Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Hendak panjang terlalu,
     patah.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(67)

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(30)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neutral soiltanah semula jadiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTanah yang mempunyai nilai pH7.0, iaitu tidak terlalu berasid dan tidak terlalu beralkali. Pada tapak arkeologi, tanah semula jadi merujuk kepada lapisan yang tidak mempunyai budaya dan dapat dikesan berdasarkan warnanya yang amat cerah berbanding dengan warna di lapisan atas.
blind zonezon butaKejuruteraanPetroleumSinonim : zon bayangan Zon formasi atau batuan yang mempunyai keberintangan yang terlalu rendah. Jika dilakukan pengelogan, zon ini akan menghasilkan lengkung keberintangan yang terlalu rendah nilainya.
dried jointtanggam keringPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanggam berperekat yang perekatnya tidak melekat sepenuhnya pada permukaan sambungan yang telah disediakan. Keadaan ini terjadi akibat masa pemasangan yang terlalu lama atau penggunaan perekat yang terlalu likat pada permukaan kayu yang sangat kering, atau penggunaan tekanan yang tidak mencukupi.
very low calorie diet (VLCD)diet kalori terlalu rendah (VLCD)Makanan dan PemakananPemakananJenis diet yang membekalkan 400 hingga 800 kalori sehari, biasanya diambil dalam bentuk cecair untuk menggantikan makanan seharian. Daripada jumlah ini, 120 hingga 480 kalori terdiri daripada karbohidrat dan bakinya adalah daripada protein berkualiti tinggi. Diet ini disarankan untuk individu yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat melalui formulasi yang dibentuk agar dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Walau bagaimanapun, jenis diet ini hanya boleh digunakan untuk waktu yang singkat, biasanya dalam 12 minggu.
infinitetak terhinggaMekanikGunaanTerlalu besar untuk membolehkan ukuran dibuat terhadap sesuatu fenomena atau objek.
tachypneatakipneaPerubatanTiadaPernafasan yang terlalu cepat dan cetek.
tachycardiatakikardiaPerubatanTiadaDenyutan jantung yang terlalu laju, biasanya melebihi 100 denyutan per minit.
mydriasismidriasisFarmasiFarmakologiPembukaan anak mata dengan terlalu lama atau berlebihan, seperti yang terjadi akibat pengambilan drug tertentu.
infrasoundinfrabunyiFizikAkustikGetaran udara pada frekuensi yang terlalu rendah, iaitu dibawah 15 hertz, untuk dikesan sebagai bunyi oleh telingan manusia, infrasonik.
quadraturekuadraturKejuruteraanKejuruteraan KimiaFormula pengamiran berangka yang terlalu banyak pilihan bebas tanpa panduan tertentu untuk memilih titik dasar, kedudukan titik dasar, jenis formula yang sesuai, dan juga tertib polinomial untuk memberikan ralat minimum. Kuadratur merupakan singkatan bagi kuadratur mekanikal.
12345678910

Kembali ke atas