01.03.1974
Terlalu banyak persatuan wartawan ditubuh menyebabkan: wartawanberkomplotHalim MahmoodMingguan Wanita24.05.1985
Terlalu banyak istilah InggerisAsmal Haji KamaruddinUtusan Malaysia11.07.1988
Terlalu Mahal Harga Kasih Seorang AnakRaja Ahmad NizaUtusan Malaysia25.04.1986
Terlalu ramai watak dalam 'Menantu'Yahya SamahMingguan Wanita04.04.1986
12345678910...

Kembali ke atas