Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Ikan lumba timbul tenggelam, Timbul tenggelam di Tanjung Jati; Tidak kutahan siang dan malam, Dalam tidur menjadi mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa timbul dalam puri, Halwa ridan bersama cempedak; Apa masyghul di dalam hati, Pagi makan petang tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Campak batu timbul kelapa, Anak orang di Pasir Mayang; Campak satu tidak mengapa, Banyak orang kasih sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buang batu timbul kelapa, Banyak udang di Pasir Mayang; Buang satu tidak mengapa, Banyak orang kasih dan sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal selam belayar malam, Nampak api timbul tenggelam; Bagaimana hatiku tak geram, Bagai timun dibuat ulam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan melancar pucuk, Pucuk pakis timbul tenggelam; Dinihari ayam berkokok, Tinggal cadar di atas tilam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Atas bukit menahan angin, Buah pauh timbul tenggelam; Alang sakit bercerai main, Sudah jauh berkirim salam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tidak hujan di hulu, Bila barang timbul tenggelam; Kalau perempuan janji dahulu, Kenapa saya datang semalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas