Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.da] | تياد

Definisi : 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.


Lihat selanjutnya...(121)
Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(292)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(50)

Majalah

Dewan Budaya » 2017 » April
di hati kita. Filem komedinya tetap mengundang ketawa. Filem dramanya tetap meruntun jiwa dan menitiskan air mata penontonnya sekalipun beratus-ratus kali diulang dan ditonton. P. Ramlee itu hanya satu, tiada dua dan tiada tiganya. Banyak orang yang cuba meniru gelagat gaya dan suaranya, namun yang hilang tidak juga berganti dan yang patah tidak juga tumbuh lagi. Yang meniru ialah peniru dan tidak akan
Dewan Budaya » 2015 » March
Kembara Seorang Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2015 » March 0 Comments KEMBANG TEATER KANAK-KANAK DI KPAKK admin on March 1st, 2015 Oleh: Ladin Nuawi Pentasnya sederhana. Tiada lampu khas untuk pementasan. Tempat duduk penonton terbuka di dalam dewan. Namun begitu, lakonan meyakinkan. Sambutan penonton penuh gemuruh. Mereka mampu “pergi jauh”. Inilah kesan pemerhatian awal ketika menonton teater Setiap kali mereka menampilkan diri dan melontarkan dialog, sambutan gemuruh daripada penonton. Mereka tidak terpengaruh untuk menokok tambah yang bukan-bukan, apatah lagi untuk “makan lakonan kawan” apabila mendapat sambutan. Tiada kasta dalam lakonan. Inilah yang diperlukan daripada guru apabila berhadapan dengan anak murid. Saya berpandangan bahawa kedua-dua orang pengarah, Nurul Mazzuin Abd. Wahab dan Sahliza Samsul, menyedari hal ini
Dewan Budaya » 2015 » October
kampung serta Leha dan Dina terbunuh. Hanya Ramlah yang terselamat – cuma cedera ringan dan pengsan – daripada malapetaka tersebut. Pertanyaan yang ditimbulkan oleh kedua-dua orang murid itu memang menarik walaupun tiada jawapan diperoleh. Yang pertama, pertanyaan tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua orang murid itu menghayati teater yang dipentaskan walaupun pelakonnya murid sekolah rendah, bahkan mereka mungkin mengenali pelakonnya. Hal ini menunjukkan anggota pengawal kampung Kampung Manggis? Tentu sekali pengarah Mohd. Izman Saroni mempunyai justifikasi untuk menggambarkan kejayaan pengganas komunis dalam pertempuran tersebut. Mungkin Mohd. Izman mahu menunjukkan kezaliman pengganas komunis – memang tiada pengganas komunis yang tidak zalim. Barangkali boleh sahaja teater Lari memaparkan kemenangan anggota pengawal kampung, apatah teater tersebut hanya fiksyen semata-mata, yang tiada kaitan dengan yang hidup dan yang
Dewan Budaya » 2013 » September
lagi kejam, dan yang jujur mahupun yang licik. Opera Beijing merupakan antara sejarah kebudayaan kebangsaan China kerana sudah menjangkau usia lebih 200 tahun. Malahan disifatkan sebagai khazanah kebudayaan kebangsaan yang tiada tandingan. Seawal zaman pemerintahan Raja Qianlong, semasa Dinasti Qing, iaitu lebih kira-kira 220 tahun yang lalu, baginda menunjukkan minat yang besar terhadap opera tempatan ketika mengadakan tinjauan ke beberapa yang dilalui. Uban yang memutih di kepala tanda kematangan seseorang yang terlebih makan garam, lalu terbuai-buai dengan rasa “perasan” bahawa orang tua sentiasa berbuat benar, bijaksana dalam memimpin dan tiada tolok bandingnya. Ilusi sebegini memang parah sekali. Realitinya orang muda juga mempunyai pendapat, idea, dan pemikiran yang benar.Tidak semua orang muda pergi merempit atau hidup berkeliaran menagih dadah.Sindrom
Dewan Budaya » Ceritera Bulan Ini
