Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong] | توڠ

Definisi : bunyi spt bunyi kelentongan; ® tong-tong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : Jk singkatan bagi entong (panggilan kpd anak lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong] | توڠ

Definisi : 1. tempat (air, padi, dll) yg dibuat drpd papan kayu bulat torak bentuknya, tahang; 2. tin atau kaleng yg besar (tempat mengisi minyak dll); ~ sampah tempat membuang sampah; ~ kosong nyaring bunyinya = ~ kosong berbunyi nyaring prb orang yg bodoh itu biasanya banyak cakapnya; adakah air yg penuh dlm ~ itu berkocak, melainkan air yg setengah ~ itu juga yg berkocak prb orang yg tidak berilmu juga yg banyak cakapnya; bertong-tong beberapa banyak tong: mereka terpaksa menyimpan ~ air di rumah utk menghadapi musim kemarau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tong (kata nama)
Bersinonim dengan tin, kaleng, tahang, leger.,

Peribahasa

Madu satu tong jika rembes;
     rembesnya madu juga.

Bermaksud :

Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. rembes = meresap keluar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Majalah

Dewan Budaya » 2015 » March
doa. Semua mengaminkannya. Terharu juga apabila pelakon sendiri yang membaca doa. Dalam persembahan, ada tarian warisan kita. Mereka menyedari bahawa warisan bangsa perlu diteruskan. Sebagai teater tanpa peruntukan, maka mereka tong-tong untuk membeli keperluan pentas yang patut, seperti polistirena, bunga plastik dan pewarna, selain bahan yang ada di kolej. Tidak hairanlah jika mereka menggunakan alat mekap sendiri, bukan alat mekap untuk
Dewan Budaya » 2014 » May
pada abad ke-15. Di samping itu, banyak sumber lain dalam bentuk buku sejarah rasmi dan tidak rasmi yang mencatat hubungan dengan Melaka, seperti Ming Shi (Sejarah Dinasti Ming) , Ming Tong Dian (Almanak Umum Dinasti Ming), Ming Hui Dian (Kumpulan Dokumen Dinasti Ming) , Xian Bing Lu (Rekod Tetamu Negara) dan Deng Tan Bi Jiu (Catatan Hal Ehwal Kerajaan). Ada pula tulisan
Dewan Budaya » Nota Editor
mengikut keperluan perut. Pasti ada juga pengunjung yang tidak mampu untuk menghabiskan apa-apa yang diambil oleh sebab dia mengambilnya berdasarkan kehendak hati. Sebagai akibatnya, pasti ada sajian yang menghuni tong sampah. Yang mesti disebut ialah bahawa rakyat negara ini membuang 17 800 tan makanan setiap hari. Jumlah itu dapat mengisi perut 2.3 juta orang sebanyak tiga kali. Kajian oleh
Dewan Budaya » 2017 » June
mengikut keperluan perut. Pasti ada juga pengunjung yang tidak mampu untuk menghabiskan apa-apa yang diambil oleh sebab dia mengambilnya berdasarkan kehendak hati. Sebagai akibatnya, pasti ada sajian yang menghuni tong sampah. Yang mesti disebut ialah bahawa rakyat negara ini membuang 17 800 tan makanan setiap hari. Jumlah itu dapat mengisi perut 2.3 juta orang sebanyak tiga kali. Kajian oleh

Kembali ke atas