Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.sau.rus] | تيساوروس

Definisi : /tésaurus/ buku yg me­ngandungi senarai kata seerti dan kata yg berkaitan dgn maknanya, yg disusun mengikut sistem tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[té.sau.rus] | تيساوروس

Definisi : (tésaurus) buku yg mengandungi sena­rai kata seerti dan kata yg berkaitan makna­nya yg disusun mengikut sistem atau olahan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tesaurus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tetuan Saya telah cub mencari perkataan 'gaslighting' dalam bahasa Melayu tetapi dimaklumkan bahawa 'Tesaurus: Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaslighting'. Gaslighting adalah proses psikologi yang bermaksud 'memanupulasi'. Pohon jasa baik dan kepakaran pihak Dewan Bahasa Pustaka untuk membantu memberi 'pengistilahan' yang dimaksudkan. Harap maklum, terima kasih. Wasalam.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk gaslighting ialah pemukauan.Istilah20.06.2019
Permohonan Soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu. Assalalmualaikum dan Salam sejahtera. Saya SITI SYAKIRAH BINTI SAZALI, pelajar sepenuh masa DOCTOR OF PHILOSOPHY (COMPUTER SCIENCE) di UiTM SHAH ALAM ingin memohon soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu untuk penyelidikan saya. Bagaimanakah caranya untuk proses permohonan ini?Segala permohonan mengenai data tesaurus, puan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Peristilahan melalui talian 03-21479159 (Puan Siti Nur Atiqah binti Amirudin).Lain-lain31.10.2016
Mengapakah bahagian tesaurus PRPM menyatakan prestasi berasal daripada bahasa Inggeris iaitu performance? Bukankah prestasi berasal daripada perkataan bahasa Belanda iaitu prestatie?Untuk makluman, prestasi dipinjamkan daripada perkataan performance dan bukannya daripada prestatie. Sehubungan dengan itu, bahasa Inggeris dinyatakan sebagai sumber pinjaman dalam PRPM.Lain-lain18.01.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan, saya ingin bertanya sekiranya ada tesaurus bagi perkataan SINAH yang membawa maksud keadaan seseorang yang BUKAN TERLELAP ATAU TERTIDUR atau mungkin keadaan HAMPIR TERLELAP. Keadaan ini sering berlaku terutama ketika memandu kenderaan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Setakat ini tiada tesaurus bagi perkataan 'sinah' dalam kamus atau daftar istilah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima kasih.
Makna20.12.2017
Apakah maksud Carian kata tiada di dalam kamus terkini atau tidak ditemui dalam tesaurus. Tetapi kata wujud dalam istilah malaysia dan sebagainya. Adakah kata berkenaan ada dan betul dalam bahasa Melayu?Secara prinsipnya, sesuatu kata yang terdapat dalam mana-mana kamus atau tesaurus  merupakan kata umum manakala perkataan yang terdapat dalam istilah Malaysia merupakan kategori 'istilah'. Istilah merupakan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang, mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap. Namun, ada juga antara istilah yang digunakan dalam konteks umum, iaitu apabila digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, contohnya kata taqwa (bidang keagamaan Islam) dan kata belanjawan (ekonomi).Tatabahasa29.05.2017
perkataan bocor dan pecah - kata adjektif? tidak boleh diuji dengan kata penguat "sangat".Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu DBP, bocor dan pecah diklasifikasikan sebagai kata kerja. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tesaurus Bahasa Melayu.Tatabahasa24.05.2007
Salam 1Malaysia, 1. Apakah maksud 'kasus'? 2. Fungsi 'tesaurus' berbanding dengan kamus? 3. Tarikh kematian Pak Asraf Abdul Wahab dan Za'ba, bila? Terima kasih.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kasus (bahasa Indonesia) ialah keadaan (perkara, persoalan dan sebagainya) yang sebenarnya atau yang tertentu (khusus), keadaan (kejadian dan sebagainya)yang khusus yang ada kaitannya dengan seseorang atau sesuatu, kes. Tesaurus ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti atau sinonim dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olehan tertentu. Kamus ialah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain (yang disusun menurut abjad) dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain. Tarikh kematian Zainal abidin Ahmad (Za'ba) ialah 23 Oktober 1973.
Makna12.03.2012
Salam. Setelah menyemak kamus tesaurus DBP, saya mendapati bahawa kelas kata bagi perkataan 'makan' ialah kata kerja dan bukannya kata nama seperti yang dijelaskan sebelum ini. Sila rujuk lampiran yang telah saya sisipkan. Mohon penjelasan lebih lanjut dari pihak DBP. Terima kasih.Makan ialah kata kerja dan boleh menerbitkan kata nama seperti makanan. Kami mohon maaf jika berlaku kekeliruan dalam jawapan kami sebelum ini.Tatabahasa28.02.2018
Apakah perbezaan antara peribahasa dan simpulan bahasa. Tesaurus Bahasa Melayu DBP menunjukkan simpulan bahasa bukan salah satu sinonim untuk peribahasa. Tolong jangan jawab guna analogi idiom dan proverb dalam bahasa Inggeris.Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah. Manakala simpulan bahasa ialah ungkapan yg terdiri drpd 2 perkataan atau lebih dan mempunyai makna berlainan drpd erti perkatan-perkataan yg membentuknya.Makna23.07.2007
Salam sejahtera, Jawapan terdahulu DBP menyatakan 'bedah' itu merupakan antaranya kata kerja. Sekiranya ditaip 'bedah' pada ruang carian PRPM, di bahagian Tesaurus, 'bedah' ditakrifkan sebagai Kata Terbitan pula. Soalan saya: Apakah kelas kata yang utama bagi perkataan bedah? Contohnya dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, jelas dapat dilihat 'bedah' mempunyai 2 entri. Entri pertama menyatakan 'bedah' ialah kata nama, kemudian kata terbitan lain mempunyai kelas kata yang lain ('membedah' = kata kerja, dsb.). Entri kedua menyatakan 'bedah' ialah penggunaan bahasa Jawa dan maklumat selanjutnya diberikan. Dalam ertikata lain, sekiranya saya ditanya oleh penutur Cina yang ingin belajar bahasa Melayu apakah kelas kata bagi perkataan 'bedah', apakah jawapan saya pada beliau? Penjelasan dari pihak DBP amat dihargai. Terima kasih.Istilah lazimnya dalam bentuk kata nama seperti "bedah", iaitu kata tunggal (tanpa imbuhan) yang merupakan salah satu bentuk istilah. Pada ruangan tesaurus di PRPM, kata bedah dinyatakan sebagai kata tunggal, manakala di bawahnya ialah bentuk terbitan, iaitu membedah, pembedahan dll. Kata terbitan perlu ada imbuhan, oleh itu bedah bukan kata terbitan dan dalam konteks istilah ia menjadi kata nama dan istilah bagi bidang perubatan.

Untuk penerangan umum, kata bedah ialah kata tunggal yang membawa maksud cara menyembuhkan penyakit dengan cara memotong dll. (rujuk makna kamus atau PRPM). Apabila diberikan imbuhan "me" menjadi kata kerja, iaitu membedah yang juga kata terbitan.
Istilah08.02.2012
123456

Kembali ke atas