Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong] | توڠ

Definisi : 1. tempat (air, padi, dll) yg dibuat drpd papan kayu bulat torak bentuknya, tahang; 2. tin atau kaleng yg besar (tempat mengisi minyak dll); ~ sampah tempat membuang sampah; ~ kosong nyaring bunyinya = ~ kosong berbunyi nyaring prb orang yg bodoh itu biasanya banyak cakapnya; adakah air yg penuh dlm ~ itu berkocak, melainkan air yg setengah ~ itu juga yg berkocak prb orang yg tidak berilmu juga yg banyak cakapnya; bertong-tong beberapa banyak tong: mereka terpaksa menyimpan ~ air di rumah utk menghadapi musim kemarau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : bunyi spt bunyi kelentongan; ® tong-tong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : Jk singkatan bagi entong (panggilan kpd anak lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : 1 bekas yg dibuat drpd papan. 2 tin besar tempat mengisi minyak dll: ~ sampah bekas tempat sampah dibuang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tong (kata nama)
Bersinonim dengan tin, kaleng, tahang, leger.,

Peribahasa

Madu satu tong jika rembes;
     rembesnya madu juga.

Bermaksud :

Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. rembes = meresap keluar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tong kitar semula disediakan di sekolah itu. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, ayat tersebut betul.Tatabahasa23.06.2021
Nama tempat: TOKONG TONG PERAK, PERAK atau TOKONG PERAK TONG, PERAKNama Tempat yang betul ialah TOKONG TONG PERAK, IPOHTatabahasa08.11.2016
sekiranya pihak tuan merujuk gambar ini, istilah apakah paling sesuai digunakan dalam bahasa malaysia bukan sahaja melibatkan aspek teknikal tetapi juga aspek perundangan. saya ada merujuk istilah tong sebagai paling mudah difahami seperti dinyatakan di dalam kamus pelajar tetapi bahasa english jelas memberi istilah tong sebagai 'barrel' (seperti tong minyak mentah). Perkataan digunakan dalam bahasa english merujuk gambar tersebut ialah mobile garbage bin dimana saya tidak pasti sama ada perkataan bekas penyimpanan beroda atau tong sampah beroda yang sesuai digunakan dalam dokumen garis panduan & peraturan di Kementerian ini. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk mobile garbage bin dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk bin ialah tong. Oleh itu, istilah yang dicadangkan oleh pihak tuan, iaitu tong sampah beroda boleh digunakan dan adalah sesuai dalam konteks ini.Istilah05.10.2012
Saya mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah ATAU Saya mengutip sampah lalu buang ke dalam tong sampah. Mana satu betul, teruma kasih admin.Ayat yang betul ialah Saya mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah. Tatabahasa26.02.2021
Salam sejahtera, Gabungkan ayat-ayat tunggal berikut menjadi ayat majmuk. 1.Kok Seng mengutip sampah. 2.Kok Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan: 1.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang sampah ke dalam tong sampah. 2.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah. 3.Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Ayat majmuk yang mana satu betul ? Sekian , terima kasih.Ayat majmuk yang betul ialah Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Tatabahasa20.07.2016
Dia membuang sampah di dalam tong sampah. Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Soalan saya, adakah keuda-dua ayat di atas boleh digunakan? (Penggunaan di dan ke) Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang betul bagi perkataan bahasa Inggeris berikut: dustpan Adakah penyeduk atau penceduk?Ayat yang betul ialah Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan ialah penadah sampah.Makna28.06.2010
1. Ali membuang sampah ke dalam tong sampah. 2. Ali membuang sampah di dalam tong sampah. ayat yang kedua betul atau salah? mohon tuan berikan pencerahan jika ayat tersebut salah. terima kasih.Ayat kedua juga betul kerana menunjukkan tempat Ali membuang sampah. Walau bagaimanapun ayat pertama Ali membuang sampah ke dalam tong sampah telah mantap penggunaannya dalam kalangan msyarakat.Tatabahasa13.05.2013
MAKNA PERKATAAN TONG SAMPAHSecara literal perkataan "tong " membawa maksud tempat atau bekas yang diperbuat daripada papan, kayu bulat torak bentuknya, tahang, tin , atau kaleng yang besar, manakala "sampah" ialah benda-benda yang dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll). Walau bagaimanapun, sekiranya kita melihat ungkapan ini dalam bidang teknologi maklumat (recyle bin) akan membawa maksud "tong kitaran semula".  Makna20.02.2009
saya ingin mempastikan jawapan bagi soalan berikut adalah betul atau tidak betul. 1.soalan: Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan : Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh. 2. soalan : Ayat aktif :Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih. Jawapan : Ayat pasif : Tetamu itu dihidangi sepinggan kuih oleh Halimah.Ayat pertama kedua-duanya betul, manakala ayat kedua (aktif) telah dibuat pembetulan. 1. Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah, Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh.   2. Ayat aktif : Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu, Ayat pasif : Tetamu itu dihidangkan sepinggan kuih oleh Halimah.Tatabahasa12.08.2009
Ali mengutip sampah lalu dibuang ke dalam tong sampah. Adakah dibuang sesuai digunakan dalam ayat tersebut?

Ayat yang betul ialah “Ali mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah.” Ayat tersebut merupakan ayat majmuk yang dibentuk daripada dua ayat tunggal (a) Ali mengutip sampah. (b) Ali membuang sampah ke dalam tong sampah.  Ayat yang digabungkan  mempunyai unsur yang sama dan diulang, maka bahagian yang sama tersebut boleh digugurkan.  

Tatabahasa01.07.2022
1234

Kembali ke atas