Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. tiga bahagian drpd empat bahagian. b. agak gila; gila-gila bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suku
Rujuk :kaum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan kuali adakah terdiri drp dua suku kata atau tiga suku kata?Tiga suku kata - ku.a.liTatabahasa22.07.2014
Selamat sejahtera. Ingin bertanya tentang soalan kesalahan umum tatabahasa. " satu setengah kilogram atau satu kilogram setengah" " tiga suku jam atau tiga jam suku " yang manakah betul? Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah "satu setengah kilogram" dan "tiga suku jam", iaitu jumlah kiraan dan diikuti dengan unit.Lain-lain06.08.2015
Tidak bolehkah menggunakan huruf hamzah seperti dalam tulisan arab? Ini kerana, untuk menunggu huruf hamzah tiga suku dimasukkan ke dalam unicode, akan mengambil masa yang agak panjang dan dapat membantutkan perkembangan tulisan jawi. Lebih-lebih lagi jenis font yang menyokong huruf jawi secara unicode yang digunakan diseluruh dunia amatlah terhad, oleh itu saya menyeru DBP agar membatalkan hasrat untuk meletakkan kedudukan hamzah pada kedudukan tiga suku. Perubahan adalah baik, tetapi perubahan kedudukan hamzah ini hanya membantutkan perkembangan tulisan jawi. Sekiranya huruf hamzah kekal pada kedudukan seperti dalam bahasa Arab, sudah tentu font biasa seperti Arial pun sudah dapat menyokong penulisan jawi. Mungkin inilah sebab mengapa tulisan jawi tidak mampu tulisan ini akan susah untuk matang seperti matangnya tulisan parsi, uighur, urdu dan lain-lain dalam sistem perkomputeran. Tidak perlu tunggu pengesahan unicode, cuma guna sahaja huruf hamzah yang sedia ada, tidak perlu dinaikkan kepada ketinggian tiga suku. Sekian.Terima kasih atas makluman dan cadangan yang tuan berikan. Maklumat yang baik ini kami salurkan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk kemas kini buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Lain-lain18.12.2017
satu suku jam tiga suku jam BETUL atau TIDAK ?

Frasa "satu suku jam" dan "tiga suku jam" betul, iaitu jumlah kiraan dan diikuti dengan unit.

Tatabahasa21.11.2020
Perkataan *beriani tiada tanda pecahan suku kata. Adakah *be.ri.a.ni empat suku kata? atau *be.ria.ni tiga suku kata? Mengikut ejaan jawi *ba+ra jadi *ber, *ya+alif jadi *ya, dan *nun+ya jadi *ni - tiga suku kata. Tapi *be.ri.a.ni berlaianan ejaannya, kecuali *ber.ya.ni baru menepati ejaan jawi. Mengikut penggalan bunyi seperti ejaan kemasukan *be.ri.a.ni adalah empat suku kata.

Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan pihak tuan. Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata bagi "beriani" ialah be.ria.ni dan ejaan Jawi yang betul ialah "برياني".


Lain-lain26.06.2022
Salam Tuan. Saya ingin bertanya. Adakah benar ejaan papaya dalam tulisan jawi ditulis sebagai ڤڤايا؟ Bukankah ia serapan Inggeris ڤاڤايا?Ejaan bagi perkataan tiga suku kata atau lebih dengan pola kvkvkv dan v pada setia suku kata berbunyi [a], bunyi vokal [a] pada suku kata pertama hendaklah ditulis tanpa huruf alif. Hukum /a/ tiga suku kata atau lebih ini terpakai pada kata Melayu jati. Kami beranggapan kata papaya telah diserap masuk dalam kata Melayu jati dan menerima pakai hukum ini.Ejaan06.08.2018
Salam hormat. Saya sedang mencari satu perkataan yang bermula dengan huruf P dan berakhir dengan huruf A dan mempunyai tiga suku kata. Perkataan ini perlu membawa maksud yang berkaitan dengan MODEN/TEKNOLOGI/MUTAKHIR/TERKINI/INOVASI. Walaupun maksud tidak betul-betul sama tidak mengapa, asalkan boleh dikaitkan. Terima kasih daun keladi.Waalaikumussalam,
Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk mencari perkataan yang diingini oleh pihak tuna/puan.
Sekian terima kasih
Lain-lain20.07.2017
Berapa suku kata pada perkataan Februari? Bahasa Inggeris meletakkan tiga suku kata untuk Feb/rua/ry, tapi penggalan bunyi Feb/ru/a/ri?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, penggalan bunyi bagi perkataan Februari ialah Feb.ru.wa.riLain-lain15.02.2022
Perkataan NUKLEAR mempunyai berapa suku kata? Dua atau tiga suku kata?Mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Jawi-Sebutan kata nuklear mempunyai dua suku kata, nu.klearEjaan05.03.2008
Salam sejahtera, perkataan "kuasa" mempunyai dua atau tiga suku kata? Adakah perkataan "mengeteh" (perihal duduk untuk meminum air teh) dianggap slanga atau sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu standard? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

1. Kuasa mempunyai dua suku kata KU-ASA
2. Mengeteh merupakan slanga yang belum diterima pakai sebagai bahasa Melayu standard.
Tatabahasa12.05.2020
1234

Kembali ke atas