Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.si.rat] | ترسيرت

Definisi : 1 telah disirat (bkn jaring dll). 2 ki terkandung atau tersembunyi; tersimpan: Tiada se­siapa yg tahu akan apa-apa yg ~ dlm hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ter.si.rat] | ترسيرت

Definisi : 1. telah disirat (jala, rajut, dll), terjalin; 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): rahsia besar yg ~ di hati­nya tidak ada seorang pun yg mengetahui­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sirat
Kata Terbitan : bersirat, menyirat, tersirat, siratan,


Majalah

Dewan Budaya » 2015 » November
sebab mereka buta huruf – tidak tahu membaca dan kemudian dibuktikan pula tidak tahu menulis – mereka meminta Ani, pembantu rumah di situ, membaca surat tersebut. Sebenarnya dalam dialog tersebut, ada mesej tersirat. Menurut Aziz, Ramlee menyindir golongan tertentu. Dalam dialog “saya baca bunyi syair”, teraju utama filem tersebut menyindir mereka yang membaca al-Quran secara berlagu. Dialog “Sudin baca bunyi Arab” ditujukan ditulis dalam bahasa Arab. Kalangan yang tidak tahu langsung membaca al-Quran pula disindir melalui dialog “Ramli baca tak bunyi langsung”. Namun demikian, berapa banyakkah penonton yang dapat mengesan mesej tersirat itu? Biasanya penonton hanya ketawa melihat telatah lucu ketiga-tiga orang bintang filem itu. Mungkin ada penonton yang dapat membaca mesej tersirat itu, tetapi dapatlah diandaikan bahawa 99 peratus daripada
Dewan Masyarakat | Dominasi Anak Muda di Layar Panggung 2010
ramai. Hal ini memberi penanda tuju bahawa tidak semestinya seseorang yang tidak berpendidikan formal dalam filem atau menceburi bidang perfileman tidak boleh menangkap kemahuan penonton tempatan. Magika turut menyelitkan mesej tersirat yang tersendiri jika dihubungkan dengan kebangkitan perfileman tempatan. Jika filem itu ditonton secara teliti, penonton akan menyedari kebanyakan watak sampingan adalah golongan tua yang menghadapi maut atau dibunuh kerana menahan sengaja, Edry membenarkan pembunuhan “watak-watak tua” dibunuh oleh “watak-watak muda” (sepertimana dengan jelas, Mawi “membunuh” mahagurunya M. Nasir) supaya watak-watak muda ini berjaya dalam misi mereka. Secara tersirat, Edry sedang memperkatakan perkara yang sama berkenaan industri perfileman Malaysia. Watak-watak muda sebenarnya mewakili suara anak muda yang ingin membawa kesegaran dan pembaharuan dalam filem Malaysia. Golongan tua atau
Dewan Budaya » 2014 » July
dengan adanya kelompangan ilmu 1000 tahun lamanya. Kini keadaannya amat berbeza sekali. Istilah universe itu sendiri dahulunya menggambarkan kesatuan ilmu melalui “satu kisah atau riwayat” – secara literal: uni-verse – cukup tersirat dalam kesepaduan ilmu alam semesta. Dari susuk pengertian yang sama, university (universiti) sewajarnya menegaskan pengertian yang serupa sebagai tempat/ruang kesepaduan uni-verse dihuraikan dengan lebih mendalam melalui penelitian dan
Dewan Budaya » 2014 » August
yang aman dan damai, rakyat Malaysia wajib mengamalkan Rukun Negara secara tulus dan ikhlas. Oleh sebab itu, semua bangsa yang mendiami bumi Malaysia perlu memahami inti pati dan falsafah yang tersirat dalam Rukun Negara secara mendalam dan menyeluruh. Bagi mencapai hasrat ini, rakyat Malaysia perlu menghormati sensitiviti kaum dan bangsa tanpa menyentuh perkara yang berkaitan dengan agama, budaya, ideologi, cara hidup
Dewan Budaya » 2015 » May
walaupun semua mampu bernyanyi dan bermain alat muzik. Jusuh (Ebby Saiful Ali) disegani oleh semua rakannya. Daud (Sani Sudin) bercita-cita besar, hendak menjadikan Mona sebagai artis, dan ada maksud tersirat bahawa kemampuan orang kurang upaya wajar diketengahkan. Sepadanya Daud ada jatuh hati kepada Mona. Mona pula mewarnakan hatinya kepada Pie (Eman Manan). Mona yang bendul sanggup lari dari rumah untuk
Dewan Masyarakat | Filem Seram Keempat Ahmad Idham
dalam keluarga berdarah tengku. Babak mereka berdua yang sentiasa bertegang urat menampilkan sikap yang biasa terjalin dalam filem noir Robert Aldrich, tetapi sudah tentu dengan acuan yang lebih tempatan. Secara tersirat, filem ini juga menggunakan unsur whodunit yang popular dalam novel penyiasatan Inggeris dan Amerika, tetapi diadun dengan penglibatan mistik, keturunan keluarga, dan masalah perkahwinan. Dengan unsur-unsur kelainan tersebut, filem

Kembali ke atas