dia hanya berupaya mendengar bunyi perentak jantung yang berselang seli dengan gesekan irama biolanya. Bunyi itu saling tingkah meningkah.‘Di manakah akusekarang?’ Muis cuba untuk menggerakkan tubuh tuanya,namun dia tiada tenaga untuk melakukannya. Matanya masih terpejamerat. Sekali lagi gambaran wanita tinggi lampai, bertubuh kurus di celah-celah kegelapan malam tanpa sebutir bintang menyapa dalam kotak fikirnya. Anehnya, wanita yang berlesungpipit
Dewan Budaya » 2017 » January
perkahwinan, hari pengijazahan dan hari kelahiran, selain Tahun Baharu Cina. Angpau bermula pada zaman dinasti Sung di China. Kononnya, sebuah perkampungan yang bernama Chang-Chieu telah diancam oleh raksasa, Nian. Tiada orang yang mampu menewaskan raksasa tersebut biarpun dalam kalangan wirawan atau negarawan. Walau bagaimanapun, hadirnya seorang anak yatim, yang bersenjatakan pedang sakti warisan leluhurnya, telah berjaya menewaskan dan membunuh raksasa Melayu. Tanpa menidakkan kepentingan bahasa Inggeris pada hari ini, yang diyakini ialah bahawa Pesta Kesenian Antarabangsa Kuala Kubu Bharu itu dapat dianjurkan dengan menggunakan bahasa kebangsaan, terutama ketika majlis perasmian. Tiada apa-apa yang dapat dilakukan jika 18 orang pengkarya itu tidak menggunakan bahasa kebangsaan ketika berforum. Namun demikian, inilah peluang untuk kita menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu digunakan dalam majlis
Dewan Budaya » 2016 » January
Jika diperhalus dengan lebih mendalam, faktor pendorong kepada kehendak budaya baharu ini meliputi beberapa perkara. *** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Januari 2016. Posted in: Uncategorized 0 Comments TIADA LAMA ATAU BAHARU – HANYA TERKINI DAN SEMASA admin on January 1st, 2016 L ebih kurang 30 tahun yang lalu, berebut-rebut orang membeli tiket di panggung wayang Cathay di pekan Hussain Abu Hassan, antaranya. Waktu tayangan lazimnya 3.00 petang dan 7.00 malam pada hari biasa dan tambahan 9.30 malam pada hujung minggu. Kini panggung wayang itu sudah tiada lagi. Di tapaknya sudah didirikan pasar raya. Orang pekan itu tidak lagi menonton wayang di panggung wayang. Kini mereka dapat menonton wayang di rumah dengan lebih selesa kerana adanya kemudahan
Dewan Budaya » 2018 » July
dia hanya berupaya mendengar bunyi perentak jantung yang berselang seli dengan gesekan irama biolanya. Bunyi itu saling tingkah meningkah.‘Di manakah akusekarang?’ Muis cuba untuk menggerakkan tubuh tuanya,namun dia tiada tenaga untuk melakukannya. Matanya masih terpejamerat. Sekali lagi gambaran wanita tinggi lampai, bertubuh kurus di celah-celah kegelapan malam tanpa sebutir bintang menyapa dalam kotak fikirnya. Anehnya, wanita yang berlesungpipit Bukit Persekutuan. Hal ini dikatakandemikian kerana lokasinya yang agak terpisah dan tersendirisifatnya walaupun kedudukannya terletak di pinggiran laluanutama ke pusat bandar.Kawasan ini tidak ramai penduduk dan jarang-jarang dikunjungikerana tiada lokasi untuk mengadakan pertemuan sama ada pejabatkerajaan, syarikat perniagaan, kompleks, kedai atau taman rekreasi. Sebagai tempat kediaman eksklusif yang terasing dan tidakmenjadi jalan penghubung utama di antara kawasan menyebabkankenderaan yang
Dewan Budaya » Sekeliling Kita
Bukit Persekutuan. Hal ini dikatakandemikian kerana lokasinya yang agak terpisah dan tersendirisifatnya walaupun kedudukannya terletak di pinggiran laluanutama ke pusat bandar.Kawasan ini tidak ramai penduduk dan jarang-jarang dikunjungikerana tiada lokasi untuk mengadakan pertemuan sama ada pejabatkerajaan, syarikat perniagaan, kompleks, kedai atau taman rekreasi. Sebagai tempat kediaman eksklusif yang terasing dan tidakmenjadi jalan penghubung utama di antara kawasan menyebabkankenderaan yang
Dewan Budaya » Plitvice Taman Dunia
peladang berbaris di jalan dan setelah itu bukit dan hutan pula yang menyambung kehadiran dan hayatnya. Kami seharian di hutan simpan UNESCO Plitvice, sebuah taman yang luas dan luar biasa. Tiada kota yang dikejar pada hari ini, tetapi inilah peluang untuk memasuki secara rasmi sebuah hutan UNESCO yang tinggi di bukit dan dihiasi oleh beberapa buah tasik yang besar. Oleh sebab
Dewan Budaya » Kembara Seorang Penyair
peladang berbaris di jalan dan setelah itu bukit dan hutan pula yang menyambung kehadiran dan hayatnya. Kami seharian di hutan simpan UNESCO Plitvice, sebuah taman yang luas dan luar biasa. Tiada kota yang dikejar pada hari ini, tetapi inilah peluang untuk memasuki secara rasmi sebuah hutan UNESCO yang tinggi di bukit dan dihiasi oleh beberapa buah tasik yang besar. Oleh sebab
Dewan Budaya » Nota Editor
mengisi perut lima orang anaknya yang masih kecil. Kisah yang dipaparkan dalam Facebook ini menatijahkan bantuan daripada orang tertentu. Walau apa-apa pun, eloklah kita mengkaji tabiat makan kita semula. Tiada sesiapa yang dapat menghalang kita daripada makan, tetapi makanlah berpada-pada. Kita mahu nikmat makan kita itu kekal sehingga akhir hayat. ***** Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Muhammad lebih daripada lima kali penulis ini mengunjungi sinepleks. Antara yang dikunjungi termasuklah sinepleks di Amcorp Mall yang kini telah menjadi toko buku lebihan. Kadang-kadang penulis ini terfikir tentang sebab tiada lagi kunjungan ke panggung wayang, atau dalam konteks sekarang, sinepleks. Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa filem, baik Melayu mahupun bukan Melayu, gagal menambat hati penulis ini. Kecuali beberapa buah
Dewan Budaya » 2015 » December
keluaran Disember 2015. Posted in: Uncategorized 0 Comments RETROSPEKTIF IPOH admin on December 1st, 2015 L orong itu tidak boleh dilalui oleh kenderaan besar. Jika dilihat lorong itu, diyakini bahawa tiada kenderaan besar dapat melaluinya sejak dahulu, kecuali basikal atau motosikal. Ketika melalui lorong itu, hanya kelihatan basikal di hadapan beberapa buah kedai. Ada kedai di situ yang kini beroperasi sebagai petang itu, pengunjungnya kurang. Pada suatu ketika dahulu, lorong itu dikunjungi oleh mereka yang ingin mendapatkan khidmat pekerja seks. Di situlah pekerja lombong mendapatkan “hiburan” mereka. Kini khidmat itu sudah tiada lagi, tetapi lorongnya tetap ada – mungkin lebih indah dari dahulu. Itulah lorong yang dikenali sebagai Concubine Lane – Lorong Gundik (terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris) dalam bahasa Melayu. Bagi penggemar sejarah
Dewan Budaya » 2012 » December
jam setengah, atau yang lebih singkat mudah, iaitu sekitar 30 minit. *** Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Disember 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA admin on December 2nd, 2012 Pada bulan lalu, Pemangku Raja Perak, Duli Yang Maha Mulia Raja Dr. Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah Syarahan Perdana Budaya 2012 yang bertajuk, “Institusi Raja tunjang pembinaan negara bangsa.Hal ini merupakan juga keunikan negara ini yang sekian lama dicemburui oleh seteru.Maka, sebagai pewaris, kita harus kental mempertahankan leluhur budi, raja dan rakyat berpisah tiada. - Abdul Ghani Abu *** Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Disember 2012. Posted in: Nota Editor • Carian • Video Promosi Pelancaran Majalah Dewan Tamadun Islam pada 14 Januari 2013 • Pautan
Dewan Budaya » 2015 » May
