Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiap.tiap] | تياڤ٢

Definisi : 1 satu-satu drpd…; masing-masing: ~ orang mesti datang berlatih petang ini. ~ orang mempunyai perasaan. 2 berulang dr semasa ke semasa; saban: Perayaan itu diadakan ~ tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tiap.tiap] | تياڤ٢

Definisi : 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban: (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,

Puisi
 

Batang kelapa dipotong-potong,
     Tiap satu tidak disukat;
Bulat air kerana pembentung,
     Bulat manusia kerana muafakat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Salah cotok melantingkan.

Bermaksud :

Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sewajarnya, yang salah hendaklah dibetulkan.

 

Lihat selanjutnya...(66)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tiap-tiap busuk itu meruap juga.Pekerjaan yang jahat itu lambat-laun akan diketahui orang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salah cotok melantingkan.Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sewajarnya, yang salah hendaklah dibetulkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tohor-tohor sealahan.Tiap-tiap kerja atau rundingan hendaklah diselesaikan satu-satu dulu, sebelum pindah mengerjakan atau merundingkan yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pendusta berdiri tiada berkaki.Tiap-tiap yang dusta itu lambat laun akan terbuka juga rahsianya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siar bakar berpuntung suluh.Tiap-tiap perkara dapat diputuskan kalau sudah cukup bukti dan keterangannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang hidup sesarkan mati.Tiap-tiap suatu itu ada batasnya dan ada pula penggantinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat juara kalah menang.Tiap-tiap usaha ada laba ruginya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada batang, cendawan tumbuh.Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. (Bandingkan dengan: Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adapun kata ada pangkalnya.Tiap-tiap suatu itu ada asal usulnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam berinduk, sirih berjunjung.Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas