Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(3)

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dichotomous searchcarian dwikotomiKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pengoptimuman fungsi dengan menggunakan pasangan julat pada jeda tertentu dengan kawasan yang tidak penting ditinggalkan.
classical field theoryteori medan klasikFizikModenTeori tentang taburan tenaga, jirim, dan kuantiti fizik lain dalam keadaan yang tabii diskretnya tidak penting, dan taburan ini dianggap sebagai fungsi selanjar kedudukan.
konflik bersenjata antarabangsainternational armed conflictUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKonflik yang berlaku apabila dua atau lebih negara menggunakan kekuatan senjata terhadap satu sama lain. Faktor penyebab atau kekuatan penggunaan senjata tidak penting bagi menentukan konflik ini berlaku. Pengisytiharan rasmi peperangan juga tidak diperlukan bagi memulakan konflik tersebut. Konflik ini juga merangkumi konflik bersenjata yang melibatkan perjuangan bagi mendapatkan pemerintahan sendiri menentang penjajahan, pendudukan asing atau rejim yang bersifat perkauman. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai dalam konflik ini.
plasmidplasmidBioteknologiTiadaMolekul bulat DNA yang membawa 1% - 3% genom sel dan mengekod beberapa ciri genetik penting yang tidak dikod oleh kromosom bakteria. Dalam manipulasi gen, plasmid digunakan sebagai alat pengklon atau vektor untuk memasukkan DNA asing ke dalam sel perumah.
mechanically soundteguh mekanikalTeknikElektrikBerkenaan sambungan yang tidak mudah longgar dan tidak mudah tercabut (regang). Keadaan ini penting bagi setiap sambungan dawai elektrik.
vitaminvitaminKimiaTiadaSebatian organik yang diperlukan oleh badan pada kadaran yang kecil dan penting untuk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit, dan pengawalan kesihatan badan. Vitamin tidak dapat disintesis oleh badan, kecuali vitamin D. Oleh itu, vitamin perlu diperoleh daripada sumber lain, terutama daripada makanan. Vitamin tidak menghasilkan tenaga, sebagaimana yang dihasilkan oleh karbohidrat dan lemak, dan tidak pula membentuk unit binaan untuk pembesaran, sebagaimana yang dilakukan oleh protein. Bagaimanapun, vitamin penting dalam pengubahan bentuk tenaga dan pengawalan metabolisme. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Jenis vitamin yang diketahui ialah vitamin A, B, C, d, E, dan K.
balanced loadbeban seimbangTeknikElektrikBeban yang sama nilainya pada dua bahagian sistem bekalan tiga dawai dan mempunyai faktor kuasa yang sama. Keseimbangan beban dan sistem bekalan tiga fasa amat penting bagi memastikan tidak ada beza upaya di antara titik neutral dengan bumi.
fluidbendalirKimiaTiadaJirim yang boleh mengalir dan tidak mempunyai bentuk tetap. Sifatnya yang penting ialah kebolehannya untuk mengalir di dalam saluran atau tiub. Bendalir terdiri daripada dua jenis, iaitu cecair dan gas. Air dan oksigen merupakan bendalir, tetapi air ialah cecair sementara oksigen pula ialah gas.
fluidbendalirMekanikGunaanJirim yang boleh mengalir dan tidak mempunyai bentuk tetap. Sifatnya yang penting ialah kebolehannya untuk mengalir di dalam saluran atau tiub. Bendalir terdiri daripada dua jenis, iaitu cecair dan gas. Air dan oksigen merupakan bendalir, tetapi air ialah cecair sementara oksigen pula ialah gas.
Reynolds numbernombor ReynoldsFizikMekanikNombor tidak berdimensi yang digunakan apabila membuat model gerakan bendalir. Dalam model ini, faktor kelikatan menjadi penting untuk mengawal halaju atau corak aliran bendalir. nombor Damkohler
123456

Kembali ke atas