kaki sakat, tetapi daya fikirnya tinggi. Selayaknya mereka hidup di jalanan, maka pertuturan mereka hanya bahasa jalanan. Perkataan Inggeris yang digunakan yang biasa-biasa sahaja dengan bibir kita. Namun begitu, tiada satu ayat pun yang kesat dan kasar. Bahasa mudah juga digunakan untuk menerangkan nilai keagamaan. Wak Khalid membawa kita berfikir tentang rezeki dan ibadah melalui percakapan antara Daud dengan Pie kali mengingatkan kita akan pentingnya seseorang sultan memahami dan mendekati jiwa dan kehidupan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-duanya saling memerlukan, seperti kata pepatah bagai isi dengan kuku. Tiada rakyat, maka raja tidak akan berupaya memerintah dan mentadbir urus kerajaan yang dikuasainya. Tanpa raja pula, yakni pemimpin utama sesebuah negara, rakyat pasti hilang arah dalam menentukan hala tuju kerajaan
Dewan Budaya » Tradisi
perkahwinan, hari pengijazahan dan hari kelahiran, selain Tahun Baharu Cina. Angpau bermula pada zaman dinasti Sung di China. Kononnya, sebuah perkampungan yang bernama Chang-Chieu telah diancam oleh raksasa, Nian. Tiada orang yang mampu menewaskan raksasa tersebut biarpun dalam kalangan wirawan atau negarawan. Walau bagaimanapun, hadirnya seorang anak yatim, yang bersenjatakan pedang sakti warisan leluhurnya, telah berjaya menewaskan dan membunuh raksasa
Dewan Budaya » 2011 » December
semenjak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, kira-kira lima abad yang lalu. Adapun baginda semua sesungguhnya merupakan raja yang bestari lagi adil, mulia lagi agung kedudukannya, serta tinggi ilmunya sehingga tiada bandingannya. Tanah Melayu menjadi aman di bawah pemerintahan raja Melayu dan mendapat penghormatan yang sejati rakyat jelata yang sentiasa menjulang titah. Semua negeri di Tanah Melayu bernaung di bawah panji
Dewan Budaya » 2013 » April
Hang ada di Padang Lawasa Sumatera, Indonesia. Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi,” ujar beliau. Meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.Hal ini menunjukkan arkeologi penting dalam pembuktian sejarah
Dewan Budaya » 2013 » August
kajian mendapati bahawa 1.5 peratus wanita (daripada 13.77 juta orang wanita) di negara ini menghisap rokok dan hal ini akan meningkat kepada 18 peratus pada tahun 2014 sekiranya tiada kekangan atau usaha untuk mengekang aktiviti menghisap shisha ini. Fakta ini amat mencemaskan semua pihak kerana belum pun selesai budaya menghisap rokok, fenomena menghisap shisha seakan-akan menjadi duri dalam
Dewan Budaya » 2014 » April
awal 1970-an, DBP sedang dalam proses untuk menjelmakan diri sebagai badan penerbitan yang membekalkan buku teks dalam bahasa kebangsaan ke sekolah. Teater jauh daripada matlamat DBP kerana organisasi tersebut tiada kena mengena dengan pengembangan budaya. Kakitangan DBP memberikan tumpuan terhadap tugas hakiki. Usman menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Ketua Bahagian Pengembangan Sastera. Begitu juga dengan M. Noor Azam dan Abdullah
Dewan Budaya » 2014 » July
masai kerana kesepaduan ilmu hampir tidak wujud. Tidak salah jika ada pihak yang menganggap hal ini sebagai pengkhianatan kepada kefahaman ilmu itu sendiri apabila tercetusnya ratusan bidang yang seolah-olah tiada kaitannya dengan yang lain, sekurang-kurangnya tidak diajarkan sedemikian rupa. Penguasaannya disempitkan dan dikotak-kotakkan sebagaimana dua bidang besar sains dan sastera, umpamanya. Setiap bidang tersebut dipetak-petakkan lagi. Kepaduan
Dewan Budaya » 2014 » December
basikal itu dibeli. Tentu sekali tempat duduk itu dibeli bukan sebagai pengganti tempat duduk yang rosak kerana kini tidak banyak orang yang menggunakan basikal, malah basikal hitam yang demikian sudah tiada dalam pasaran. Itulah warna-warni pasar lambak Amcorp Mall dan barang kali juga pasar yang sedemikian di tempat lain. Pasar lambak Amcorp Mall hanya diadakan pada hari Ahad. Mungkin oleh
Dewan Budaya » 2015 » February
