Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuah] | تواه

Definisi : 1 untung yg berlebihan; ba­ha­gia: ~ orang tidak sama dgn ~ kita. ~ badan untung nasib seseorang; me­no­lak ~ melepaskan peluang baik. 2 sesuatu kuasa atau pengaruh yg mem­bawa keuntungan, kebahagian dll; sakti; keramat. ber­tuah 1 mempunyai tuah; beruntung: Ia berasa ~ kerana mempunyai anak yg pandai. 2 mendatangkan untung atau tuah; berhikmat: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tuah] | تواه

Definisi : 1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia me­mikir­kan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami di­limpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (ber­serah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pen­dapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg mem­bawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mem­punyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehor­matan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemu­liaan (kehormatan) seseorang boleh men­dapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,

Puisi
 

Pergi ke hutan pasang pelantik,
     Jaga denai tempat lalu;
Tuah ayam tengok sisik,
     Tuah orang mana tahu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Tuah yang disembah,
     junjung yang dipanjat.

Bermaksud :

Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberColumn1
Kurik Kundi Merah SagaBanyak buah perkara buah, Buah di rimba jangan dimakan; Banyak tuah perkara tuah, Tuah menimpa saya harapkan.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hutan pasang pelantik, Jaga denai tempat lalu; Tuah ayam tengok sisik, Tuah orang mana tahu.
Kurik Kundi Merah SagaTun Kudu orang Melayu, Tun Tuah orang Melaka; Duduk termenung menanggung rindu, Mengenang tuan jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaOrang belayar ke Majapahit, Anak katak tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Mana tercampak tidak terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaMakan buah berdulang-dulang, Makanan anak si perantau; Jika tuah berbalik pulang, Jika tidak hilang di rantau.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja bermain tombak, Kain dipakai labuh ke lantai; Tuah saya sepantun ombak, Malang di pantai pecah berderai.
Kurik Kundi Merah SagaRaja bermadah mandi bersiram, Burung merpati terbang sila; Berapa lama tuah ayam, Mati gelanggang bujang juara.
Kurik Kundi Merah SagaPokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pinang tumbuh di parit, Pucuk rebung tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Di mana tercampak tidak terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaHendak berbuah buahlah buluh, Kaki dulang kuparas juga; Hendak bertuah bertuahlah tubuh,tuah/balas Budi orang kubalas juga.
12

Kembali ke atas