Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

593

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Ekor anjing berapa pun dilurut, tiada yang betul

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Ekor anjing berapa pun dilurut, tiada yang betul ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lesser known speciesspesie kurang dikenalPerhutananPengurusan HutanKumpulan atau jenis tumbuhan atau haiwan yang tidak berapa diketahui.
close grainira rapatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanIra pada kayu yang mempunyai gelang pertumbuhan yang nipis dan tidak berapa ketara. Istilah ini juga bermaksud ira pada kayu yang mempunyai liang-liang yang rapat atau tekstur yang halus.
shallow boxkotak cetekTeknikElektrikKotak alat tambah yang dibenamkan searas dengan permukaan dinding yang biasanya tidak berapa dalam. Kotak cetek ini digunakan untuk pemasangan alat tambah seperti suis yang tidak memerlukan rangka di dlam dinding yang melebihi aras perlepasan biasa.
brown rotreput perangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanReput berwarna perang pada kayu akibat serangan kulat pada bahagian selulosa dan hemiselulosa, tetapi tidak menjejaskan bahagian lignin. Serangan pada dinding sel tidak berapa ketara sehingga ke peringkat akhir pereputan apabila kesemua bahagian selulosa tercerna. Lignin yang tertinggal masih mengekalkan bentuk dinding sel asal.
merpauhmerpauhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Swintonia spp. daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah periang dan berbagai-bagai nama merpauh; di Sabah ialah rengas, dan di Sarawak ialah pituh. Spesies utamanya termasuk Swintonia penangiana, S. schwenkii dan S. spicifera. Gubal kayu merpauh berwarna coklat dan tidak berapa berbeza daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini sukar dikerjakan, mempunyai sifat pengeringan yang berbeza-beza mengikut spesies, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah tetapi mudah diawet. Kayu merpauh sesuai untuk kerja binaan ringan dan sederhana, kabinet bermutu tinggi bagi kor yang berjalur, kemasan dalaman, dan lantai.
entapuluhentapuluhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Teijsmanniodendron spp. daripada famili Verbenaceae. Nama tempatan di Sabah ialah buak-buak. Spesies utama kayu entapuluh ialah Teijmanniodendron coriaceum dan T. holophyllum. Gubal kayu entapuluh berwarna kuning dan berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Ketumpatan keringan udara entapuluh berjulat antara 432 hingga 896 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, tetapi tidak berapa tahan. Kayu ini sesuai untuk kegunaan am.
lelayanglelayangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Parishia spp. daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah sepul, di Sabah ialah layang-layang, dan di Sarawak ialah upi. Tiga spesies utama kayu ini ialah Parishia insignis. P. maingayi, dan P. paucijuga. Gubal kayu lelayang berwarna merah muda, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sederhana berat. Kayu lelayang agak sukar dikerjakan, tidak berapa tahan, mudah diserang kumbang bubuk, tetapi mempunyai sifat pengeringan yang baik. kayu ini sesuai yuntuk kerja binaan ringan, lantai, alas angkut dan papan lapis.
mengkulangmengkulangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Heritiera spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah jambu keluang dan melima;di Sabah ialah kambang; dan di Sarawak ialah melabu. Spesies utamanya termasuk Heritiera albiflora, H. aurea, dan H. borneensis. Gubal kayu mengkulang biasanya berwarna lebih muda, dan kurang berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikeringkan dan diawet, tetapi tidak berapa tahan apabila terdedah, dan mudah diserang kumbang Lyctus. Kayu ini sesuai digunakan untuk papan lapis, lantai, hiasan dalaman, dan perabot.
otak udangotak udangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Buchanania spp. daripada famali Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk lamak ketam dan rengas ayam, dan di Sabah termasuk kepala tundang dan kepala tundang tungkai pendek. Spesies utamanya ialah Buchanania arborescens dan B. sessifolia. Gubal kayu otak udang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 465 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dikemas siap , dan dikeringkan, tetapi tidak berapa tahan. Kayu otak udang sesuai digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak mancis dan kotak kecil.

Kembali ke atas