Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(748)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antisporulantbahan antisporaKimiaTiadaBahan kimia, termasuk fungisid, yang boleh merencatkan pembentukan dan perlepasan spora, tetapi tidak berkesan terhadap percambahan sproa dan pertumbuhan miselium.
gravitational fieldmedan gravitiMekanikGunaanKawasan di sekitar sesuatu jasad tempat jasad-jasad lain mengalami tarikan graviti. Di luar medan ini, pengaruh tarikan graviti jasad berkenaan sudah tidak berkesan lagi.
disinfectantpenyahjangkitFarmasiFarmakologiAgen yang memusnahkan mikroorganisma penyebab jangkitan. Walau bagaimanapun, agen ini biasanya tidak. berkesan untuk membunuh bakteria penghasil spora. Agen ini selalunya digunakan secara luaran pada objek tidak.hidup kerana kesan iritasinya yang terlalu tinggi terhadap benda hidup. Sinonim disinfektan.
antitubercularantituberkulosisFarmasiFarmakologiAgen atau kumpulan drug yang digunakan untuk merawat tuberkulosis akibat jangkitan Mycobacterium tuberculosis. Agen ini terbahagi kepada dua kumpulan,iaitu agen barisan pertama dan agen barisan kedua. Agen barisan pertama merupakan agen utama yang biasa digunakan danmempunyai darjah ketoksikan yang sederhana. Agen barisan kedua pula digunakan apabila penggunaan agen barisan pertama tidak berkesan terutamanya dalam kes-kes yang rintang drug. Contoh agen ini ialah isoniazid, etambutol hidroklorida, streptomisin sulfat, pirazinamida dan rifampin.
UN Protection Force (UNPROFOR))Pasukan Perlindungan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPasukan perlindungan yang asalnya ditubuhkan untuk menyelia genjatan senjata Serbia-Croatia pada tahun 1992 dan misinya merangkumi kawasan Bosnia. Pasukan ini merupakan gabungan beberapa negara seperti Perancis, Britain, Sepanyol dan Belanda. Pasukan ini tidak berkesan kerana undang-undang yang menerangkan kepada tentera masa dan cara mereka boleh menembak balas adalah lemah dan kabur. Akibatnya pasukan ini tidak diendahkan dan menjadi bahan ketawa pasukan Serbia-Bosnia. Pada tahun 1995, askar Serbia telah membunuh ramai orang awam Islam di Sebrenica di depan pasukan Belanda UNPROFOR yang hanya melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. RO E bagi UNPRO FOR tidak menghendaki pasukan ini berperang dan askar Serbia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini dengan meneruskan keganasan mereka. Peranan UNPROFOR ini akhirnya diambil alih oleh IFOR di bawah NATO pada tahun 1996. Sinonim UNPROFOR.
sanksi ketenteraanmilitary sanctionUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan oleh tentera udara, laut atau darat di bawah kelolaan Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan atau mengembalikan keamanan atau keselamatan antarabangsa. Tindakan ini termasuklah sekatan, pengepungan dan demonstrasi ketenteraan. Demonstrasi ketenteraan merujuk kepada serangan atau mempamerkan kekuatan bagi tujuan memperdayakan musuh. Sanksi ketenteraan hanya boleh dilakukan jika sanksi ekonomi, diplomatik dan komunikasi tidak berkesan. Sanksi ketenteraan merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan bersama yang diperuntukkan oleh Bab VII Piagam PBB. Oleh sebab PBB tidak mempunyai angkatan bersenjatanya sendiri, negara anggota hendaklah menyumbang tentera bagi tujuan ini. Contohnya, sanksi ketenteraan yang dikenakan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Sanksi ketenteraan mampu menjadikan negara yang disasarkan kurang agresif seperti apa yang telah berlaku kepada Iraq.
dieldrindieldrinPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFormula C12H8CI6O. Racun serangga sentuhan berbentuk hablur putih, yang sangat berkesan, yang tidak berbau dan tidak larut dalam air, tetapi larut dalam kebanyakan pelarut organik. Bahan ini dihasilkan daripada pengoksidaan aldrin dengan asid perasetik atau asid perbenzoik.
wattless powerkuasa tanpa wattTeknikElektrikKuasa yang tidak memberikan sebarang sumbangan terhadap arus yang mengalir di dalam lirar arus ulang-alik disebabkan oleh regangan. Kuasa ini diperoleh daripada hasil darab antara arus berkesan, voltan berkesan, dan sinus sudut fasa di antara arus dengan voltan. Sinonim kuasa regangan.
rigid linkpaut tegarMekanikGunaanPaut yang tidak mengalami perubahbentukan yang berkesan semasa memindahkan gerakan. Contoh paut tegar ialah batang paut dan cemat engkol.
short-normal loglog normal pendekKejuruteraanPetroleumJenis log keberintangan normal yang jarak luangan elektrodnya bersamaan dengan 16 inci dan direka untuk mengukur keberintangan zon pancur tetapi tidak begitu berkesan kerana sangat terpengaruh oleh lumpur gerudi. Alat pengelogan ini termasuk dalam jenis pengukur keberintangan tak fokus.
123

Kembali ke atas