Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.da] | تياد

Definisi : 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tia.da] | تياد

Definisi : 1 tidak ada: Bapanya ~ di rumah. Orang itu ~ di sini. 2 tidak: Dia ~ mengerti. meniadakan 1 menganggap atau menyifatkan tidak ada. 2 menjadikan tiada; menghilangkan; menghapuskan. ketiadaan 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. peniadaan perbuatan atau hal meniadakan; penghapusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.


Lihat selanjutnya...(121)
Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(292)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mansuh PPSMI tiada kaitan politikTiadaUtusan Malaysia09.07.2009
Kematian Syed Alwi tiada unsur jenayahTiadaUtusan Malaysia02.12.2008
Kematian Seniman Negara disahkan tiada unsur jenayahTiadaBerita Harian02.12.2008
Tiada persaingan dalam persatuan sasteraZacharia AbdulMananUtusan Sarawak17.01.2008
Tiada lagi kata untuk esokDSR EromUtusan Borneo03.11.2008
Tiada ertinya lagi senyum itu.....DSR EromUtusan Borneo10.11.2008
Tiada guna berpura-puraSudirman UsmanNew Sabah Times06.01.2008
Tiada terdugaAg Matusin @ Hussin Ag BakarNew Sabah times26.08.2008
Tiada Guna Berpura-PuraSudirman UsmanNew Sabah Times06.01.2008
Tiada usaha pulihara Studio Jalan AmpasMary Victoria DassHarian Metro06.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas