Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Sarang penyengat di pucuk kangkung,
     Ada sebelah di dalam cawan;
Ingat-ingat muda sekampung,
     Mata sebelah mencari lawan.


Lihat selanjutnya...(31)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIBET

Tibet ialah kawasan di sebelah selatan Asia

Tengah. Ia selalu digelar Bumbung Dunia. Gunung-ganangnya

diseliputi salji dan penaranya yang

terdedah kepada angin adalah yang tertinggi di

dunia. Gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest,

menjulang sepanjang kawasan pergunungan di

bahagian selatan Tibet. Ka-erh, di barat Tibet

dipercayai bandar tertinggi di dunia. Ia terletak

lebih daripada 4570 meter di atas aras laut. Dasar

lembah di Tibet lebih tinggi daripada puncak

gunung di kebanyakan negara lain. Lhasa ialah ibu

negara Tibet.

UMUM 
KILT

Kilt ialah pakaian tradisional orang lelaki di

Tanah Tinggi Scotland dan Ireland. Pakaian

ini berupa skirt labuh separas lutut, berlisu

di belakangnya dan rata di sebelah hadapan.

UMUM 
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 
SEMENANJUNG CAPE YORK

Semenanjung Cape York terletak di hujung

utara Queensland, Australia. Semenanjung ini

menganjur 800 kilometer ke utara dari Cairns dan

meliputi kawasan seluas lebih kurang 230 000

kilometer persegi. Satu juluran tanah tinggi timur di

sepanjang pantai timur. Dataran yang menganjur

rendah rata menganjur ke Teluk Carpentaria di

sebelah barat. Petani di kawasan selatan menternak

biri-biri dan lembu daging. Salah satu daripada

lombong bauksit terbesar di dunia terletak di Weipa

di barat semenanjung ini.

Lihat juga Queensland (peta).

UMUM 
KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, ibu negara Malaysia. Kuala Lumpur terletak pada garis lintang 3o 8’U dan garis bujur 100o 44T. Kedudukan kawasan pusat asalnya ialah di Kuala Sungai kelang dan Sungai Gombak. Bandar ini meliputi Lembah Kelang sebagai kawasan terpenting dan dipinggiri oleh tanah tinggi di sebelah timur. Kuala Lumpur mempunyai iklim yang seragam dengan purata 27o dan purata hujan 2700 mm setahun. Kepesatan pembangunan fizikal Kuala Lumpur telah menjadikannya lebih panas (2oC – 7oC) dan  lebih kering daripada kawasan sekelilingnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
CANDI KALASAN

CANDI KALASAN, bangunan agama Buddha.  Candi ini terletak sekitar 14 km di sebelah timur Yogyakarta, Indonesia.  Candi ini berupa sebuah bangunan tinggi yang diperbuat daripada batu, yang atap dan sebahagian biliknya telah rosak.  Pemugaran yang dilakukan dari tahun 1927 hingga tahun 1929 tidak berhasil mengembalikannya kepada bentuk asal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
TASIK MAGGIORE

Tasik Maggiore ialah salah satu tasik yang

sangat terkenal di Itali. Sebahagian besar tasik ini

terletak di Itali, namun sebahagian kecil di utara

menganjur ke dalam Switzerland. Orang Itali

menamakan tasik tersebut Lago Maggiore yang

bermaksud tasik yang besar . Tasik Maggiore adalah

sepanjang 64 kilometer dan luasnya 212 kilometer

persegi. Di sesetengah tempat dalam tasik tersebut

melebihi 366 meter. Pergunungan yang tinggi

memuncak ke utara dan barat tasik itu. Di sebelah

selatan terdapat bukit-bukit yang dipenuhi dengan

ladang anggur. Bandar yang paling penting di Tasik

Maggiore ialah Locarno, Palanza dan Streza. Untuk

lokasi, lihat Switzerland (peta).

UMUM 
SPOT

Spot ialah ikan yang popular untuk aktiviti

memancing. Ikan ini panjangnya berbeza-beza dari 15

sentimeter hingga 25 sentimeter dan beratnya lebih

kurang 0.2 kilogram. Spot ini berwarna keperakan di

bahagian atasnya dan kebiruan di bahagian

bawahnya, dengan satu tompok kecil berwarna gelap

di bahunya. Di sebelah atasnya terdapat 12 jalur

hingga 15 jalur berwarna kekuningan. Ikan ini

ditangkap di sepanjang pantai Atlantik dan Teluk

Mexico di Amerika Utara. Ia mempunyai nilai

komersil yang tinggi sebagai makanan.

Pengelasan saintifik. Spot tergolong dalam famili

drum, Sciaenidae. Ia adalah Leiostomus xanthurus.

UMUM 
SUNGAI KELANTANSUNGAI KELANTAN, sungai ketiga terpanjang di Semenanjung Malaysia.  Sungai Kelantan merupakan sungai utama dan terpenting di negeri Kelantan dan merupakan pertemuan antara Sungai Galas dan Sungai Lebir.  Sistem aliran Sungai Kelantan bermula dari tanah tinggi Terengganu dan sayap-sayap sebelah timur banjaran Titiwangsa dan mengalir ke arah utara terus ke Laut China Selatan.  Ia merupakan salah satu daripada tiga kawasan tadahan utama yang meliputi 12 691 km persegi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
AHLI SUFFAH

Ahli Suffah ialah golongan fakir miskin mukmin

dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW yang tidak

mempunyai rumah untuk didiami. Oleh itu, mereka

mendiami suatu sudut yang teduh di Masjid Nabawi

di Madinah. Mereka dikenali dengan nama Ahli

Suffah dan kadang-kadang disebut juga sebagai

Ashab al-Zillah (orang yang berteduh) dan Duyuf al-

Islam (tetamu Islam). Perkataan Suffah ialah

perkataan Arab dan apabila dikaitkan dengan

bangunan, ia bererti sesuatu bahagian yang teduh

di dalam bangunan itu, yang menyerupai ruang

legar yang luas dan tinggi. Ibn Taymiyyah

berkata, Al-Suffah yang dikaitkan dengan nama

Ahli Suffah kalangan sahabat Nabi SAW, terletak di

bahagian hujung sebelah utara masjid Nabi SAW

di Madinah al-Munawwarah.” Ia ialah tempat

fakir miskin dari kalangan orang mukmin berteduh,

iaitu mereka yang tidak mempunyai keluarga dan

tidak ada tempat berteduh.

UMUM 
12

Kembali ke atas