disiplin seni dalam meneruskan kelangsungan hidup. Mereka hanya rakyat biasa, melakukan kerja pertanian, kebajikan dan keagamaan Islam. Hubungan dua buah negara serumpun ini harus sentiasa dikejapkan. Ibarat kata kita sudah tiada adik-beradik lain. Roslan juga memilih beberapa orang pelakon luar Pahang yang berjati diri tinggi, seperti Mohd. Fauzi Yahya, Dean Satira dan Eliza Mustafa. Persembahan dimulakan dan ditutup dengan bacaan
Dewan Budaya » 2013 » January
dalam pelbagai cabang kehidupan, juga tema pengisian kemerdekaan, mendominasi kebanyakan puisi.Tema ini padat kata-kata, dan kadang kala penuh retorik, hingga yang lebih diutamakan ialah aspek pemikiran yang abstrak.Tiada salahnya puisi-puisi seperti ini, selagi dicipta berdasarkan strategi puisi yang menekankan keringkasan, kepadatan, keindahan serta kejayaan amanat yang mengetuk emosi serta pemikiran pembaca. Namun begitu, melalui puisi-puisinya Latiff
Dewan Budaya » 2014 » May
gemilang hubungan antara dua tamadun itu berlaku dalam zaman dinasti Ming pada abad ke-15, sehingga Liang Liji mengungkapkan bahawa “lembaran sejarah ini patut dicatat dengan tinta emas kerana pencapaiannya tiada tandingannya lagi dalam sejarah kedua-dua bangsa.” Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Mei 2014. Posted in: Uncategorized 0 Comments BERUANG MATAHARI DAN BERUANG PANDA admin on May
Dewan Budaya » 2014 » August
dengan masyarakat Malaysia pelbagai kaum; tidak ketinggalan juga warga asing. Ada masanya mereka berkongsi meja walaupun tidak mengenali antara satu sama lain – kadangkala “terpaksa” berbual-bual untuk mewujudkan kemesraan – kerana tiada meja yang kosong. Secara tidak langsung, restoran itu menjadi mangkin pembinaan hubungan muhibah masyarakat negara ini. Secara realitinya, selepas 57 tahun merasai nikmat kemerdekaan, hasrat untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum
Dewan Budaya » 2015 » January
seperti pesta filem Malaysia yang memberikan anugerah kepada mereka yang difikirkan layak untuk menerimanya. Tahun ini diisytiharkan oleh kerajaan, melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, sebagai Tahun Festival Malaysia (MyFest) – Sambutan Tiada Sempadan. MyFest dilihat sebagai kesinambungan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 yang mampu merangsang industri pelancongan negara, untuk menjanakan pendapatan yang akan digunakan untuk pembangunan negara. Beberapa festival atau pesta telah
Dewan Budaya » 2015 » September
itu tidak menjadi masalah kerana memenuhi cita rasa. Sejak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP), yang tertera pada resit restoran ini hanyalah jumlah besar harga yang perlu dibayar oleh pelanggan. Tiada perincian tentang harga makanan dan minuman yang dibeli oleh pelanggan, termasuk CBP. Hanya pelanggan tetap yang mengetahui sama ada harga makanan dan minuman itu naik ataupun kekal – pastinya tidak turun
Dewan Budaya » 2017 » March
negeri itu duduk semeja dan berbincang. Muhammad dan Khairul Azhar boleh memulakan usaha ini dengan kerjasama Pejabat Wakil Rakyat Jerantut, Majlis Daerah Jerantut, dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang. ********** Tiada apa-apa yang lebih menyedihkan seseorang daripada kehilangan orang tersayang dalam keluarga. Pereka letak Dewan Budaya , Elyanna Samsuddin, mengalami keadaan itu apabila bondanya kembali ke rahmatullah pada pukul 6.42
Dewan Budaya » 2017 » June
mengisi perut lima orang anaknya yang masih kecil. Kisah yang dipaparkan dalam Facebook ini menatijahkan bantuan daripada orang tertentu. Walau apa-apa pun, eloklah kita mengkaji tabiat makan kita semula. Tiada sesiapa yang dapat menghalang kita daripada makan, tetapi makanlah berpada-pada. Kita mahu nikmat makan kita itu kekal sehingga akhir hayat. ***** Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Muhammad

Kembali ke atas