Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Adakah anda bermaksud : tidak

Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTIGUA DAN BARBUDA

Antigua dan Barbuda ialah negara pulau yang

merdeka di Laut Caribbean. Ia terdiri daripada

pulau-pulau Antigua, Barbuda, dan Redonda.

Kumpulan pulau ini terletak di Antilles Kecil di

Hindia Barat. Ia terletak kira-kira 48 kilometer di

utara Guadeloupe, 400 kilometer di tenggara

Puerto Rico, dan 700 kilometer di utara Venezeula .

Ibu negara Antigua ialah St. Johns dan ibu negara

Barbuda ialah Codrington. Redonda ialah pulau

yang berbatu-batu dan tidak didiami penduduk.

Antigua and Barbuda ialah tempat lahir

beberapa orang pemain kriket berbakat,

terutamanya bekas kapten pasukan – Hindia Barat

dan pemukul bola yang terkenal, Viv Richards (lihat

Richards, Viv ).

UMUM 
MALTA

Malta ialah negara pulau yang terletak

berhampiran bahagian tengah Laut Mediterranean,

kira-kira 95 kilometer di selatan Sicily. Ia

merupakan sekumpulan beberapa pulau; tiga

daripadanya didiami penduduk, iaitu Malta, Gozo,

dan Comino, dan tiga pulau kecil yang tidak

didiami, iaitu Cominotto, Filfla, dan Selmunett

(Pulau St. Paul’s). Malta adalah salah sebuah negara

yang paling padat penduduknya di dunia.

UMUM 
AHLI SUFFAH

Ahli Suffah ialah golongan fakir miskin mukmin

dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW yang tidak

mempunyai rumah untuk didiami. Oleh itu, mereka

mendiami suatu sudut yang teduh di Masjid Nabawi

di Madinah. Mereka dikenali dengan nama Ahli

Suffah dan kadang-kadang disebut juga sebagai

Ashab al-Zillah (orang yang berteduh) dan Duyuf al-

Islam (tetamu Islam). Perkataan Suffah ialah

perkataan Arab dan apabila dikaitkan dengan

bangunan, ia bererti sesuatu bahagian yang teduh

di dalam bangunan itu, yang menyerupai ruang

legar yang luas dan tinggi. Ibn Taymiyyah

berkata, Al-Suffah yang dikaitkan dengan nama

Ahli Suffah kalangan sahabat Nabi SAW, terletak di

bahagian hujung sebelah utara masjid Nabi SAW

di Madinah al-Munawwarah.” Ia ialah tempat

fakir miskin dari kalangan orang mukmin berteduh,

iaitu mereka yang tidak mempunyai keluarga dan

tidak ada tempat berteduh.

UMUM 
SEJARAH NEW ZEALAND

New Zealand, Sejarah . New Zealand

dinamakan oleh seorang pelukis peta Belanda

yang tidak diketahui, selepas jurumudi Belanda,

Abel Tasman mengunjungi kawasan ini pada

tahun 1642. Tasman merupakan orang Eropah

pertama yang diketahui mengunjungi New

Zealand . Tetapi New Zealand sudah dijumpai dan

didiami seribu tahun lebih awal oleh penduduk

Polinesia Timur, mungkin dari Kepulauan Cook

atau Tahiti. Pada pertengahan tahun 1800-an,

keturunan daripada mereka ini menggunakan

nama Maori, daripada ungkapan mereka tangata

maori (orang biasa), untuk membezakan mereka

daripada pendatang asing Pakeha (Eropah) –

peneroka British yang menjajah negara itu pada

waktu itu. Orang Maori memanggil negara

mereka Aotearoa, bermakna negara awan putih

yang panjang, yang dikatakan oleh sesetengah

orang Maori sebagai nama yang mula-mula

digunakan oleh Kupe, penemu legenda negara ini.

UMUM 
PULAU NORFOLK

Pulau Norfolk ialah sebuah wilayah Australia di

selatan Lautan Pasifik. Ia terletak lebih 1600

kilometer ke timur laut Sydney dan lebih 1000

kilometer ke barat laut Auckland, New Zealand.

Wilayah ini terdiri daripada pulau utama – Pulau

Norfolk – dan dua buah pulau kecil yang tidak

didiami – Pulau Philip dan Pulau Nepean. Ia

mempunyai seorang pentadbir yang dilantik oleh

gabenor jeneral Australia. Pentadbir ini

bertanggungjawab kepada kerajaan Australia

melalui Jabatan Wilayah di Canberra. Dewan

Undangan Pulau Norfolk berkuasa untuk

menggubal undang-undang yang berkaitan

dengan pelbagai perkara. Tiada cukai pendapatan

di Pulau Norfolk, tetapi terdapat levi kecil bagi

menampung kos kerja raya.

UMUM 

Kembali ke atas