Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pan.car] | ترڤانچر

Definisi : 1. keluar memancar (memancur, memancut), dipancarkan: maka air susu Minuram Dewi pun ~; cahaya itu harus ~ balik dr muka benda itu; 2. ki terbit: dr mulut dia ~ kalimat itu; harapan yg ~ dlm hati; 3. ter­lahir, keluar (anak); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pancar
Kata Terbitan : berpancaran, memancar, memancarkan, terpancar, pancaran,


Majalah

Dewan Budaya » 2014 » May
ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China–Malaysia. Yang dapat disaksikan sekarang ialah hubungan mesra antara rakyat dengan kerajaan kedua-dua buah negara telah terbukti mencapai tahap yang tinggi. Hal ini terpancar berasaskan persahabatan rakyat kedua-dua buah negara itu yang terjalin sejak beratus-ratus tahun yang lampau. Pada masa yang sama, kita juga patut berasa kagum terhadap pandangan jauh pemimpin kedua
Dewan Budaya » 2013 » January
kaya lapisan makna. Latiff, sehubungan itu, bukan sahaja menguasai bahasa Jerman dan nuansanya, malahan bidang seni visual, serta dunia sastera khususnya dalam genre puisi. Sebagai seniman visual gerak, dan rentaknya terpancar dalam puisi-puisinya. Puisi-puisinya turut menjadi dewasa kerana hasil kembara seninya ke dalam bait-bait puisi mempesona yang turut diterjemahkannya: Gitanjali (Tagore), Rubaiyyat (Omar Khayam) di samping puisi-puisi klasik Tao Te Ching karya Lao Tzu. Kemudian, mempengaruhi Latiff untuk mencipta ungkapan ringkas dan padat yang berkecenderungan pemikiran atau falsafah, sebagaimana mereka, seperti yang terpancar dalam dua buah buku terbaharunya. Puisi-puisi Melayu tahun 1950-an dan 1960-an, yakni dekad-dekad yang belum merakamkan kemasukan Latiff dalam genre ini, pada umumnya sarat dengan mesej
Dewan Budaya » 2013 » March
sesuap nasi.Walaupun sukar, mereka tetap melayan pelanggan mereka dengan senyuman, mesra dan ikhlas.Nilai murni inilah yang seharusnya menjadi amalan generasi muda pada hari ini. Malah toleransi budaya turut terpancar dengan jelas melalui komunikasi. Kita akan berusaha menggunakan bahasa yang paling mudah untuk difahami bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan. Hal ini demikian kerana bahasa amat penting untuk kita bercerita

Kembali ke atas