Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 untung yg berlebihan; ba­ha­gia: ~ orang tidak sama dgn ~ kita. ~ badan untung nasib seseorang; me­no­lak ~ melepaskan peluang baik. 2 sesuatu kuasa atau pengaruh yg mem­bawa keuntungan, kebahagian dll; sakti; keramat. ber­tuah 1 mempunyai tuah; beruntung: Ia berasa ~ kerana mempunyai anak yg pandai. 2 mendatangkan untung atau tuah; berhikmat: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia me­mikir­kan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami di­limpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (ber­serah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pen­dapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg mem­bawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mem­punyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehor­matan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemu­liaan (kehormatan) seseorang boleh men­dapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,

Puisi
 

Pergi ke hutan pasang pelantik,
     Jaga denai tempat lalu;
Tuah ayam tengok sisik,
     Tuah orang mana tahu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Tuah yang disembah,
     junjung yang dipanjat.

Bermaksud :

Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
magico-religious ruleaturan-agama magisKesusasteraanTiadaAturan keagamaan yang berbentuk ghaib. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah boleh bertukar bentuk menjadi harimau ketika menentang penjurit Majapahit.
heroic legendslegenda wiraanKesusasteraanTiadaKisah kepahlawanan seseorang tokoh yang diceritakan secara berlebih-lebihan walaupun ada kesahihannya dari segi sejarah. Contoh: Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Badang dalam Sejarah Melayu.
ellipstanggalan/elipsKesusasteraanTiadaBahagian yang dihilangkan secara gramatikal dalam sesebuah naskhah mungkin penting, tetapi tidak penting untuk kejelasan erti. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah nama Laksamana Hang Tuah gelarannya hanya dapat diganti dengan perkataan Laksamana sahaja.
motifememotifemKesusasteraanTiadaBahagian atau rangka-rangka kecil yang terdapat dalam sebuah cerita yang kesemuanya mempunyai fungsi yang berkaitan. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, permaisuri Raden Mas Ayu mengidam minum air kelapa gading yang batangnya genting di tengah dan Hang Tuah berjaya mendapatkannya. Di sini terdapat dua motifem: 1. Peristiwa mengidam 2. Kejayaan Hang Tuah mendapatkan kelapa tersebut.
esoterikerisesoterikerisKerisTiadaIlmu perkerisan yang memperihalkan mengenai tuah, manfaat, dan pengaruh keris.
Keris SaktiKeris SaktiKerisTiadaKeris yang mempunyai kuasa ghaib atau tuah.
versionversiKesusasteraanTiadaBentuk atau kelompok cerita yang sama atau sejenis tetapi berbeza dengan bentuk dan kelompok cerita yang lain walaupun berasal dari satu cerita yang sama. Contoh: Sejarah Melayu ada versi yang menyebut pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dan ada pula versi yang lain menyebut pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Kasturi.
anoniem/anonymusawanamaKesusasteraanTiadaSesuatu karya yang tidak dikenali nama pengarangnya. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Hikayat Seri Rama dll.
chet d'oeuvrekaryatamaKesusasteraanTiadaKarya agung yang dianggap menggambarkan peradaban sesuatu bangsa. Contoh: bangsa melayu dengan Hikayat Hang Tuah dan Jawa dengan Kakawin Negarakartagama.
antiquitieskarya kunoKesusasteraanTiadaHasil karya warisan sesuatu bangsa yang telah lama tetapi masih dianggap berguna. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Pararaton, Syair Ken Tambunan.
123

Kembali ke atas