Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a. tiga bahagian drpd empat bahagian. b. agak gila; gila-gila bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
suku
Rujuk :kaum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GILA

GILA, suatu keadaan mental yang tidak sihat atau tidak waras. Gila melambangkan tiga suasana atau keadaan. Suasana pertama, menggambarkan keadaan kesihatan iaitu seseorang itu dikatakan tidak sihat atau tidak waras fikirannya ekoran kerosakan yang berlaku pada otaknya, misalnya otak miring atau tiga suku dan gila isim. Suasana kedua, menggambarkan suatu keadaan yang lain daripada biasa ataupun yang tidak mengikuti kelaziman, misalnya seperti anyam gila iaitu suatu bentuk anyaman yang tidak menentu coraknya. Suasana ketiga, menggambarkan suatu keadaan yang asyik, sayang atau cinta yang amat sangat, misalnya gila bayang, gila talak, gila judi, gila pangkat dan gila perempuan.

BUDAYAPenyakit
PULAU BURUPULAU BURU, pulau yang terletak di sebelah barat Pulau Seram di kabupaten Maluku, Propinsi Maluku, Indonesia. Pulau ini mempunyai keluasan lebih daripada 9000 km dan merupakan pulau ketiga terbesar selepas Pulau Halmahera dan Pulau Seram. Pulau ini mempunyai tiga kecamatan, iaitu Buru Selatan, Buru Utara Barat dan Buru Utara Timur. Penduduk pulau ini adalah suku bangsa Buru yang merupakan kelompok etnik. Selain orang Buru, di pulau ini terdapat suku bangsa Galela dan Sulu yang kebanyakannya tinggal di kawasan pantai. Seperti penduduk Kepulauan Maluku lainnya, suku bangsa ini biasa disebut Orang Alfuru. Penduduk Pulau Buru, terutama yang tinggal di sekitar pantai, umumnya memeluk agama Islam. Hal ini berkaitan dengan pengaruh Kesultanan Ternate yang pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di Maluku.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
HAIKU

Haiku, puisi tradisional Jepun yang wujud pada abad ke-16. Haiku ditulis dalam tiga baris dan mengandungi 17 suku kata.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
ARTROPOD

Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong

dalam bahagian besar atau filum alam haiwan yang

dikenali sebagai artropod . Istilah ini dibentuk

daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna

tapak kaki bersendi . Sebenarnya, kaki dan bukan

tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau

artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara

kumpulan artropod yang terpenting adalah:

(1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah,

rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea,

termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam,

udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid,

termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking;

(4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau

gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga

suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza

jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang

terbesar dari segi bilangan spesiesnya.

UMUM 
KADAZANDUSUN

Kadazandusun, suku kaum bumiputera yang terbesar di Sabah. Mereka merupakan satu per tiga daripada penduduk Sabah.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas